BAHAGIAN 2 -Richat dan Raja Atlas
Topik semalam pasal macam mana Plato dapat cerita Atlantis dari Solon dan apa ciri ciri Atlantis yang diceritakan oleh Plato. Harini kita kupas macam mana kaitan Richat dan Atlas. Siapa Atlas? Jom kita kupas..
Menurut Plato, raja pertama Atlantis adalah seorang yang bernama Atlas, juga merupakan anak Poseidon (Tuhan orang Greek). Secara kebetulannya terdapat satu suku kaum di Mauritania yang dinamakan sebagai kaum Mauri, namun kini kaum tersebut kenali sebagai Berber. Nama Mauritania sendiri berasal dari kaum Mauri. Tambahan lagi, raja Mauritania pada ketika itu bernama Atlas.
Herodotus yang lebih dikenali sebagai 'Bapa Sejarah' kerana beliau antara orang penting dalam mengumpulkan bahan dan koleksi dokumentasi. Dilahirkan pada 484 sebelum masihi dan sangat terkenal pada zaman nya. Kalau anda lihat peta yang dilukis oleh Herodotus ini, anda akan dapat lihat perkataan Mt Atlas dan Atlantes pada peta nya, secara kebetulan pergunungan Atlas yang terletak di Maghreb didiami oleh kaum Beber.
Atlantis bermaksud Bandar Atlas, sempena nama raja yang mengasaskan kota lagenda tersebut. Gunung Atlas, kaum mauri/beber, perkataan Altantes dalam peta Herodotus. Dah nampak persamaan nya? Jom kita pergi selanjutnya..
Plato juga mengatakan terdapat bukaan diselatan Atlantis, begitu juga dengan Richat, terdapat bukaan. Kawasan mauritania juga terdapat lukisan dinding yang mengatakan terdapat haiwan-haiwan seperti Gajah, juga sama seperti cerita Plato. Setakat ini para saintis masih lagi pening tamadun apa yang mendiami kawasan tersebut.
Terdapat bangkai ikan paus yang dijumpai pada padang pasir disekitar Mauritania, ini menunjukkan bahawa kawasan negara ini pernah berada dikawasan lautan. Richat berada pada 300 kaki dari aras laut. Kita sedang bercakap tulang dan bukan nya fossil yang mengambil masa berjuta juta tahun untuk menjadi batu.
Bagaimana sebuah pulau menjadi tanah gersang,kering dan tandus? Kawasan mauritania merupakan satu kawasan yang hijau dan mempunyai tumbuhan serta haiwan haiwan pada ketika itu, tetapi kawasan tanah disekitar benua afrika telah terangkat beberapa milimeter setahun,Ini merupakan perkara yang terjadi pada benua antratika. Komet jatuh ke bumi lebih kurang 12,000 tahun dahulu dipercayai penyebab kenapa peristiwa Younger Dryas terjadi, disebabkan oleh kemusnahan oleh komet tersebut, terjadi satu mega tsunami dan gempa bumi yang kuat pada ketika itu, hampir sama dengan cerita plato yang mengatakan Atlantis tenggelam dalam satu malam.
Tenggelam bermaksud dihempas oleh ombak besar dan kota hebatnya runtuh. Bila kita saksikan video tsunami aceh atau palu, kita dapat lihat bagaimana ombak menghancurkan dan menarik segala benda benda yang ada. Jadi tidak hairan lah kalau kita lihat tidak ada kesan runtuhan atau apa apa peninggalan pada richat ni.
Kalau kita tengok dari google earth, terdapat semacam benda yang telah menghakis kawasan tersebut, bersaiz sangat luas. Kemungkinan besar kesan impak mega tsunami yang menghentam pulau Atlantis.
Ditengah kota atlantis terdapat istana dengan tumbuhan unik dan di diami oleh para pendeta serta golongan bangsawan, manakala bulatan yang lain terdiri dari bala tentera yang berkemungkinan lebih kurang 100,000 tentera laut dan darat, menurut plato terdapat 'trek' latihan ketenteraan didalamnya.
Bulatan paling ramai penduduknya terletak dibahagian luar, mungkin sejuta orang yang diceritakan oleh plato, dinamakan sebagai Downtown atlantis, jual beli tidak henti pagi hingga ke malam. Betapa hebatnya kota lagenda atlantis ini pada waktu itu.
Apa yang dihairankan, jika kita pernah lihat cerita Aquaman, dia sendiri pergi ke sebuah tempat di gurun sahara, kenapa sahara? Secara kebetulannya Richat ni memang berada dikawasan gurun sahara dan tidak ada siapa sangka benda tu kemungkinan Atlantis, dan kenapa afrika? Wakanda dalam cerita black panther juga dikawasan afrika, mempunyai teknologi canggih. Sesuatu yang tidak mungkin dibuat secara kebetulan.
No comments:
Post a Comment