Ramai yang tidak tahu sebenarnya limau kasturi ataupun apa-apa jenis limau seperti lemon, limau purut, limau kapas dan limau bali BOLEH disemai melalui KERATAN BATANG.
Gambar dibawah ini sebagai bukti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Amir Amer. Terima kasih kawan sudi kongsikan teknik terbaru ini. Baru hari ini gaman tahu!
CARA TANAM MELALUI KERATAN DAUN
Mula-mula ambil daun yang sihat dan fresh, petik sekali dengan tangkai, kalau boleh celup selama 1 jam dengan hormon akar kemudian tanam separuh dalam tanah atau tapak semaian. gunakan tanah kompos dan jangan siram terlalu lembap. letak ditempat yang teduh.
pastikan disungkup dengan plastik lutsinar tanpa ada lubang dan udara yang masuk kedalam. tunggu selama 3-4 minggu sehingga akar keluar
beginilah rupa akar selepas 1 bulan. akar mula keluar, time ni korang boleh semai dalam pasu. tunggu sehingga ada tunas baru keluar di celah-celah batang daun tu,,,good luck!
satu lagi cara adalah melalui keratan batang, cucuk je dalam tanah dan sungkup rapat2. cara sama degan yang diatas
No comments:
Post a Comment