Trending

Sunday, 12 April 2020

Apa harta karun Sultan Melaka yang dibawa


Dari Eredia, Royal Portuguese cosmographer dan Gohindo Da Eveda orang kanan Alfonso d’ Albuquerque
Apa harta karun Sultan Melaka yang dibawa
1) Perempuan-perempuan Melaka penenun kain
2) Anak-anak Gadis Bangsawan Melaka
3) Tiang-tiang Seri Istana yang dihias dan di lepa dengan Emas dan PerakTandu Gajah Sultan Melaka yang disepuh emas60 Tan Emas
4) Barang kemas dari Gunung Ledang
5) Meja Besar Berkaki emas
6) Gelang Sakti Nakhoda Bego
7) 6 Singa Tembaga Besar Pemberian Maharaja Cina
8) Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
9) Peta dan Plan Blue Print Jambatan Emas dan Perak ke Gunung Ledang
10)Surat Rahsia dari Puteri Gunung Ledang
11)Sebuah Chariot “Limousin” 30 Roda yang diperbuat Dari Emas Emas dari Jambatan yang dileburkan
12) 6 Batu Mistik-(Batu apalah gamaknya nie...)
Nilai harta-harta rampasan ini sekarang ini bernilai USD3 bilion.
Semua harta-harta ini karam bersama kapal Flor De La Mar tenggelam ke dasar laut Selat Melaka, akibat Ribut yang berlaku secara tiba-tiba….
Selain Harta yang dirampas…terdapat suku lagi harta yang tersimpan Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud Menurut Sejarah Portugis, bagaimanapun ia dijaga oleh entiti yang sukar dirungkai oleh Tentera2 Portugis…
Ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan dalam bilik-bilik bawah tanah dari struktur batuan keras oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud bernilai USD berbilion-bilion lagi.
Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan.
Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.
Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.
Apa yang mereka cari selain emas ialah Lokasi Bilik Emas atau lebih tempat Sumber Emas itu sendiri yang tersimpan rahsia jauh di Selatan Melaka iaitu Gunung Ledang…namun usaha itu gagal hingga sekarang
Beliau menulis: “Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).
“Gabenor (Alfonso d’ Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.
Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat kerana istana itu sudah hangus terbakar.”
Untuk siapa harta karun Kesultanan Melaka mahu diserahkan?
Bolehkan harta peninggalan Kesultanan Melaka ini dapat dirungkai dan diserahkan…?


1 comment:

  1. nilai lebih dr 3bUSD..tandu 60tan emas aje dah 3bUSD tuan..

    ReplyDelete

About

Popular Posts