Trending

Sunday, 12 April 2020

KEGAWATAN POLITIK NEGARA SEMASA DARI PERSPEKTIF GHAIB



KEGAWATAN POLITIK NEGARA SEMASA….DARI PERSPEKTIF GHAIB
Oleh Sahabat Shahpaskal
Assalamulaikum dan salam Rejab..
1. Alhamdulillah saya diberi luang waktu oleh ALLAH SWT untuk bersama-sama tuan-puan sekali lagi dalam berkongsi lontaran ilmu berupa perkhabaran ghaib. Kita sedia maklum, alam ghaib bukanlah fantasi. Kerana kita bertugas sebagai khalifah ALLAH SWT di bumi ini, maka wajar sekali kita memiliki segala macam ilmu termasuklah pengetahuan alam ghaib yang menjadi kunci kesemua enam rukun iman kita.
2. Sehubungan itu, kalau kita gagal mengenal pasti sesuatu kehadiran makhluk ghaib itu jin atau waliyullah, maka kita belum layak dipanggil khalifah…dan belumlah layak mengulas tulisan ini. Maaf… Yang benar tetap benar.
3. Berbalik kepada kemelut politik Negara. Apa yang berlaku ada skripnya dan setakat ni ikutlah. Calon yang dibenarkan oleh para ghoib yakni para wali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia (PM) adalah Tun Mahathir Mohammad. Pusinglah kot mana sekali pun, insha ALLAH tetap dia yang berhak menjadi PM. Ini bukanlah kehendak kerana ketamakannya…TETAPI membuka laluan untuk peristiwa besar berikutnya.
4. Apa alasannya..? Kita sedang di akhir zaman. Harta-harta para Nabi telah bersedia dikeluar dan dimanfaatkan. Ada harta yang telah wujud dan tersimpan di gudang-gudang perbankan ternama dunia dan yang lebih besar, di bawah perut bumi tanah yang kita pijak ini – Tanah Melayu. Untuk itu… Kunci Nabi Sulaiman a.s dah dikeluarkan dan telah disempurnakan, tongkat Nabi Musa a.s juga siap untuk diserahkan kepada waris yang dinamakan.
5. Kain serban dan ihram Nabi Ibrahim juga dah diserahkan, begitu juga banyak lagi barangan milikan Nabi-Nabi besar…Kesemua ini untuk apa..? Untuk kegunaan waris dinamakan yang bakal memimpin kita semua. Barang-barang para Nabi ini adalah simbolik kepada warisan mukjizat yang berupa karomah yang diperturunkan kepada sang waris. Ada yang bertanya, apakah waris itu adik penyanyi…? Jawapan saya…bukan. Ada yang kata, si polan itu si polan ini…maaflah saya tiada authority menguar-uarkannya. Yang jelas, ianya bakal terzahir sebelum Ramadhan ini.
6. Jadi, apa kaitan dengan Tun M…? Waris yang dinamakan dipilih oleh Rasullullah SAW dan begitu juga pembantu-pembantunya termasuklah insan bernama Tun M. Yaa… Tun M adalah pembantu yang menyediakan tapak atau asas kepada permulaan pemerintahan waris berkenaan. Tun M memang sudah amat berusia TETAPI apa yang beliau buat sekarang adalah amanah…amanah untuk membantu sang waris, sehinggakan pengisyitiharan rasmi kehadiran sang waris nanti akan disempurnakan oleh Tun M.
7. Manakala itu, dijangkakan perletakan mahkota Tanah Melayu ke atas pundak kepala sang waris adalah oleh saudaranya, seorang sultan berdaulat dari Tanah Borneo. Yaa… Mereka bersaudara….Malah moyang sultan berkenaan (sultan waliyullah) juga ‘telah’ banyak membantu sang waris dalam persiapannya.
8. Saya tahu dalam Tun M mencari pewaris sebenarnya, moyang individu (waris) berkenaan juga telah bertemu Tun M dan memaklumkan waris tu tak perlu dicari. Sampai waktunya pastu dua susuk ini ditemukan. Dan kalau tak percaya, tanyalah seorang waliyullah yang juga sahabat Tun M yang mana beliau ziarahi baru-baru ini tentang hal ini. Inilah keistimewaan alam
sebelah.
9. Susuk waris ini kalau di tanah seberang dipanggil Satrio Piningit atau Ratu Adil. Satrio Piningit ini adalah orang Tanah Melayu dan bukan dari tanah seberang. Cuma susur-galurnya sahaja dari sana. Penentuan siapa waris sudah muktamad. Dan kerana itulah juga Negara tetangga kita berkenaan juga menanti susuk tubuh ini.
10.Saya lampirkan link kepada satu video baharu bikinan saudara kita di tanah seberang sana yang meringkaskan siapa Satrio Piningit ini.
11.Secara ringkasnya, apa yang dibuat oleh Tun M kini adalah dicartakan melalui alam sebelah. Samalah seperti Tun M membina Putrajaya di mana ia adalah buah fikiran yang diilhamkan dan dibawah bimbingan waliyulah. Ada yang memperlekehkannya…? Silalah… Tapi bila terjadi sat lagi, janganlah lari… Sila jilat kembali ludah kamu..
12.Bagaimana kalau ditentang apa yang dibuat Tun M sekarang ini..? Hemat saya, atas kehendak ALLAH SWT, ianya amat mudah diatasi. Seperti pernah diberitahu, jika sebiji gunung diletak sebagai penghalang, nescaya berkecailah ia… Kerana itu telah menjadi ketetapan-Nya. Dan ketetapan-Nya juga yang Negara kita bakal kembali cemerlang sehinggakan tiada fakir miskin lagi di kala itu, dijangkakan 10 tahun dari sekarang.
13.Akhir kata, saya menzahirkan terima kasih atas kebijaksanaan YDP Agong atas keputusannya yang pasti dipandui oleh pedoman tertentu. Insha ALLAH semuanya bakal berakhir dengan sempurna dan berhemah. Wassalam…


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts