Trending

Sunday, 12 April 2020

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali



TAHUKAH ANDA
Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium.
Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin.
Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.
Merawat luka-luka pada ikan laga
Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
Mengoptimum kesihatan ikan laga
Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
Mengurangkan stres/murung ikan laga
Suatu keadaan yg nyaman dan selesa untuk ikan laga
Perhatian/Amaran:
Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan.
Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts