Dan dikatakan, sebuah teori yang menyatakan bahawa Kota Atlantis yang ajaib itu letaknya di dalam peta Nusantara, namun ramai pengkaji tidak mahu mengiktirafnya disebabkan takutnya kebangkitan Islam di Nusantara sebagai kuasa dunia yang akan mentadbir dunia buat kali kedua.
PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA (Pentas Sunda) dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.
Para cendikiawan barat sudah pun mula mengkaji sejarah kuno di wilayah Nusantara ini tapi rakyat tempatan pula hanya pandai berpolitik, berpolemik dan berhibur sahaja tanpa sedar, sang barat mulai mengali sejarah yang mana mungkin akan ada pihak yang berkepentingan memanipulasi data-data itu.
Hal itu telah pun terjadi, apabila Prof Arysio Santos mengeluarkan teori mengenai Atlantis adalah di Nusantara. Akan tetapi, di ‘cover page’ buku itu, tulisan INDONESIA di tulis besar-besar, seolah-olah benua ATLANTIS itu hanya berada di INDONESIA. Hal ini menyebabkan ramai cendikiawan di INDONESIA berbangga-bangga lalu menyatakan BANGSA INDONESIA adalah bangsa ATLANTIS. Persoalan saya, bila pula wujudnya BANGSA INDONESIA ini?
Apakah itu telah wujud jutaan tahun lalu?
Jadi, sedarlah, rumpun Melayu itu cukup BESAR dan jika kita saling bergaduh kerana sempadan geografi sekankang kera ini, sia-sia belaka. Ada pihak yang cuba memanipulasikan data dan pihak itu cuba mengapi-api kan rumpun Melayu agar kebangkitan yang di janjikan itu tidak pernah berlaku dan kalau boleh, DILUPAKAN TERUS..
No comments:
Post a Comment