~WAJIBUL WUJUD~
[Yang Pasti Ada]
[Yang Pasti Ada]
1. Aspek Allah yang tidak zahir ialah Jalal dan yang zahir (manifestasi) ialah Jamal. Kesempurnaan jiwa bagi Salik ialah berada antara kedua-dua aspek ini.
2. 'Ghayr' (Yang Lain) sebenarnya tidak ada. Inilah sebabnya golongan Syattariyah percaya kepada satu 'ke-AKU-an'. Tauhid ialah mengetahui satu, mengatakan satu, melihat satu,dan menjadi satu. Aku satu dan tidak ada sekutu dengan ku. Tidak ada tabir yang lain kecuali khayalan tentang (makhluk). Langit dan bumi tidak ada merentangkan tabir ini,hanya ibubapa anda, bangsa anda, buku-buku anda yang mengadakan tabir itu.
3. Anda mempunyai :
Badan
Akal
Ruh
Sirr (rahsia)
Nur (cahaya)
Hakikat (zat yang mutlak)
Badan
Akal
Ruh
Sirr (rahsia)
Nur (cahaya)
Hakikat (zat yang mutlak)
Enam perkara di sini adalah sebenarnya kerana ada tingkat-tingkat, jika tidak hakikat anda adalah satu jua.Hakikat anda dalam istilah ini di gelar Haq, Allah, Zat Mutlak, mempunyai tingkat-tingkat dalam manifestasi (penzahirannya), tetapi ianya adalah hakikat anda sendiri. Nur ialah peringkat sifat dalam mujarrad (abstract). Sirr ialah peringkat yang sama secara perincian (detail). Ruh adalah peringkat Alam Arwah Yang keempat ialah Qalb (hati). Yang kelima ialah Alam Mithal dan yang keenam ialah badan. Badan dan akal dapat di lihat. Ruh, Sirr dan Nur tidak dapat di lihat. Untuk mencapai Haq seseorang itu hendaklah melalui semua ini secara berperingkatperingkat. Perhatikan bagaimana khatrat ( gerakan fikiran) menurun ke bawah. Mula-mula ia turun kepada Nur, kemudian Sirr, kemudian itu Ruh, selepas itu hati dan akhirnya kepada badan. Sebenarnya khatrat ini ialah satu sifat Kalam (perkataan) Allah.Ia datang melalui tingkat-tingkat Iradat. Hakikat anda bukannya salah satu daripada tingkat-tingkat ini tetapi adalah (Zat Mutlak) itu sendiri. Jika kebaikan biasa dalam perbuatan hilang dari kita, itu tidaklah berapa bahaya. Tetapi amatlah merbahaya jika hilang kebaikan yang sebenarbenarnya dari kita. Emas pada pancalogam (alloyed gold) di bakar dalam relau. Pancalogam (alloy) itu akan terbakar dan emas akan keluar lebih bersih lagi. Kebaikan sebenarnya adalah emas dan kebaikan pada kulit sahaja itu adalah pancalogam. Kita akan kehilangan jika emas tulin itu binasa. Neraka ialah tempat pancalogam emas itu di bakar.
4. Haqiqat-i-Muhammadi ialah kepada pancuran semua manifestasi. Yang bererti:
" Aku datang dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku ". Cahaya ialah apa yang manifestasi (zahir) dengan dirinya dan menzahirkan yang lain-lain. Yang bererti " Allah menjadikan alam dalam gelap " Tidak ada yang tersembunyi dari Allah, apabila Dia cahaya langit dan bumi. Cahaya mutlak terzahir dalam manifestasi yang terhad dengan cara pertentangan. Mim dalam Ahmad adaah punca pertentangan atau manifestasi yang bertentangan dalam alam iaitu dalam ketenangan lautan Ahdiyyat, satu buih (wahdat) timbul dan daripadanya banyak buih terzahir (wahdiyyat) yang menjadi punca sifatsifat yang bertentangan.
" Aku datang dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku ". Cahaya ialah apa yang manifestasi (zahir) dengan dirinya dan menzahirkan yang lain-lain. Yang bererti " Allah menjadikan alam dalam gelap " Tidak ada yang tersembunyi dari Allah, apabila Dia cahaya langit dan bumi. Cahaya mutlak terzahir dalam manifestasi yang terhad dengan cara pertentangan. Mim dalam Ahmad adaah punca pertentangan atau manifestasi yang bertentangan dalam alam iaitu dalam ketenangan lautan Ahdiyyat, satu buih (wahdat) timbul dan daripadanya banyak buih terzahir (wahdiyyat) yang menjadi punca sifatsifat yang bertentangan.
5. Nur-i-Muhammadi terzahir dalam bentuk merah dan hinggap atas pokok Keyakinan (Tree of Assurance) dan di sana dia memuja dan memuji Allah dan sujud lima kali dalam kesyukuran. Itulah sebabnya solat lima kali sehari semalam itu menjadi wajib.
6. Meski pun Muhammad dalam badan. Hakikat adalah hakikat seluruh makhluk. Hadith ada mengatakan : Yang bererti : " Aku dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku "
Keturunannya empat jenis. Pertama seluruh alam ; Kedua semua wali-wali Allah;
ketiga malaikat-malaikat; dan
keempat keturunannya yang lahir jasadnya.
ketiga malaikat-malaikat; dan
keempat keturunannya yang lahir jasadnya.
Ketiga-tiga yang kemudian itu adalah 'details' (secara perincian) yang pertama itu.
7. Kaum Fuqaha tidak bersetuju dengan pendapat Auliya Allah. Mereka tetap mengatakan wujud itu ada dua; satu yang asal dan yang lagi satu sementara, yang datang dari 'adum' (tidak ada), meski pun mereka berkat Allah tidak berkuasa menjadikan'ghayr'nya yang tidak ada wujudnya. Menjadi wujudnya benda-benda bukan dari 'tidak ada' tetapi adalah dari (bentuk-bentuk tetap dalam ilmu) yang pada luarnya (tidak ada menurut bandingan). A'yan ternampak apabila penzahir (manifester) mengurniakan kepada mereka (wujud bandingan)nya; iaitu pada luarnya mereka 'adum tetapi wujud dalam ilmu. Oleh itu benda-benda (objects) tidak datang dari 'yang tidak ada' tetapi adalah dari wujud Allah. Dalam ilmu Allah, mereka berserta dengan wujud Allah. Pada luarnya mereka datang dengan wujud Allah. Tetapi sepanjang yang berkenaan dengan pengetahuan mereka tentang lur (zahir) mereka itu, mereka " tidak membau-bauan wujud dalam luarnya (externality) dengan demikian, perintah 'Jadilah (kun) bukan di arahkan kepada 'adum tetapi adalah kepada ia itu bakatbakat Peribadinya sendiri yang asal. Yang nampak pada zahirnya adalh sementara dan tidak kekal. Hakikat 'adum tidak boleh di tukar menjadi wujud dan sebaliknya. Perbezaan pendapat antara Ulamak dan orang-orang Sufi bukanlah prinsip doktrin atau butir-butirnya tetapi adalah pada prinsip-prinsip berikut :
PERTAMA : Ialah berkenaan dengan kajadian atau makhluk; Ulamak mengatakan wujud kejadian adalah berbeza dengan wujud Allah, mengatakan tidak ada perbezaan, hanya satu jua (ia itu 'ayn bagi yang satu lagi) KEDUA : Ulamak mengatakan kejadian adalah dari 'adum, dan perintah 'jadilah' (kun) adalah di tunjukkan kepada 'adum itu mengatakan 'yang diperintahkan itu' mestilah ada atau wujud untuk menerima perintah itu dan ini ialah a'yan dalam pengetahuan ia itu bakat dalam batin.
KETIGA : Ialah perkara berkenaan Hu Hu dan Kaannahu Hu. Sufi seperti Syekh Syihabuddin Suhrawardy mengatakan bahawa dalam Fana, benda atau makhluk (yang terhad) menjadi Kaannahu (seperti Dia) dan bukan Hu Hu (Dia,Dia) seperti besi dalam api yang menjadi seperti api dan bukan api yang sebenarnya. Hakikat besi berlainan daripada hakikat api. Menurut dalam 300 auliya adalah mengikut mazhab ini dan yang 300 lagi itu mengikut Syekh-alAkbar yang mengatakan atau makhluk menjadi Hu Hu. Syekh-al-Akbar mengatakan ia itu wujud tidak lebih dari satu, yang sama itu juga menzahirkan kepada dirinya dengan dirinya. Seperti air menzahirkan kepada dirinya dengan rupa ais secara pembatasan (limitation). Apabila dalam keadaan Fana bentuk atau pembatasan hilang, yang mutlak tinggal dan menjadi Hu Hu. Mazhab ini pergi sampai ahdiyyat dan mazhab yang satu lagi (mazhab mustasaffawi) pergi sampai kepada Wahdiyyat. Mazhab yang kedua itu mengatakan ada dua wujud yang berlainan dan dua benda yang berlainan dalam pandangan mereka. Misalnya besi dan api; besi menjadi api sementara, api tetap api dan besi tetap besi. apabila ombak reda, laut tetap tinggal. Allah adalah Allah dan tidak ada apa pun berserta Dia. " Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua " Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuknya adalah pada zahir sahaja tetapi wujudnya tidak ada, air sekarang seperti air yang dahulu juga. 'Ghayr' (yang lain) adalah tidak lebih dari hanya nama dan benda fikiran sahaja. Oleh yang demikian, semua nama (asma) adalah manifestasi (penzahiran) daripada satu hakikat. Kadang-kadang hakikat itu lautan, kadang-kadang buih, kadang-kadang ais dan kadang-kadang salji; kadang-kadang Allah, kadangkadang makhluk ' banda' kadang-kadang tidak berhad;.kadang-kadang berhad ; Nama itu banyak dan yang di nama adalah satu.
8. Failasuf, Mutakallimin san Sufi mengatakan bahawa kesan atau akibat perbuatan Allah tidak ada penzahiran tanpa bentuk-bentuk tau rupa-rupa yang dizahirkan. Kenyataan ini menunjukkan satu kecacatan dalam. Oleh itu, bentukbentuk itu adalah Dirinya sendiri pada zahirnya dan adalah Hakikat-hakikatnya. Dia tidak bergantung kepada 'yang lain' untuk penzahiran.
9. Jika sesaorang itu melayan anda secara Nafs, layanlah dia secara Ruh iaitu balaslah yang jahat dengan yang baik. Inilah cara Ruh. Memandang kejahatan pada yang lain adalah memandang 'ghayr' Hadith Qudsi ada menyatakan :
Yang bererti: ' Janganlah salahkan Masa kerana Masa adalah dari Allah '.
Yang bererti: ' Janganlah salahkan Masa kerana Masa adalah dari Allah '.
10. Mula-mula terpandang Zat dan kemudian Sifat. Mula-mula anda pandang Zat Zaid dan kemudian sifatnya seperti pengetahuannya, fikirannya dan lainlain.
11. Semua benda wujud kerana wujudnya Allah. Dengan sendirinya mereka itu adalah tidak ada. Huruf-huruf tidak ada. Ada huruf adalah dengan adanya dakwat.
12. "Yang Tidak Ada" ialah cermin wujud mutlak. Daripadanya terzahir bayangan dari cahaya Allah. (ada yang negatif) ialah cermin (ada yang mungkin) ialah bayangan. Wajibul Wujud (Yang Pasti Ada) ialah orangnya. Dalam terbayang Wajibul-Wujud. Sekiranya tidak ada 'yang tidak ada' bagaimanakah yang 'positif' itu terbayang ? Apabila sesaorang mengetuk pintu dan di tanya, " Siapa itu" dia berkata, "tidak ada siapa,hanya Aku" Dia tidak menafikan wujud dirinya tetapi menafikan badan yang lain, supaya wujudnya itu dapat di tegaskan dengan lebih kuat lagi. Demikian, tidak ada Tuhan melainkan Allah. Jika 'yang lain' tidak wujud, bagaimanakah ianya menjadi cermin wujud Allah ? Apabila 'adum kosong dalam Zat. Harta terpendam itu ternampak keluar.
13. Pihak Mutakallimin menganggap wujud benda-benda iaitu wujudnya duniaadalah tambahan pada Zat. Wujud yang sewajarnya ialah wujud Allah dan pembatasannya ialah Dirinya sendiri. Mereka mengamggapkan Zat ada wujudnya yang tidak boleh di belah bagi daripadanya meski pun dalam fikiran ianya boleh di asing-asingkan. Orang-orang Sufi tidak menganggap ada sebarang perbezaan antara wujud yang hakikat dan yang biasa kerana apabila pembatasan hilang dari yang biasa itu, ianya tidak menjadi'adum.
14. Zat mengetahui dirinya sendiri. Dari segi mengetahui dirinya sendiri itu. Ia menjadi 'Wajib','pelaku','tanpa kualiti','pencipta','Yang Mempunyai Kuasa'. Dari segi Ianya itu di ketahui. Ia menjadi 'Yang Diketahui','Yang Dilakukan kepada','Yang Diberi Kualiti','Yang Dijadikan','Tanpa Kuasa'. Kedua-dua itu menjadi (Hakikat Kemanusiaan). Inilah peringkat tertinggi mikraj (naik ke atas)bagi Nabi-nabi. Aspek yang pertama itu merupakan Asma-i-Wujubiyyah. Yang kedua, Asma-i-Kiyani atau Asma-i-Kouni. Yang Pertama itu ialah 'wujud yang terzahir' dan yang kedua ialah ' ilmu yang terzahir'. Kumpulan asma yang pertama itu ialah 'pelaku','tidak ada kualiti','penzahir' dan kumpulan yang kedua ialah 'yang dilakukan, yang di kualitikan','yang di zahirkan'(pasif). 'Ke-Aku-an' yang mutlak ialah hasil penyambungan, kedua-dua itu dan dunia itu terbit dari penyambungan ini. 'Ke-Aku-an' dari sifat-sifat aktif 'yang wajib' menjadi Rab (pemerintah) yang tidak ada kualiti, 'pelaku' dan 'penyinta' dan 'kuasa' serta 'kekal'. Dari segi sifatsifat pasif'yang mungkin' menjadi 'Abd (yang diperintah) dan mempunyai kualiti; dan menjadi 'perkakas','yang dilakukan','yang dicintai' dan 'tidak berkuasa'. Oleh yang demikian, wajiblah Abd mencari keredhaan Rabnya.
15. Dalam bahasa Arab, lelaki dianggap sebagai pencinta dan perempuan sebagai yang di cintai. Dalam bahasa Hindi, proses itu terbalik. Dalam bahasa Parsi, kedua-duanya dianggap sebagai penyinta. Cinta adalah dari Wajib dalam batasan atau had yang pertama dan dengan itu Wajib (yang pasti wujud) adalah penyinta dan Mumkin (yang mungkin wujud) adalah yang dicintai. Apabila dalam had yang kedua, Mumkin dizahirkan, ianya menjadi penyinta dan wajib menjadi yang dicintai. Apabila dalam tajallinya, Wajib dan Mumkin hilang, penyinta dan yang di cintai juga hilang dan inilah ruang ketidakadaan warna. 16. Firman Allah: Yang bererti : "Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada". Allah adalah hakikat semuanya. Apabila Allah berserta dengan semua. Dia juga adalah tanpa semua. Jika tidak kehampiran Mumkinul-Wujud dengan Wajibul-Wujud tidak ada makna, dan dengan itu hulul (kemasukan yang satu ke dalam yang lain) terpaksalah di terima. Yang satu adalah di sisi yang satu lagi dan arahan dalam ruang adalah perlu. Oleh itu selagi anda wujud dalam pandangan anda, Dia tidak akan nampak; dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda, maka Dialah yang anda nampak. jika tidak,dua yang wujud akan bersatu atau akan bertentangan antara satu dengan yang lain. Timbullah ruang dan timbullah dua yang wujud. Ini berlawanan dengan Tauhid. Fana ialah menafikan (perkongsian) dengan yang lain (ghayr)
17. Tuhan-tuhan palsu seperti patung-patung, pokok-pokok dan lain-lain patut di campakkan jauh-jauh kerana mereka timbul dari menetapkan atau menempatkan wujud pada benda-benda yang tertentu. Allah tidak ada kualiti dan di samping itu dikualitikan pula. Dia tidak boleh di kurungkan pada keadaan-keadaan ini. Dianya lebih melampaui dari kedua-dua keadaankeadaan ini. Allah menzahirkan Dirinya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Nabi Musa nampak Dia dalam semak yang terbakar. Ahli tasybih bersangkutan dengan tasybih (mengkualitikan). Ahli Tanzih bersangkutan dengan tanzih (tidak ada kualiti) Allah adalah hakikat yang tidak ada kualiti dalam tanzih dan dikualitikan dalam tasybih. Kekal dan sementara dalam Sementara. Manifestasinya sempurna dari keadaan kekal (yang bermula dari Had atau Sempadan Pertama kepada peringkat) dan keadaan sementara (dari Aql-i-kul hingga keperingkat Habuk) Ilmunya sempurna dari 'yang di ketahui' pada kedua-dua peringkat. Dia Yang Kekal dan Dia Yang Sementara. Tajallilnya tidak terkira banyaknya sehingga tidak dapat di hitungkan. Oleh kerana luasnya sehingga tidak terhitung bagaimanakah Zatnya dapat di hadkan pada sesuatu perkara yang mempunyai had (batasan). Penyembahan 'yang terhad' oleh 'yang terhad' adalah syirik. Dalam La ilaha,'yang terhad' itu di nafikan dan dalam Illallah,'yang tidak terhad' itu dipastikan (diithbatkan) Syekh-Akhbar dalam ada menyatakan."Sekiranya cinta Allah untuk menzahirkan Zatnya dan sifatnya dan juga alam yang mana adalah kesan sifat dan asma, tidak bergerak alam ini tidak akan terzahir keluar tetapi hanya tinggal dalam ilmunya selama-lamanya." Gerak alam dari menghala kewujudannya keluar adalah gerak Allah untuk menzahirkan alam itu. Gerak cinta adalah dari Allah dan gerak rasa adalah dari alam. Satu biji benih melihat dan mengetahui semua pembagunan dalam dirinya dan dengan itu adalah bebas (ghani) dari mereka, tetapi kesempurnaan yang mengetahui itu di sedari dari pengetahuan yang kekal dan pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang kekal menjadi sempurna dari pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang sementara ini terpendam yang kekal.
18. Punca semua gerak ialah gerak dan ini adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan. Gerak ini di zahirkan keluar. Oleh itu wujud ini adalah gerak dari keadaan yang terpendam kepada keadaan yang ternampak. Ini adalah gerak cinta. Allah berfirman:Yang bererti: " Aku adalah harta yang tersembunyi dan suka sekali supaya di ketahui" Cinta ini adalah untuk manifestasi (penzahiran), Jika cinta ini tidak ada. Dia akan terpendam dalam ilmu selama-lamanya. Gerak alam ialah dari menuju penzahirannya keluar. Pergerakkan ini adalah cinta Allah kepada penzahiran alam dari kepada kewujudannya. Kerana alam suka melihat zatnya sendiri terzahir seperti yang dilihatnya dalam ilmu. Wujud tanpa permulaan ialah wujud Allah. Sepanjang yang berkenaan dengan Zatnya , wujud itu adalah (kesempurnaan diri) baginya. Wujud yang ada permulaan ialah dari Allah dalam bentuk alam yang mana ada dalam ilmu Allah dan di gelar wujud yang sementara dan mungkin. Allah menampakkan (manifestasi) Dirinya dalam bentuk alam dan ini (kesempurnaan nama). Oleh yang demikian, Dia adalah kekal dalam Kekal dan sementara dalam Sementara.
19. Harith Muhasibi ada berkata " Jangan anda anggap kerugian atau keuntungan kepada seseorang itu datangnya dari diri anda sendiri" kerana wujud dan kualiti-kualitinya adalh hanya pinjaman kepada 'Mumkin' dan apa yang di pinjamkan itu adalah bergantung kepada'wajib' (pasti) dan bukan kepada 'Mumkin'. Apa yang tidak ada kualiti tidak boleh mengatakan dia ada kualiti atau sifat. Jika 'adum berbuat demikian, itu adalah syirik. Inilah sebabnya Ulamak mengatakan wujud ialah tambahan pada zat. Dari segi mutlaknya, wujud tidak langsung terfikirkan. Hanya dalam Wahdiyyat, anda mempunyai tajalli pada wujud. Oleh itu, dalam segi mutlak, wujud adalah tambahan. Ulamak terlibat dengan Wahdiyyat. Jika mereka naik ke atas lagi, mereka akan dapati bahawa wujud itu adalah hanya tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam tajalli. Tajalli dan pembatasan adalah Zat dengan sendirinya. Oleh yang demikian theori mengatakan wujud itu adalah tambahan, tidak terpakai di sini.
20. Falsafah Aristotle (Musysyayin) ada mengatakan bahawa hakikat tidak di jadikan oleh Yang Menjadikan tetapi Yang Menjadikan itu memberinya wujud dan dengan itu ia wujud,sebab athar (kesan)nya pada zahirnya ialah wujud. Hakikat api tidak dijadikan, tetapi Yang Menjadikan wujudnya,lalu ia menjadi punca penzahiran haba dan cahaya (atharnya) Api yang kita nampak wujudnya itu adalah sambungan dan bukan hakikat Api, dan hakikatnya adalah wujud sendirinya. Isyraqin Plato (Realist) mengatakan bahawa "Hakikat di jadikan oleh Yang Menjadikan" iaitu Dia menjadikannya pada zahirnya. Hakikat adalah kesan dan Yang Menjadikan dan pada zahirnya wujud dan wujudnya adalah sangkaan dalam fikiran sahaja dan bukanlah Hakikat seseorang apabila di lihat berupa satu bentuk. Ini dinamakan Akal Pertama. Apabila difikirkan lagi kita dapati ianya terdiri daripada sifat-sifat tertentu yang tidak wujud pada zahirnya. Ini ialah Akal Kedua. Inilah juga pandangan pihak mereka, tetapi kesempurnaan yang mengetahui itu di sedari dari pengetahuan yang kekal dan pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang kekal menjadi sempurna dari pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang sementara ini terpendam yang kekal.
Apabila difikirkan lagi kita dapati ianya terdiri daripada sifat-sifat tertentu yang tidak wujud pada zahirnya. Ini ialah Akal Kedua. Inilah juga pandangan pihak Mutakallimin dan pihak Asy'ari. Mereka mengatakan hakikat sesuatu benda adalah benda itu sendiri; dan wujud sesuatu benda itu adalah hakikat benda itu sendiri.Abu'l Hasan Asy'ari tidak pecaya dengna wujud dalam fikiran. Pihak Sufi mengatakan bahawa hakikat benda ialah Zat Allah sendiri. Wujud diluar tidak berbeza dengan wujud di dalam. Semuanya adalah yang satu dan yang sama itu juga-Zat Allah. 'Yang di ketahui' (iaitu objek) dalam ilmunya bukan'Adum (tidak ada). Objek-objek itu di beza-bezakan antara satu dengan lain dalam ilmunya. Objek-objek itu ada dalam ilmu yang abadi. Itu yang di gelar oleh orang-orang Sufi sebagai dan pihak Mutakallimin menggelarnya bentuk-bentuk pengetahuan. Apabila Allah hendak menjadikan objek itu ada, di berinya objekobjek itu satu perkaitan dengan wujudnya sendiri dan dengan perkaitan ini athar (kesan) dan ahkam (bakat) menjadi terzahir keluar, dan Zat itu menjadi punca athar dan ahkam. Yang bererti: "Dia berserta kamu di mana juga kamu berada" Inilah ayat berkenaan perkara ini. Satu lagi ayat ialah yang bererti: "Sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu" Wujud yang di luar atau yang terzahir ini mempunyai dua aspek, satu hakikat dan satu lagi manifestasi. Manifestasi ialah wujud Yang Mungkin dan hamba (Abdiyyat). Orang-orang Sufi menggelarnya Farq. Tidaklah benar menggelar aspek ini 'Allah'. Yang satu lagi ialah punca manifestasi (penzahiran) dan ini adalah Ketuhanan (Divine). Aspek ini di gelar Haq, dan orang-orang Sufi menggelarnya dengan nama Jam'i.
No comments:
Post a Comment