Trending

Monday, 21 May 2018

Ahdiyat KeEsaan


~Ahdiyat (KeEsaan)~
1. Hakikat perkataan ialah ' Alif ' hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat. Hakikat dakwat ialah cecair, hakikat cecair ialah debu-debuan (atomatom), hakikat debu-debuan ( atom-atom ) ialah unsur dan hakikat unsur, ialah Cahaya Allah. Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah "Air Kehidupan" jika anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika anda lihat huruf dakwat hilang.
2. Zat ternyata dengan dua kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada anda dengan Jamalnya ( keindahannya ) dan Jalalnya ( keagungannya ) Jika ia tidak menampakkan dirinya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan dirinya? Maulana berkata : "Jika anda berkehendakkan bayangannya, lihatlah muka manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya".
3. Zat dalam peringkat ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ?
Apa juga yang ternyata adalah daripada Sifat. Keujudan ( existence ) di ketahui daripada kesan ( effect ) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah kesan sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah dunia ini wujud daripada Sifat? Keupayaan sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda dapati akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradat mendapatkan bentuk fikiran, kuasa - otak, pendengaran - telinga, penglihatan - mata, perkataan - lidah.
4. Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat. Seluruh alam dunia ini adalah terdiri daripada bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahan bentuk-bentuk ini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat.
5. Yang pasti ada dan A'yan tersembunyi dalam ghaib. Apa yang nampak ialah manifestasi ( penunjuk ) Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan adalah tersembunyi - apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal ( mithal ). Salik tidak melihat Wujud atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja.
6. Kita tidak mengetahui zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak, tidak terjangkau oleh dzauk, perasaan, fikiran, khayalan dan pengetahuan kita.
7. Cinta adalah rahsia Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya ( essence ) Ianya tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun nabi-nabi dan wali-wali Allah.
Pengetahuan yang paling sempurna berkenaannya adalah ' tidak tahu ' Ianya tidak terkandung dalam pengetahuan atau pun dalam Wahyu- ianya tidak dapat di bawa dalam lingkungan Keindahan. Apa yang dapat oleh pencinta-pencinta Allah dan sufi dalam ma'arifat mereka adalah tidak lebih dari penyataan (epiphanies) dan misal sahaja. Yang Mutlak itu tidak dapat di bawa dalam lingkungan penyataan dan misal. Orang yang nampak bayangan matahari dalam air bukanlah bererti dia telah nampak matahari itu sebenarnya. Kata Nabi Muhammad s.a.w.yang bererti, "saya tidak mengetahui Mu lebih dari setakat mana saya patut mengetahui Mu" Pengetahuan tentang dirinya adalah dengan Dia jua, tidak berkongsi dengan siapa dan apa jua.
8. Peringkat di mana yang Haq itu tidak menyatakan kepada dirinya di gelar dan lain-lain. Peringkat di mana ianya menyatakan atau menunjukkan kepada dirinya di gelar Ahdiyyat - Sempadan Pertama ( First Limitation ) Hakikat Muhammad dan lain-lain. Peringkat di mana Ianya menunjukkan pada diri dan pada 'Yang Lain' secara perincian di gelar Sempadan Kedua. Peringkat di mana ianya menunjukkan pada Diri dan 'Yang Lain' secara terperinci dalam pengetahuandi gelar Hakikat Kemanusiaan - Nafas Suci. Peringkat di mana ianya menunjukkan secara perincian ( in detail ) keluar di gelar Alam Arwah, Alam Mithal dan Alam Ajsam - dan alam-alam ini merupakan "yang di jadikan".
9 Apabila Wujud itu tersendiri, ia berada dengan sendirinya dan memerhatikan dirinya sendiri. Tidak ada yang tidak cukup padanya. Ianya pengetahuan yang tidak berlawanan dengan kejahilan. Ianya sedar tentang ' ke-AKU-an '-nya yang abadi. Syak dan waham dalam kewujudannya sendiri tidaklah mungkin. Dengan sendirinya Ianya sempurna. Ketidaksempurnaan adalah berkaitan hanya pada bentuk. Ianya abadi dan tidak bertukar-tukar dan sentiasa ada. Perkara 'sementara' dan bertukar-tukar dan hilang hanya tertentu bagi bentuk. Hu ( Dia ) yang ghaib menjadi 'Aku'- menzahirkan Dirinya. Oleh itulah mazhab Syattariyah membuang kenafian dan mengambil ke-ya-an. Sia-sia sahaja dalam Maraqaba ( meditasi ) jika kenafian yang di pedulikan kerana itu bererti menafikan perkara yang tidak ada- seperti menghidupkan kuda yang mati dalam khayalan dan kemudian memukulnya. Dalam agama Syattariyyah tidak ada memfanakan diri, tidak ada di situ melainkan 'Aku ialah Aku'.
10. Zat itu mutlak.Tidak berbentuk. jika berbentuk maka itu adalah bentuk yang mutlak ( sebagaimana yang di katakan oleh Syekh Al-Akbar Muhiyyudin Ibn Arabi ) yang padanya semua bentuk-bentuk yang ada hadnya bergantung. Ia menjadi manusia berbentuk ( bayangan ) Rahman. Kayu mempunyai bentuk yng tersendiri; lain-lain bentuk itu tidak ada bersangkutan dengan bentuk kayu yang mutlak. Apabila ia berkehendak, Ia ambil satu bentuk dalam bayangan - sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bererti " Aku nampak Tuhan ku berbentuk seorang belia yang tidak berjanggut " Ini adalah misalan sahaja. Jika tidak tentulah banyak orang yang akan sesat. Bukanlah yang mutlak yang nampak dalam misalan 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts