ALAM RUH (ALAM ARWAH)
1. Ruh manusia tidak serupa dengan ruh malaikat, kerana Ruh manusia boleh naik ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi seperti Jabarut dan Lahut. Malaikat tetap tempatnya. Pada malam Mi'raj, Jibril berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai menjawab permintaan Nabi supaya menemani beliau naik lebih tinggi lagi dari Sidratul-muntaha. Jika saya terbang serambut lagi, Cahaya Keagungan Allah akan membakar sayap ku. Ruh manusia ialah satu rahsia ketuhanan, satu misalan dan perbatasan Allah dalam rahsia Ana (Aku) Ruh. Misalan di sini ialah hakikat itu sendiri.
2. Tajalli bererti menunjukkan sesuatu (syaii) pada dirinya dalam beberapa dan berbagai bentuk, umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebagai beberapa ladang, dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api, dan seorang manusia menunjukkan dirinya sebagai beberapa orang manusia. Ini bukan ulangan dan Hulul (penjelmaan). Ruh itu dalam tajallinya berbentuk badan. Kadang-kadang, berbentuk lain dari badan dan nampak berasingan dari badan- berbentuk di luar badan menunjukkan dirinya kepada dirinya sendiri. oleh yang demikian, ruh itu ada dalam badan dan luar badan. Sebenarnya badan adalah sarang ruh.
Ada tiga jenis sarung ruh:
1. Unsur (elementa)
2. Mithal atau barzakh
3. Ruh atau badan Malaikat
1. Unsur (elementa)
2. Mithal atau barzakh
3. Ruh atau badan Malaikat
Manusia hanya melihat badan kasar sahaja. Tetapi apabila dia melakukan riadhah dan upacara suluk, bentuk mithal itu keluar dari badan unsur itu dan menjadi sendirinya 'yang memerhati' dan 'yang diperhati'. Orang akan menyangkanya sebagai 'yang lain' (ghayr), padahal tidak ada 'yang lain' di sini. Oleh itu, dia mungkin melihat dirinya dalam seribu bentuk. Sebenarnya seluruh alam ini adalah sarung atau sangkar ruh yang satu. Badan ini sarungnya dan ada lagi satu sarung yang tersembunyi dan di bawahnya, dan ini adalah badan mithalnya, dan inilah badan yang menunjukkan dirinya dalam cermin. Apabila seseorang itu mati, badan itu mati. Apabila seseorang itu tidur, badan tidak mati tetapi ruh itu tidak lagi berapa terperangkap dalam badan dan ia menunjukkan dirinya kepada dirinya, keluar dari badan unsurnya dan dalam sarung mithalnya yang mana adalah berbeza dari sarung unsurnya. Pada masa keluar, semasa mati sementara (tidur)bentuk mithal tidak bercerai dari badan. Dalam mimpi badan mithal itu melayang pergi ke tempat-tempat yang jauh, tetapi apabila nyamuk menggigit badan unsur itu, badan mithal itu kembali dalam masa sekelip mata sahaja. Dengan ini, cuba fikir bagaimana halnya Nabi kita mi'raj. Tempat tidur beliau masih panas lagi apabila beliau kembali dari mi'rajnya. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajalliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya kenampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri. Beberapa sumbu di bubuh api daripada satu lampu. Lampu itu tetap satu juga.
3. Badan itu sendiri adalah ruh, seperti ais (ice) itu air atau wap. Bezanya terletak pada tebal atau tipisnya benda-benda itu. Ruh tidak masuk, dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu, apabila badan itu sesuai untuknya. Ruh itu ibarat penunggang,dan badan itu ibarat kuda. Gerak ruh dan badan ialah umpama gerak tangan dan kunci. Ertinya " Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan dengan izin Allah " Apabila Allah hendak memandang Dirinya. Dia perlukan cermin-cermin yang cerah pada satu muka dan muka yang lagi satu itu gelap. Badan manusia mempunyai 'hati' ibarat cermin iaitu cerah di satu muka dan gelap di muka yang lain. Dia menzahirkan Dirinya pada muka cermin yang cerah itu. Makin bersih hati itu makin teranglah bayangan Allah padanya. Banyak bilangan ialah dalam hati bukan yang memandang.
Oleh itu, ruh-bayangan Allah-adalah satu jua. Bayangan (reflection) bukan Hulul atau penjelmaan. Muka cermin yang terang itu membayangkan muka yang memandang. Cermin 'hati' di seliputi gelap pada satu permukaannya, dan ini di gelar kebendaan. Dengan cara ini pandangan yang melihat berbalik kepada dirinya sendiri. Bayangan (reflection) adalah nama sahaja untuk ini dan yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat. Banyaknya muka itu ialah sebab banyaknya cermin tetapi muka itu tetap satu jua. Satu muka tidak akan menjadi banyak jika tidak ada cermin yang banyak yang terdiri dari berbagaibagai saiz. Buatan dan warna. Di sini yang melihat tersilap menyatakan yang satu telah menjadi banyak. Memandang satu benda seperti banyak di gelar Ruh atau Amr-i-Rab dalam syariat, dan tajalli dalam tasauf.
Tajalli sebenarnya adalah manifestasi dan penunjukkan sesuatu benda kepada dirinya oleh dirinya. Oleh itu untuk pandangan diri (nafs) ini, Dia membuat cermin-cermin bagi Dirinya, dan memanggil muka cermin yang terang itu dengan nama Qalb (hati atau jiwa) dan muka yang gelap itu dengan nama Qalib (badan). Dia membayangkan Dirinya pada muka cermin yang terang itu. Cermin, bayangan dan yang memandang itu adalah hakikat yang satu dan yang sama. Yang melihat itu tidak puas memandang KeindahanNya selama-lamanya. Cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu. Cerah dan gelap itu hanya cara-cara memandang.

Muka qalb yang gelap itu hanya penebalan (thickening) dan pengongkeritan (concretion) cahayanya ; jika tidak, tidak ada gelapnya di sini. Umpama air menebal dan menjadi ais. Pandangan boleh tembus dalam air, tetapi tidak dalam ais. Tidak ada pandangan, jika hanya gelap sahaja atau cerah sahaja . Sinar memancar melalui kecerahan itu dan di balikkan oleh selaput atau cat merah pada kaca cermin itu. Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai badan yang terang atau cerah dan pada binatang yang badannya gelap. Manusia mempunyai permukaan yang cerah dan gelap dan oleh itu sesuai benar untuk menjadi cermin bayanganNya-bekas yang sesuai untuk menangkap cahayanya. Manusia tidak nampak jin dalam dunia ini kerana jin itu cahaya dan pandangan manusia tembus melalui badan-badan jin itu; seperti tembusnya pandangan melalui kaca (glass). Jin tidak boleh nampak manusia di akhirat kerana badan mereka lebih terang lagi dari badan jin.
4. Ayat-ayat :
"Dan dalam diri kamu dan kamu tidak melihat" (al Dzariyyat: 21)
"Dan dalam diri kamu dan kamu tidak melihat" (al Dzariyyat: 21)
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari antara kamu " (Surah al Taubat :128)
Adalah menunjukkan 'keakuan' salik itu adalah rasul dari 'kediaan' (Huyuat) Allah.
Hadith qudsi ada mengatakan: Yang bererti: " Aku tidak boleh di kandung oleh bumi dan langit, tetapi boleh di kandung oleh hati orang-orang yang beriman "
Ruh adalah penunggu pintu kerajaan Ketuhanan; ia membawa dirinya dan membawa yang lain sampai kepada Allah.
Oleh itu anda menganggap diri anda sebagai Rasul Allah.
Hakikat manusia ada "kepastian" dan ada "kemungkinan".
Hadith ada mengatakan yang bermaksud : "Antara dua jari daripada jari-jari Allah"
Juga, Al-Quran ada menerangkan yang bermaksud : "kami muliakan anak Adam dan membawa mereka atas darat dan laut " (surah Israa’ : 70)

Abu Bakar dan Faruq ada berkata, yang bermakna, “Ruh tidak tertakluk di bawah perintah "jadilah". Juga ada ayat yang ertinya " Sufi tidak dijadikan "
5. Semua ruh adalah satu dalam ke-ruh-annya. Banyaknya itu timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan-badan, seperti matahari yang cahayanya memancar pada berbagai-bagai objek tetapi tidak memakan kualiti-kualitinya. Semua kualiti-kualiti yang baik adalah berhubung dengan ruh; dan kualiti-kualiti yang jahat adalah hasil kerana perkaitannya dengan badan-badan. Sebenarnya semua kualiti-kualiti yang baik adalah kepunyaan Alam Malakut. Kualiti ruh sendiri ialah ma'rifat. 'Ke-ruh-an' adalah satu dengan Zat sebelum manifestasi, seperti ombak adalah satu dengan laut sebelum manifestasinya. Sebenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak. Perbezaan adalah pada sangkaan sahaja.
Ada orang berkata, "Tidak ada perbezaan antara saya dengan Allah kecuali dalam sifat; wujud saya adalah daripada Dia "
Zat dan sifat adalah Qadim. Jika tidak, adalah dua qadim dan ini tidak mungkin, kerana dengan itu Zat wujud sendirinya dan sifat wujud pula dengan sendirinya.
Nabi pernah berkata, " siapa yang melihat saya, nampaklah Allah"- “Dia sekarang seperti dia dahulu juga”.
Allah ada dan tidak ada sekutu dengan Dia. Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan 'dahulu', 'sekarang', dan 'akan datang' adalah satu sahaja padaNya.

6. Abu Bakr-i-Mukti berkata, Ruh ialah 'perintah' (amr) Allah dan tidak termasuk di bawah kelas 'yang di perintah' seperti Malaikat, Jin, binatang, tumbuhtumbuhan dan lain-lain.
Allah ada berkata yang bermaksud: " Aku hembuskan pada (Adam) daripada ruh Ku ". (Surah Shad : 72)
"Aku jadikan dia dengan kedua-dua tangan Ku ".(Surah Shad : 75)
Allah ada berkata yang bermaksud: " Aku hembuskan pada (Adam) daripada ruh Ku ". (Surah Shad : 72)
"Aku jadikan dia dengan kedua-dua tangan Ku ".(Surah Shad : 75)
Ia itu Jalal (keagungan) dan Jamal (keindahan). Manusia tidak di jadikan dengan ruh malaikat, jin, binatang dan lain-lain tempat adalah dengan hembusan ruh ketuhanan.
7. Ruh 'yang tidak di jadikan' ialah Haqiqat-i-Muhammadi (Wahdat) di bawah daripada itu ialah Haqiqat-i-Insani (Wahidiyyat). Ruh 'yang di jadikan' ialah dari 'Aql-i-kul ke bawah hingga Insan-i-Kamil. Ruh-i-Insani adalah abadi. Ruh 'yang tidak di jadikan' itu ada juga di gelar Sirr. Semua ruh individu adalah bayangan (reflection) dari ruh itu.
Itulah Ruh yang 'dihembuskan' dalam (Aku hembuskan padanya ruh Ku ) (Ke mana sahaja kamu menghadap, di sana nampak wajah Allah)
Itulah Ruh yang 'dihembuskan' dalam (Aku hembuskan padanya ruh Ku ) (Ke mana sahaja kamu menghadap, di sana nampak wajah Allah)
8.Ruh ialah pembatasan atau had Haq, sebagaimana badan adalah pembatasan (limitation) Ruh. Perkaitan antara pembatasan dan yang terhad adalah hanya sangkaan sahaja, seperti pembatasan antara buih dan air. Pada peringkat pertama ianya di gelar Ruhul-Qudus kerana di situ ianya adalah maha suci. Apabila naik dari kebendaan (materiality) ke atas, seseorang akan sampai ke peringkat yang bebas dari kebendaan dan peringkat ini ialah Ruhul-Qudus peringkat Haqiqat-i-Muhammadi. Ia adalah punca semua bakat dan bentuk,ia menyatakan dirinya dengan bentuk, seperti makna dalam perkataan.
9. Apa sahaja objek yang padanya jamal bagi Ruh membayangkan dirinya, objek itu akan menerima nilainya Lailatul-Qadar menerima nilainya dari Ruh.
“ Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka” (Surah al Baqarah : 4)
Dalamnya maliakat dan Ruh di turunkan. Anda tidak boleh lihat Ruh kecuali anda mendahului kedua-dua alam. Ruh bukan di dalam atau di luar badan dan tidak juga lekat atau tidak lekat pada badan. Ruh bukan di luar, bukan di dalam, bukan terlekat dan bukan tidak terlekat pada badan. Tidak ada orang yang mempunyai lebih dari satu ruh.
Ruh itu mendapat namanama yang berlainan dalam peringkat-peringkat yang berlainan, menurut kualitikualiti yang berlainan yang terzahir. Ruh dalam aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat lain; dan di tempat lain pula, melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama-nama yang berlainan. Pada segi dalamnya, Ruh itu, pada satu tempat, adalah Ruh tumbuhtumbuhan; di tempat lain, Ruh binatang, dan tempat yang lain pula, Nafsani Ruh. Ia juga Ruh Nabi-nabi dan Ruh-Quds. Ada juga orang Sufi menyatakan itu adalah Allah sendiri.

10. Nur (cahaya) Muhammad ada dua jenis:
1. Batin- ini adalah dalam peringkat ilmu, yang juga dinamakan Hakikat Muhammad (Haqiqat-i-Muhammadi) dan 'tidak dijadikan' sebagaimana kata hadith: “Aku dari cahaya Allah, dan seluruh alam adalah dari cahaya aku” Di sini 'min' (ertinya dari) menunjukkan permulaan dan bukan pengasingan. Nur Muhammad ialah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak, dan bahagian ini 'tidak dijadikan', ia adalah daripada keadaan Pencipta itu sendiri. Ini tidak serupa dengan apa yang di katakan oleh Kaum Dahriyyah ia itu manifestasi yang zahir ini adalah abadi bersama Allah. Walau bagaimana pun ia kekal abadi tetapi adalah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak, dan tidak di jadikan.
2. Nur yang zahir mulai dari Aql-i-kul, dan menurun hingga Ruh-i-a'zam, Qalam, dan lain-lain yang di gelar Ruh-i-Muhammadi. Nur-i-Muhammadi di panggil Hakikat Muhammad; atau sebagaimana kata hadith, “Allah mula-mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku”. Oleh itu, Ruh-i-Muhammadi ialah Ruh 'yang di jadikan'. Syah wajau'l-Haq mengatakan bahawa kedua-dua itu adalah sama. Sebenarnya Muhammad ada dua aspek: Satu Hakikat dan yang lagi satu 'kejadian', dari segi hakikat, beliau berkata: Bererti: "Aku Ahmad tanpa mim (iaitu Aku Ahad)". Dari segi 'kejadian' beliau berkata: Bererti: " Hambanya dan Rasulnya " Beliau adalah barzakh (garisan sempadan antara dua perkara itu)
11. Apabila Nur-i-Rahmani (cahaya Allah) menzahirkan dirinya tanpa tabir Rab, ianya tidak ada warna, kualiti dan persamaan. Dalam hal ini, tidak ada barat dan tidak ada timur, tidak ada kiri dan tidak ada kanan, tidak ada bawah dan tidak ada atas, tidak ada masa dan tidak ada ruang, tidak ada siang dan tidak ada malam: Ertinya : " Dengan Allah, tidak ada pagi atau petang "
12. Bayazid Bistami pernah berkata, "Aku sampai kepada Allah dengan dua langkah " “Satu kaki atas nafs saya sendiri, dan satu lagi di lorong 'yang dicintai”.
Kebanyakkan orang berkata ini bererti berlawanan dengan Nafs dan Mujahadah. Sebenarnya satu kaki dalam manifestasi (alam) dan yang lagi satu dalam wujud "ke-AKU-an salik. Satu dalam memahami diri dan yang lagi satu dalam memahami Allah. Ertinya: "Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya" Menurut pandangan orang-orang Mazhab Syattariyyah di situ tidak ada bersalahan nafs atau Mujahadah; dan juga tidak ada fana atau Fanaul-Fana, kerana Fana memerlukan dua diri, satu yang hendak di fanakan dan yang satu yang hendak di wujudkan, maka ini berlawanan dengan Tauhid. Orang-orang syattariyyah mengakui tauhid dan memandang Zat dengan Sifatnya dalam semua peringkat dan tajalliyat. Nabi berkata: Ertinya “Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya” Beliau tidak berkata: “Siapa yang menyalahi nafsnya, kenallah pada Tuhannya”
Mereka melihat 'tidak ada tanda' dalam tanda-tanda di mana-mana sahaja- kebendaan dan keruhanian. Semua objek adalah bayangan Wujudnya dan pergerakkan objek adalah diperlui oleh tajalliyat asma dan sifat. Apabila tajaliyyat bergerak, bayangannya (iaitu objek) pun bergerak. Yang bermakna: " Tidak ada yang bergerak, melainkan dengan izin Allah "

Tidak ada yang wujud melainkan Allah. 'Dia' Allah terzahir dalam bentuk 'Aku' salik. Oleh itu memahami 'aku' sendiri adalah memahami 'Dia' Allah. Dia lah yang mengetahui dan yang di ketahui- Aku kenal Allah dengan Allah.
Bererti: " Dan Dia dalam nafs kamu dan kamu tidak nampak Dia " (Surah al Dzariyyat : 21)
Bererti: " Dan Dia dalam nafs kamu dan kamu tidak nampak Dia " (Surah al Dzariyyat : 21)
Memahami atau mengetahui Allah lebih dahulu dari mengetahui diri sendiri. Oleh itu mereka berkata, "lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri". Lupa datang kemudian daripada tahu. Seseorang yang lupa pada dirinya (nafs),lupa pada Tuhannya. Seorang darwisy yang memakai pakaian hitam masuk kedalam tempat ibadat Junaid. Apabila di tanya kenapa dia memakai pakaian hitam , darwisy itu menjawab mengatakan Tuhannya telah mati. Dia di halau keluar tiga kali. Kemudian baru di ketahui yang Darwisy itu telah membunuh diri (nafs)nya sendiri dengan kerana kejahilan, dan oleh itu beliau memakai pakaian hitam.
13. Badan Nabi-nabi dan Wali-wali Allah bukan badan kebendaan (material) tetapi adalah badan keruhanian. Badan kami ialah ruh kami, dan ruh kami adalah badan kami, (kata Muhibullah dari Allahabad )
No comments:
Post a Comment