Trending

Wednesday, 30 May 2018

BACAAN ASAS 10 RUQYAH UNTUK RAWATAN


BACAAN ASAS 10 RUQYAH UNTUK RAWATAN.
Assalam....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur ke hadirat Allah swt. Dan selawat senantiasa dihatur ke atas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah dan dengan kerendahan hati yang paling dalam izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insya Allah...
Muqadimah Bacaan Asas 10 Pertama Setiap Rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang, bisa juga racun.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zam- zam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zam- zam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap orang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.
Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata :
" Kami diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi..? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai."
Dia menjawab ; " Ya..!"
Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan Alhamdulillah sembuh seperti sedia kala dengan izin Allah s.w.t.
TATA CARANYA :
* A.) AL FATIHAH.
Bismillahirrahmanirrahim.
" Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. Arrahmaanirrahiim. Maaliki yaumiddiin. Iyyaka na budu wa iyyaaka nastaiin. Ihdinashirratal mustaqim. Shiratalladzina an amta alaihim. Ghairil maghduubi alaihim waladhaalin."
1.) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2.) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4.) Yang menguasai hari pembalasan.
5.) Hanya kepada Engkau lah kami menyembah dan hanya kepada Engkau lah kami mohon pertolongan.
6.) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7.) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
* B.) AYAT QURSI.
" Allaahu la ilaaha illa huwal Hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun. Lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi. Man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih. Ya'lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum. Walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a. Wasi’a Qursiyuhus Samaawaati wal Ardhi. Walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal 'Aliyuul 'Azhiim."
" Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Surah Al-Baqarah ayat 255).
* C.) YA BAARI'.
" Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit."
* D.) KAF HA YA 'AIIN SOOD. HA MIIM 'AIIN SIIN QOF.
* E.) SHALAWAT SYIFA'.
BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM.
" ALLAAHUMMA SALLI ' ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA WA ' AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA. WA NUURIL ABSHAARI WA DIYAAIHAA WA 'ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM."
" Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, Engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda."
* F.) SHALAWAT TAFRIJIYAH / NARIYAH.
BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM.
" ALLAHUMMA SHALLI SHALAATAN KAMILATAN WASALLIM SALAAMAN TAAMAN ' ALAA SAY-YIDINAA MUHAMMADANIL LADZIII TANHALLU BIHIL UQADU WATAN FARIJU BIHIL KURABU WATUQDHAA BIHIL HAWAA IJU WATUNAALU BIHIR-RAGHAA-IBU WAHUSNUL KHAWAATIMI WAYUSTAS-QAL GHAMAAMU BIWAJIHIL KARIIMI WA'ALAA AALIHI WASHAHBIHII FII KULLI LAMHATIN WANAFASIN BI'ADADI KULLI MA'LU-UMILLAK."
" Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu."
G.) SURAH AL- HASYR. Ayat : 21- 24.
LAU ANZAL-NA HAA-DZA ~AL-QUR'AA-NA 'ALAA JABAL-IL-LA-RA-AITAH-U
KHAA-SHI-'ANM MUTASODDI'ANM MIN KHAS-YA-T-ILLAH.
WA TIL-KA -AL AM TSA-LU NODHZ-RIBU-HA LI-NNAAS-I LA-'ALLA-HUM YA TAFAKKARUUN-A. Ayat :21.
21.) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.
HUWA -ALLAH-UL-ADZII LAA-ILAAH-A ILLA HU-WA
'AALIM-UL-GHAIB-I WAS-SYAHAA-DAH
HUWA-AR-RAHMAAN-UR-RAHIIM-U. Ayat : 22.
22.) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
HUWA -ALLAH-UL-ADZII LAA-ILAAH-A ILLA HU-WA
AL-MALIK-UL-QUDDUS-US-SSALLAAM-UL-MU'KMIN-UL-
MUHAIMIN-UL- 'AZEEZ-UL-JABBAAR-UL- MUTAKABBIR-U.
SUBHA-NA ALLAH-I 'AMMA YUSHRI-KUUN. Ayat : 23.
23.) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.
HUWA -ALLAH-UL-KHAA-LIQ-UL BAA-RI-UL MUSAUWIR-U
LAH-UL ASMAAA-UL HUSNAA.
YU-SABBIH-U LAH-UU MAA FII-SSAMAA-WAA-T-I WA-AL ARDH-I.
WA HUW-AL 'AZEEZ-UL HAKEEM-U. Ayat : 24.
24.) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21- 24)
H.) DOA HINDAR SYAITAN.
KALIMAT TAMMAH PERTAMA.
أعوذبكلمات اللّه التّامّات من شرّ ماخلق
" A’uudzu bikalimaatilaahit taammati min syarri maa kholaq."
Artinya :
" Aku berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha Sempurna dari semua kejahatan yang dijadikanNya."
KALIMAT TAMMAH KEDUA.
أعوذبكلمات اللّه التّامّة من كلّ شيطان وهامّة ومن كلّ عين لامّة
" A’uudzu bikalimaatillahit taammati min kulli syaithonin wa haam matin wa mingkulli ‘aiinin laammah."
Artinya :
" Aku berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha Sempurna dari syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan."
KALIMAT TAMMAH KETIGA.
" A’uudzu biwaj’hillaahil kariim. Wa bikalimaatil laahit taammaatil latii laa yujaawizuhunna barrun wa laa faajirun. Min syarri maa yanzilu minas’sama’i
Wa min syarri maaya’ ruju fiiha. Wa min syarri maa dzaro-a fiil ardhi. Wa min syarri ma yakh’ruju minhaa. Wa min fitanil laili wan nahaari. Wa min thowaariqil laili wan nahaari illa thooriqon. Yath’ruqu bikhoirin ya Rahman."
Artinya :
" Aku berlindung pada Tuhan Yang Maha Pemurah dan berpegang teguh pada kalimat-kalimatNYA yang sempurna yang tidak dapat diperangaruhi oleh siapapun juga, baik orang taat maupun orang fasik, dari kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang naik ke langit, kejahatan yang ada dimuka bumi dan kejahatan yang keluar dari bumi, kejahatan fitnah-fitnah dan peristiwa yang membawa akibat buruk yang terjadi siang dan malam, kecuali peristiwa yang membawa kebaikan, Ya Tuhan kami yang Maha Rahman (Pengasih)."
DOA NABI SULAIMAN.
" Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku berlindung kepada Allah yang Esa lagi Mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad, juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah terhadap hambanya dengan firman-Nya :
" Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian."
I.) SHALAWAT SEJAHTERA.
" SALAMUN A'LA SULAIMAN FIL A'LAMIIN.
Selamat Sejahtera ke atas Nabi Sulaiman di dunia dan akhirat."
J.) DOA NABI SULAIMAN.
" Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada Timur dan Barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya, Selamatsejahterakanlah kami wahai Tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari Timur dan Barat, Jin, Manusia, Angin dan Awan berserta keselamatan yang banyak. Maha Suci Allah Ta’ala yang Maha Mulia kemuliaan, dan kesempurnaan-Nya, ketahuilah oleh kamu wahai Iblis.. Wahai Iblis.. Wahai Iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmat-Mu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.
SEKIAN...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa atau tingkah laku yang tak berkenan dihati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf..
TERIMA KASIH..
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts