Trending

Wednesday, 30 May 2018

Berperang Dengan Iblis 2



#### Berperang Dengan Iblis #####
dikala hujan turun dengan lebat membasahi bumi senawang, guruh berdentum memecahkan hening malam, bunyi atap rumah jenis zink 5mm tebal membingitkan lagi telinga..
lalu diambil sekotak john dblend yang terdampar diatas meja kupi diluar rumah, lalu dicucuh dengan lighter rm2 dapat 4pcs yang baru dibeli di ecoshop petang tad..
sedang menyedut, terbau bauan yang amat busuk skali yang membuatkan rasa hidup taksedap menyedut bauannya..
asap pertama yang dirasakan shahdu tu telah terlepas dek bau hamis dan busuk itu.. lalu dibiarkan sahaja bauan itu kemudian hilang..
kembali semula menyedut sehingga habis sbatang tu, lalu puntungnya ditekan dalam ashtray.. sesudah itu, bauan yang hamis dan busuk kembali lagi terbau di dalam hidung..
lalu den bangun dan lihat serta diamati dimana datangnya bauan tu. baunya persis spt bauan bangkai kucing yang mati awal tahun lalu...
setelah berapa minit mencari, tiada punca... tiba2 yai keramat zuppp hadir memberi signal kehadirannya.. rasanya tenang dan wibawa.. lalu dimintanya untuk membuka mata ketiga...
lalu dengan zat dan irodat, ku bermohon kepada allah untuk melaksanakan pembukaan byakugan.....
terbuka sahaja mata, ku nampak ditangan yai keramat terdapat dua kepala bertanduk spt kambing gurun... lalu den tanye
"yai, kepala jin mane kau sebat ni?"
lalu yai kembali menjawab dengan muka tua yang sangat penat. nampak keringat membasahi mata dan pipinya
"ni la kepala yang berbau busuk semasa kau sedang beristirahat didepan rumah tad.. ku penggal semua kepala yang cuba menjengah masuk."
dengan tekojotnyo den dengar penjelasan tu. den mula brmonolog sendirian.patut la bau busuk tu bau kuat kemudian tetiba hilang. rupanya kpala iblis...
lalu ditanya kan kembali
"dari mana datangnya ni yai? bila sampainya?
"mungkin ini iblis yang kau bunuh tempohari sage. berkenaan rawatan si bidan muda yang turun dari ilmu nenek nya tu"
"apapun den berterima kasih banyak atas pertolongan ni yai..."
yai senyum kerang lalu hilang dalam gelapan malam ....
kmudian, den pun bersihkan diri dan buat solat isya yang belum dilaksanakan slpas makan malam tad. duduk dirumah berseoraangan tanpa tsunade yang berpantang di kampung amat menyeksakan. makanan hehari menu yang sama 😂😂😂
setelah selesai solat 4 rakaat , lalu di tarik semua pintu2 almari dan mulakan berzikir ya hayyu ya qayyum ..
taksampai jumlah 111X terdengar suara anak yai keramat menyapa dengan penuh rasa cemas... cepat2 den behonti dan donga permasalahan ea.
"sage, bapak dan harimaunya ditangkap segorombolan iblis, baru sahaja dibawa pergi"
"tak mengapa , kau pulang dahulu, nant aku selesaikan. minta semua ahli kita bersedia disana. pape den roger"
lalu, dalam silaan yang masih kemas, ditayuh scaner mencari kawasan kiyai keramat dipasung.. bila di tayuh, tak dapat jawapannya.. si jami takdapat mencarinya..
hati resah, jiwa gelisah memikirkan yai keramat ...
lalu den summon boat pancung bersama 8 skuad elit jawara untuk mencari lokasi yai keramat.
tanpa berlengah, kesemua kalimo pancer hadir dan 7 pembesar hadir mendengar taklimat ringkas...
"semua, ni mungkin angkara iblis yang di bunuh yai maghrib tad, semasa den mencerut, yai telah bunuh 2 iblis yang kita handle tempohari.
mungkin mreka inginkan balas dendam terhadap kita"
semua mendengar rapi dan formasi telah selesai. semua beredar dan mulakan kerja yang diarahkan
kalini tugas UTK diberikan kepada 3 beradik panglima hitam... sambil menunggu boat pancung yang mencari kawasan tu, den berikan taklimat terakhir.
"walau apa pun jadi pada yai keramat, sama ada hidup ataupun mati" den nak beliau ada didepan rumah aku setelah selesai semua tugasan kalian"
masing2 mengangguk tanda faham kepada arahan...
den ambil sebotol minyak khusus yang dibuat yai, aku berikan sedikit2 kepada team utk
"ini adalah bau yai keramat, carilah dan konfemkan bauannya sebelum memulakan apa2 serangan
lalu boat pancung pun pulang mengatakan lokasi serta kekuatannya....
lalu kawasan yang agak hyper, den mintak lagi 5 UTK OMJ hitam bersama dengan 3 bradikni
"apa sahaja yang terjadi, pastikan selamat, jika keadaan meruncing, roger je "
lalu, skuad UTK meninggalkan rumah den dan 4 sahabat menunggu masa untuk bertindak. sambil menunggu tu, sempat lagi den layan john sbatang lagi, sambil2 mencerut tu , diperkuatkan lagi pagaran rumah dan 1 kapal frigate diarahkan pergi ke pahang untuk melindungi sage jr dan tsunade...
sahabat 4 masih lagi menunggu arahan seterusnya.. den pun cuba scan kembali tuan si iblis ni.. masih kuat dan secure sepenuhnya setelah dihentam masa rawatan cucunya haritu..
lalu, tanpa berlengahkan masa, kepentingan sahabat 4 diperlukan untuk masuk dan rembat tuan iblis ni lagi sekali... sukma dan sedulurnya masih bersama. lalu den bersama 4 shabat ni pergi meghadap tuannya.. rokok ditangan masih terbakar, lost control dan dibiarkan ia menyala sambil aku sndiri keluar ke tempat dituju..
sesampai sahaja disana, terus dikepung dengan 3 jenis iblis merupai ular tedung yang sangat wibawa dan garang.
lalu si getih mengeluarkan pedangnya lalu menghunus ke bawah mulut ular yang pertama lalu tumbang.
tanpa melengahkan masa, aku meninggalkan kawasan tu dan membawa kakang dan getih untuk masuk, lalu takdapat menembusi kerana rumahnya telah dipagar...
khidmat unicorn diperlukan untuk merobohkan tiang dan tembok hadapan. lalu sepasang unicorn hadir dan menembusi tembok hadapan....
apabila ingin menyerbu masuk, si tuannya keluar melalui pintu tepi bersama konco2nya...
kekuatan mreka agak ramai. dengan sage hanya ada 2 pengikut sahaja. keadaan mendebarkan....
lalu sage pun summon 1 team panglima harimau berantai yang berkekuatan seramai 9 orang sahaja.
kmudian zuppp, sukma kite ditarik masuk oleh keeper puteri keraton. dia ckap " ianya boleh diselesaikan oleh Ronco dan kawan2nya... sage perlu buka dan kawal dari sni sahaja...
lalu rokok yang dtangan dah liberth dan padam. mungkin masa yang lama disana dan skjap dirasakan menunjukkan rokok dah lama terpadam ditangan.
selang beberapa minit kemudian , team UTK yang dikerah mencari dan menyelamat yai keramat pulang dengan kiyai keramat... sosok yai abih dirobek atas dan bawah.
betapa sedihnya nya hati melihat keadaan yai spt itu. lalu skuad medic diraja disummon untuk membawa dan merawat yai dngan segera..
ketibaan head of royal medic tiba denngan kehadiran ketuanya dari bangsa sheikh.
lalu sedikit pesanan rahsia buat sheikh medic dan transportation ke gunung sage.
jam dah menunjukkan jam 12am.masih belum ada perkhabaran dari kalimopancer dan Ronco n the geng... hujan pun sudah lama berhenti.
bermonolog didalam hati, "apala agaknya ya yang terjadi disana?"
lalu den memanggil drone dari bangsa rajawali hitam untuk recce keadaan disana. adakah stabil atau huru hara...
stlah si hitam sawo pergi. henfon pun berbunyi
nombornya tiada bernama... "aduh sapo pulak kol tongah2 malam buto ni?mentuo ko?,tsunade ko?sage jr ada masalah ke?"
kepelbagaian benda takbaik bermain difikiran.
lalu dengan berat hati, den angkat kol tu.
"assalam sage, ni abah wati yang jemput sage haritu yang anak saya kne kacau dengan iblis bidan tu. yang sage kate anak saya bidan muda tu"
"waalaikumsalam bang man, ya ya, da kenapo kol tongah2 malam ni? hal ponting ko?"
rupanya abg man bapa pada siwati yang bidan muda. kes ni berkait dengan perang malam ni. konfem punyo
"anak sei ni bang, tetibo menjerit pastu mcm kono sawan, bebuih mulut ea ni. sei azan po semuo pun takjalan. boleh dtang skarang bang?"
aduh, permintaan mcm ni amat berat bg den. sobab jam dah pukul 12lebih.. dah jauh tongah malam. nak travel ke sano ambik maso satu jam.. bolom sompek nak tolak
"tolong la bang, sei ngan bini takut ni. anak2 lain semuo menangih ni .... tolong la bang dtang ko, buek papo ko. tolong bang"
takboleh nak tolak, tetibo tringat yai kramat takdo.. adoi pusing sihhhh..
mako dengan pantas den terimo untuk datang kerumah...
" ok baik bang,den besiap dan den mintak garam kasar, kelapa muda yang depan rumah abg tu, daun cekor dan limau purut.. oh ya kapur jangan lupa"
lalu den pun meletakkan telifon dan terus bersiap. sambil bersiap den pun wasap tsunade tanyekan perihal sage jr, masa tu umor sage jr bru 29hari.
tsunade balas. "baby ok. pergi elok2"
den pun dah siap semuo, rumah pun dah bekunci, sompek den capai rencong acheh untuk dibawa ke rumah bidan muda
den start keto bibah kelabu ni yang minyak separuh ni den tawakal jo memandu. teraso pejalalan tu jauh bebona... takpo,kito doa banyak2, isi apa perlu..
sesampai dirumah abg man, den donga masih menjorit2 dan jiran2 semuo menziarah. dah jam 1.35am pun ramai ni. adoiii, kito da la pemalu
den pun kunci bibah, rencong den sumbat dlam pouch beg dan den meniti jalan masuk kerumah... lagi selangkah nak samai ke longkang , tetiba sblah badan jadi semut2, mcm semut penuh sblah badan.
"ah, ni kacau, aura terlampau kuat, telupo nak pasang perisai abjad 😂😂😂
den pun tegak dan mulakan pakaian perisai. bru lah terasa sedikit sejuk dan aman..
(ingat, perisai atau defense diri haruslah dipakaisblm memulakan apa2 perkara mistis)
bila dah terasa berat, langkah pun diteruskan
untuk masuk kerumah.
sampai didepan pintu, byakugan dibuka, tgk ramai betul geng geng tanduk ni.
betul2 nak revenge korang ni.
si abg man menjemput duduk dan menghulurkan dulang bunga2 yang berisi barangan yang de minta.
mata si bidan muda tepat menenung dengan tajam kearah den. lalu den pun membalas tenungan tu dengan muka Toye mintak kaki.
jenis senyuman sinis mcm kening therock serta bibir kiri diangkat manja. memang sesiapa melihat pasti menyampah 😜😅😅😅
operasi dimulakan.....
siap barangan tu semua dimohong2, den pun mengeluarkan sarungtangan trafik wane putih tu, den pakai dan minta izin kedua ibu bapanya untuk access sibidan ni tad
lalu den pun aktifkan gelombang dan sinaran aura emas lalu den tekap pada kedua tapak kakinya dan si bidan hanya tersenyum toye..
aku pulak sakit hti pandang 😅😅😅😅
mungkin gelombang tu tak memberi apa2 kesan. kemudian den summon amphibian assault ship dtang. sbb kekuatan yang ramai didalam dan luar rumah.
lalu den hadirkan belati jingga pusaka lalu den tikam kaki kanannya, lalu si bidan memekik mcm kne lempang!.... den pulak senyum toye.....😂
Siayah memerhati dengan kusyuk. lalu den mintak sediakan baldi dan isi air kolah masjid dan air paip serta sebiji gayung...
den cuba menyembelih sibidan ni. tak lut wehhh. tak lut... dajei!!! dua kali sembelih, hanya terjeluek, tak cukup pawer untuk memecahkan pagar dileher bidan tu
lalu den pasung sahaja didalam badan. dan setelkan semua diluar ni
semua penduduk kapal semua turun untuk catch n beduk semua yang ada dibawah. sama ada iblis atau gelandangan. dalam 20kaki persegi kirikanandepanblakang semua kasi kaut!!!
bermulalah perang ghaib diluar. den ternampak kelibat Ronco n the geng . sompek den tanyo. amacam disana? dio menjawab. ok bos. semua ko. seorang dari sahabat saya cedera parah.
lalu signal tu amat baik. lalu den arahkan semua khodam naik kekapal dan selesai penangkapan beri tahu. den pun mulakan naik 10kaki keatas rumah dan scan mana yang tinggal.
rupanya didalam badan sibidan muda ni adalah ketua yang kedua stlah, ketua utama mati semasa dirawat dahulu...
den turun, den pun buying time melengahkan masa untuk semua anak kapal naik.
den pun tanya sibidan
"kau kenal aku?"
dia pun mengeluarkan suara garau mengalahkan bandi amuk,
"aku sangat kenal kau, kau la yang membunuh ketua aku dan separuh dari sahabat2 aku,
kau bodoohhhh.. kau tak tangkap aku, malah kau melepaskan aku serta separuh dari rakan2ku .. kini aku datang membalas dendam"
den pun menjawab, "aik? aku bodo ke kau yang bodo?
aku takbodoh melepaskan kalian smua,malah aku berperikemanusiaan dan aku hanya lanyak siapa yang mengganggu, cukup untung kau masih hidup sampai kehari ni"
si bidan muda tersenyum toye lagi
"aku hadir malam ni, akan kubunuh semua rakan2 dan semua keturunan kau serta kau sekali"
la haulawala quwata illa billah, qof ha ya ain shod!!!!
hadir sebilah pedang qof zulfikar yang cukup tajam ....
lalu den hulurkan dicelah leher dan tangan kiri memegang tanduk bidan muda...
lalu mulalah dalih si iblis yang sangat terkenal yakni menipu 
pelbagai dalih diutarakan yang den sendiri tak ingat . so skip bab pnipuan yabg dibuat.
diteruskan dengan bidan muda
maka setelah bnyah dalih yang dibuat..
den pun malas nak melayan.. lalu den sebelih je dengan pedang qof tu tad. kepalanya den gantung di sisi kanan kapal.
energy dah separuh.. jam dah menunjukkan jam 2.40 pagi..
maka finishing move mesti dibuat untuk semua yang berkait dan tinggal.
finishingnya adalah 1000busur panah..
walaupun tenaga 50%, tenaga yang diperlukan adalah 75-80%. hurm. kalau tak diselesaikan. pasti benda ni jadi. den juga akan dicari. maka......
lalu den mengambil beberapa langkah kebelakang, bersila dan ....
qof ha ya ain shod...............
den naikkan 1000anak panah berapi bersama sulaman auraemas serta qulhu geni
arahannya supaya semua yang tinggal dibawah, dirumah tuan dan siapa2 yang berkaitan dengan kes ini. semua akan ditikam di jantung
lalu semua anak panah dilancarkan...
pfffttttttt hilang dari pandangann..
den ternampak ada seorang lelaki tua yang umurnya dalam lingkungan 70an di sofa tepi sudut rumah. tersenyum dan menaikkan tangan kanan nya menunjukkan simbol 👍
aduh, orang tuo ni nampak ko? den bermonolog didalam hati..
den biarkan perasaan tu, lalu meminta ibu bidan muda menyapukan air aura dan kejutkan. si bidan yang terbaring menangkup kaku ni
air diluar dah siap sedia... semua bahan dah diracik dan dimohong sempurna. bulan dan langit cerah dan luas.. jam menunjukka jam 3.15 pagi. rokok dah abis pulak. adoi
den pun bertanya lelaki2 yang ado kek situ, sapo ado dblend john. stok abih. lalu pakcik yang disofa dalam rumah tad, menghulurkan sekotak rokok dia yag berisi lagi sparuh
"nak, ambil lah ni. pakcik malam2 tak hisap. rokok anak pun dah abis tu"
den pun menolak juge , eah, takpo la pakcik. karang leh singgah kedai beli..
pakcik tu tetap memberi rokok dlam kota tu tad, sambil bertanya perihal pedang dan anak panah tu
"anak belajar dari mana pedang dan anak panah tu? lain mcam pakcik tgk, takpernah seumur hidup pakcik tgk pedang dan busur begitu, berapi emas serta panjang dan gagah."
sambil mencucuh john den pun jawab "saya belajar pakcik , belajar dari guru saya dari perak, sany nama beliau, pakcik nampak ya? betul la apa saya duga yang pakcik nampak gerak geri saya 
pakcik tu pun senyum smbil berbual kosong menungu bidan muda siap nak mandi..
seusai mandian, barulah terasa tenaga drop abis, tinggal saki baki tenaga yang tinggal. lalu pakcik yang boleh melihat tu tad, memohon untuk membantu mengepam healing energi.
fuh, tudia pakcik punya pawer. pergerakan buka langkah silat, trus pum.. taksapai 5 min. full aura masuk. terasa mcm bru bangun tido woo...
den pun berterima kasih pada pakcik tu, dan tgk jam dah jam 4.02pagi..
den pun tgk kembali pesakit dah kembali berdarah dan tak pucat, keadaan yang tadinya tegang kembali tenang....
semua team yang dihantar dah pun balik dan den menghadap kepiluan untuk balik kesenawang ... kepiluan satu jam terasa di atas jalan raya yang mula dipenuhi kereta..
masih lagi terfikir, siapakah pakcik tu dan guru apakah beliau. mungkin bukan rezki berkenalan lebih rapat.
seusai sampai disenawang. singgah dlu kene maggi goreng + teh o es leci. yela badan masih bertenaga dan terasa pawernya...
so case close, case pun dah 3 bulan, alhamdlah, si bidan muda dah tak lagi diganggu dan kesemua kembali dan sihat2 belaka..
yai keramat masih lagi berkhidmat dan masih menjadi tunjang kepada segala pergerakan sage sannin 💪💪💪💪

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts