Trending

Wednesday, 30 May 2018

Langit Tak Selalu Cerah


### Langit Tak Selalu Cerah ###
keadaan suram dan hening, tiada kereta yang melintas ari hadapan, dan juga tiada kereta yang mengekori dari belakang.
hanya den sorang dalam kereta, masa tu baru pulang dari merawat kes di kuala pilah, pesakit seorang cikgu disebuah sekolah di kuala pilah. kejadian pada tahun 2014, 4 tahun yang lepas.
jam menunjukkan pukul 2.30am, bermonolog didalam hati, " haih, berat boto kes tadi, 3jam masih belum boleh settle, tah macamano boleh telepas dan lari jin sihir tu"
kes yang dihadapi amat berat, cikgu tu seringkali muntah mengeluarkan rambut dan serpihan kayu . badan sekarang amat kurus berbanding perjumpaan kali terakhir lepas raya tahun lepas. orang baik pun boleh kena sihir. betullah kata guru, semua nya dipilih dan semuanya adalah asbab ujian dari yang Maha Esa.
Jin sihir jenis Hantu raya digunakan untuk menggangu cikgu tu, hubungan kekeluargaan habis lebur, istri dan anak tidak lagi tinggal sebumbung. hanya seorang diri meneruskan kehidupan.
Agak sedih juga mendengar cerita cikgu tu tad sebelum memulakan rawatan. Tapi, apakan daya, dah nasib dan ketentuannya dan semuanya angkara dari Sihir!!!
kes takboleh disetelkan malam tu, habis cara dah nak merawat, time tu auramas masih belum ada dan tiada lagi keilmuan lain , hanya mengharapkan sedulur dan khodam untuk membantu, diakui masih belajar dan belum mantap, tap sekurangnya kita cuba membantu.
sesampainya di rumah, masih lagi single masa tu, tsunade pun belum kenal, macam biasa acap kali balik dari rawatan, mandian limau aura dan pagaran ghaib.
seusai mandian, terasa fresh dan jam dah menunjukkan jam 3.30, mata pun agak berat dan mengantuk. rebahkan diri di atas katil sambil membelek fb, masa tu belum ada sage sannin lagi, so buka acc fb yang lain. cek biz mase tu , hhihihi
sambil scrol2 tu terlelap dan hanyut. taktau lah brapa lama masa yang diambil untuk mimpi, terus bermimpi disuatu kawasan di perkampungan usang yang amat kelam dan takde seri.
apabila berjalan mencari tujuan, nampak sosok2 hitam yang berbulu , kemudian den tegur, lalu hilang dari pandangan menjadi asap. masa tu takbrapa pandai lagi mengawal dan menafsir mimpi semasa. maka layan jelah ðŸ˜‚
sampai di sebuah rumah besar dikampung ni, nampak diatas rumah tampi kemenyan terbakar berasap, dan baunya tu amat kuat, slalu asap akan meliok2, kalini asa tu tegak je naik keatas mcm pembaris mengetuk syiling/atap lalu pecah hilang keudara.
pappppp, ketukan kuat hinggap di belakang dan den terus melutut dan tunduk menyembah bumi. pukulan curi tu tepat kena dibhagian belikat. sakitnya tu, takboleh nak bangun terus.
lalu turun tuan rumah berkaki ayam, seorang lelaki tua bersinglet dan berkain pelikat.
tak memberi salam, lalu memberi warning.
" kau bukan lawan aku, kau masih mentah, nyahkau dari urusan aku, jangan kau campuri semua yang aku lalukan.
sah, ini adalah penyihir yang menyihir cikgu. dari apa yang den handle tu hanya satu kes untuk masa tu yang masih belum settle.
den tgk belakang sosok hitam berbulu spt hantu raya yang memukul, 3 ekor semuanya. badan pagan dan sado, rupa muka taknampak dan tak ingat.
den pun tanya kepada tuan rumah " kenapa kau sihir cikgu? knapa busuk sangat hati sampai cikgu sakit dan bercerai berai? kau siapa?"
"aku adalah penyihir yang menyihir dia, aku ditugaskan melakukan tugas itu demi duit dan kelansungan aku! aku tak kisah apa yang jadi, janji pelanggan aku dapat apa yang mreka mahukan.... minggir dari semua urusan aku! kau bukan lawan aku!" sambil memijak kepala aku ketanah
dengar perkataan yang diulang spt itu, terasa diri ini sangat lemah, tidak kuat dan takda daya untuk meneruskan membantu. hanya kes macam tu pun takboleh settel, inikan besar2 kes diluar sana..
khodam aku mana??? soalan ini tetiba hadir di benak hati dan fikiran. masa aku terbaring macam ni semua takda mai tolong.... kemudian melihat ke arah kanan, bahamut dan sheikh serta harimau dah siap terpasung di kayu hitam berserta rantai aura kehitaman yang berasap
aduihaiii,, abis khodam aku, semua ditawan dan diikat, patutlah tiada bantuan yang membantu disaat aku kena macamni.
(masa tu hanya 3 jenis khodam sahaja yang ada, kekuatan belum ramai)
kringgg kringggg kringgggg bunyi telefon memecahkan mimpi dan terus tersedar dari tidur, rupanya bonda telefon dari kampung, mata yang pisat2 melihat jam dah 7.15 pagi, pelik, bonda tiba2 telefon
bonda pun tanya " ekau ok ke?? kek mano tu? kojo ko?
lalu den jwab semua soalan tu lalu bonda meletakkan telefonnya. fuhhh macam dah ditentukan , bonda telefon dalam keadaan mimpi yang meruncing....
bangun dari tidur untuk subuh gajah, tiba2 badan terasa berat, sakit dibelikat tu sama rasanya spt didalam mimpi, kepala berat dan hati sangat2 dedau rasa mcm tak sedap hati gila.
hah, ni mesti mimpi tu adalah mesej dari penyihir tu, dan ianya benar2 merentap diri bathin ku. mata tak nampak pagi masa tu dan meneruskan mengambil air wuduk dan truskan solat subuh gajah.
seusai solat, ketika menadah tangan berdoa, air mata tiba2 berjurai halus, memikirkan diri terasa amat lemah dan tak boleh membantu mreka dan yang utamanya diri sndiri..
hanya doa dan pertolongan sahaja yang boleh diminta
sesudah sahaja berdoa, berjalan ke bilik, ingat nak sambung tidur, terasa badan berat melangkah dan tak bermaya. penatnya tu spt seharian tak tidur dan berlari 10jam tanpa henti
betul2 merasai badan masa tu, takda apa yang boleh dibuat, nak lelap asik tersentak dan terjaga. tidur ajelah dalam keadaan mcm tu sampai lah lena
bilamana bangun dan tersedar dan azan zuhur, agak lama tidur. badan masih sakit2 dan berat. buka henfon dan cek whatsap,
nampak wasap cikgu berkata ' sage, aku masih muntah rambut dan serbuk kayu pagi ni'
allahuakbar, takdapat nak membalas dan membri kan pertolongan, hanya dapat berkata dalam hati, " aku teruk kat rumah ni, takboleh nak bergerak dan berjalan ni. maafkan aku cikgu, aku tak dapat nak meneruskan rawatan dan membantu kau cikgu, hanya doa sahaja agar kau sembuh😥😥
perut yang agak lapar, makan apa nak dimakan ni, nak kluar rumah pun taklarat, inikan nak membungkus.
esok dah kerja ni, badan semua sakit2 ni. takboleh jadi ni, mcm nak demam pun ada. tap kenapa semuanya tiba2 jadi lepas mimpi tu?? masih bingung....
seusai hari hingga ke maghrib, keadaan masih sama.
terus mencapai telefon , kol master sani takdapat masa tu, takda pickup, busy agaknya. lalu den telefon cikgu ayob dan ceritakan hal yang terjadi.
lalu beliau meminta masa untuk scan dan telefon diletakkan . perut masih bekeroncong kerana masih belum menjamah apa2,,
lalu pergi kedapor membuka peti dan cek maggi, wah kita buat maggi jela, mungkin ini sahaja rezki ku harini
seusai makan malam, cik ayub pun kol semula, dan bertanya kan beberapa soalan dan katanya badan ku luka teruk dan beberapa tempat batin terkoyak.. mungkin akibat pukulan gaib yang kena.
lalu, cik ayub minta den datang kerumahnya secepatnya dan membawa beberapa barangan..
aduhhh, nak begerak pun pilu ni,lagi nak memandu soalku dalam hati... tap nak buat macamana, ujian ini harus diselesaikan dengan cepat
nampaknya esok kena ambil MC jika masih berteruskan macam ni.
sesampainya diteratak cik ayub di atas bukit tu, den pun slow mengeluarkan barangan dan berjalan perlahan mendapatkan cik ayub dipintu
cik ayub menjemput masuk dan diminta menceritakan sekali lagi cerita yang berlaku...
setelah menceritakan penuh dari awal sehingga akhir, cik ayub pun tersenyum. " berani kau mus, berhadapan dengan pawang kawasan yang menggunakan hantu raya, kena beduk pun hanya luka, dan masih belum muntah darah, bagus leluhur dan pertahanan ghaib kau'
den pun masa tu tak port sangat orang nak kondem ka, nak puji ka apa ka, yang den tau den nak buang rasa sakit dan moody tu. teruk sangat perasaan masa tu
lalu cik ayub pun mulakan rawatannya, di ambilnya limau dan dibelah dua lalu dimintanya aku mnyedut limau tu 3 kali sedalam2 nafas...
amboi pahit masamnya limau purut ni, ngeluhku didalam hati, ikutkan sahaja lah apa yang diminta. ini bukan kali pertama aku dirawat dengan cik ayub, kuturutkan sahaja...
seusai itu, beliau membalut badan den dengan kain pelikat lalu dibeduk/ketuknya dengan rotan songsang dan terasa angin dari perut berlumba2 nak keluar
lalu dia mmberikan aku plastik jika hendak muntah.
aku muntah tebelahak mengeluarkan banyak lendir, walau aku masa tu tak demam dan selsema, lendir tetap banyak
seusai rawatan, cik ayub memandikan aku diluar rumahnya dengan air khas dan segala barangan yang telah diadun awal sblm aku smpai lagi..
setelah dimandikan, diminta aku menukarkan pakaian dan kembali duduk dengannya diberanda depan..
Sambil duduk tu, dihulurnya ashtray dan aku pun mencucuh sebatang john white masa tu ðŸ˜…
seharian takdapat rokok, bukannya apa. tekak amat perit dan tak terasa nak merokok.
shahdunya asap yang pertama terasa jelas melalui tekak dan merosakkan lagi paru2 yang semakin hitam...
cik ayub kembali membukakan gelanggangnya dan mengarahkan aku duduk membelakanginya..
lalu dia memulakan serapah mohong2nya.
diapun meminta aku mewiridkan 4 potong ayat sambil mengikut apa yang dibacanya. setelah itu , dia minta menjazamkan zikir ya hayyu ya qayyum sebanyak2nya sambil dia memulakan...
den sempat tanya " cik ayub nak rembat orang dan jin yang pepah saya semalam ka?"
cik ayub menjawab "ya, mari kita mulakan"
dengan semangat dan terasa sakitnya hati muka dan badan dihenjak2 didalam mimpi, aku pun mengikuti semua yang cik ayub minta..
lalu, dibukakan mata byakugan secara pinjaman,selang beberapa minit, dimintanya melihat kehadapan... "adakah begini rupa lelaki dan jin2 nya tu?"
aku pun memandang tepat kearah depan dimana ruangan yang terang dengan lampu blob 40watt bewarna kuning samar. makin lama makin jelas visionnya. makin lama makin jelas sosok dihadapan berpakaian singlet dan berkain pelikat tu...
"ya cik ayub, ni lah dia yang hadir kedalam mimpi den"
cik ayub meminta den ketepi sedikit dan den merubah arah kedudukan sedikit berpusing kerna ingin melihat, apa yang bakal cik ayub lakukan...
ayat2 alquran yang dibacakan lalu di lemparkan dan ditiupkan kearah sosok itu dan cik ayub menggenggam tangannya kehadapan lalu merentap dan berkali2 menghenyak tangannya kelantai..
mungkin itu adalah caranya menghambat. kemudian sosok lelaki tu hilang dari pandangan , lalu cik ayub berbisik pada genggaman tangannya , takbrapa jelas suaranya tap ada kedengaran spt warning yang cukup menakutkan
seusai semua nya dilakukan, cik ayub mencrritakan apa yang telah dibuat dan apa warningnya....
lalu dia memberikan aku sebungkus ramuan untuk aku mandi selama 3malam dirumah nnt.
aku tgk jam ditangan dah jam 12.20am... aduh kerja ni.
lalu aku memohon undurkan diri untuk pulang keseremban
beberapa ilmu yang cik ayub turunkan malam tu dan sempat den menyalin ke diari
cik ayub berpesan, "jangan melanggar kawasan orang sesuka hati sebelum scan dilakukan. sama ada boleh makan atau tidak, kena dipastikan dahulu... kau akan demam ni nnt. eloklah ambil masa dan berehat sehari ke dua hari ya muss.."
sesampainya aku dirumah, tanpa berlengah aku mengunci jam loceng ditelefon nokiq bodo merah untuk bangun kerja......
tiada apa mimpi selama tidur dan bangun pada 4.45am... terasa badan masih berat , badan panas sepanas nya, lalu den menaip sedikit ayat goreng, lalu menghantar wasap tsbt kepada 2 orang boss ku, menyatakan aku mc dan tak masuk kerja.
lalu aku kembali sambung tidur...
selang beberapa lama tidur, mimpi aku tetap sama spt mula2 aku mimpi kelmarin. kawasan tu aku masih ingat lagi. persekitaran sama dan suasana tetap sama..
lalu aku berlari ke arah rumah besar dan nampak ketiga2 khodam masih berikat dan melangkah dengan penuh berjaga2. risau akan ada serangan dari belakang.
sesampainya, terus aku melepaskan 3 khodam ku dan didapati tiada siapa diperkampungan itu. lalu aku selidik dan naik kerumah besar.
aku nampak semua barangan berterabur, kain kuning yang berenda renda habis terkoyak. lelaki bersinglet tu dah tak ada,dalaman rumahnya spt dihentam garuda.
trnyata cik ayub lakukan itu berjaya menundukkan lelaki serta jin2nya.. habis. habisss semua dirosakkan... semua jin2 hilang tah kemana...
perjalanan balik ke rumah, aku ditegur oleh cik ayub, "hey mus, ingatlah, tiada siapa yang lebih berkuasa selain Allah yang Esa. selalulah meminta keredhaannya , jangan patah semangat, teruskan pembelajaran. gali lagi apa yang ada, tulis lagi semua keilmuan, isi lagi ilmu didada..."
den pun senyum lalu tersedar dari tidur....
hari2 mendatang masih jelas dan terang... dari ujian itu bru aku tau erti ilmu dan apa rasa bila dipepah ghaib dan dihenyak apabila membantu orang...
selang beberapa bulan, aku turun kembali membantu cikgu.. alhamdlah, dengan bantuan khodam yang baru dan strategi yang baru, sihir diputuskan
aku? tetap berjalan spt biasa dan terus mencari dan menggali ilmu....
langit tak selalunya cerah .dan kita berhadapan dengan musuh, takslalunya kita menang.. adakalanya kita tersungkur sampai takboleh nak berbuat apa2..
jangan mengalah, janji allah tu pasti


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts