Trending

Wednesday 30 May 2018

CUKA KAYU Wood Vinegar



CUKA KAYU (Wood Vinegar)
Cuka kayu telah digunakan secara meluas di negara-negara Jepun, Taiwan & Eropah untuk pertanian organik, hortikultur dan juga perladangan.
Ia mampu berfungsi sebagai pengawal makhluk perosak, lumut dan rumpai. Ia juga bertindak sebagai baja asli, menggembur dan meneutralkan keasidan tanah. Membantu pertumbuhan tanaman. Pembunuh kuman serta menghilangkan bau busuk.
Cuka kayu merupakan hasil sampingan daripada proses perbuatan arang setelah menjalani proses pemeraman dan pengasingan tar selama 6 bulan.
Cara Penggunaan :
1. Untuk kawalan makhluk perosak dan mikroorganisma pada lubang tanaman, bancuh 20ml cuka kayu untuk 1 liter air. Siram pada media tanaman 10 hari sebelum menanam.
2. Untuk mengelakkan hama dalam proses pembenihan, bancuh 1.5ml untuk 1 liter air, semburkan pada benih di tapak semaian setiap 10 hari.
3. Untuk mengawal makhluk perosak dan membunuh kulat merbahaya, bancuh 5ml untuk 1 liter air, semburkan pada pucuk dan daun seminggu sekali.
4. Untuk membasmi kuman dan meneutralkan pH tanah, bancuh 3.5ml untuk 1 liter air, siramkan pada akar pokok.
5. Untuk mengurangkan buah gugur dan menambah kualiti buah, bancuh 2ml untuk 1 liter ar, semburkan pada putik buah.
6. Untuk kawalan serangga, bancuh 1ml untuk 1 liter air dan boleh dicampur dengan racun serangga lain.
7. Untuk kawalan rumpai/lumut, nisbah 20ml untuk 1 liter air , semburkan terus pada rumpai/lumut.
Detail boleh terus wasap kami yer


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts