Trending

Wednesday, 30 May 2018

HADIAHKANLAH Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI


HADIAHKANLAH Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI.
Assalam....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur ke hadirat Allah swt. Dan selawat senantiasa dihatur ke atas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah dan dengan kerendahan hati yang paling dalam izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insya Allah...
Pernahkah sahabat-sahabat menghadiahkan al fatihah kepada diri sahabat sendiri...? Jika belum jawapannya, lakukanlah mulai hari ini kerana makan bagi roh kita adalah zikir-zikir dan al fatihah sebaik-baik hadiah untuk rohani kita.
TATA CARANYA :
Setiap pagi apabila bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri dulu, panggil nama penuh kita dengan lembut 3 kali dan kemudian sentuh dada kiri kita( jantung ) sambil mengucapkan :
" ALHAMADULILLAH."
Kemudian katakanlah :
" Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk diri ku sendiri, zahir dan batinku, Allah jaga hamba Mu ini. Lindungi hamba Mu. Jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah." Al-Fatihah 1x.
Lakukan sekarang kerana barangkali sudah lama atau tidak pernah sahabat menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmati rasanya…
Semoga bermanfaat dunia akhirat. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin..
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts