Trending

Tuesday 22 May 2018

KAPAL DALAM LAUT DAN LAUT DALAM KAPAL


“ Aku pergi bersiar-siar ditepi laut dan aku terpandang perkara yang menakjubkan, KAPAL DALAM LAUT DAN LAUT DALAM KAPAL”.
Di sini wujud yang tidak terhad itu dibandingkan sebagai laut dan wujud yang terhad itu sebagai kapal. Ini dimaksudkan kepada zat dan Insan Kamil. Oleh itu, seorang arif yang sempurna ialah cermin Allah. Tetapi mengapa pula ini tertentu kepada arif atau Insan Kamil sahaja ?. padahal tiap-tiap zarah dalam alam ini adalah cermin yang membayangkan sifat Allah ?.
Manusia ialah cermin yang paling sempurna sekali bagi semua sifat. Manusia mempunyai cat merah yang tebal disebalik cermin itu dan ini perlu untuk membalikan bayangan orang yang melihat dalam cermin itu. Malaikat mempunyai permukaan cermin yang terang itu sahaja tanpa cat merah dibelakangnya dan benda-benda lain mempunyai permukaan cermin yang bercat itu sahaja tanpa yang terangnya. Manusia mempunyai kedua-dua permukaan itu, dan oleh yang demikian dia menjadi cermin yang sempurna.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts