PASCA-PILIHANRAYA KE-14 DAN PERANAN TUN DR MAHATHIR…
Oleh Sahabat Shahpaskal.
Oleh Sahabat Shahpaskal.
1. Assalamualaikum dan kembali bertemu. Maaf kalau nukilan ini agak keras dan menyentuhi hati ramai orang. Tetapi demi perkongsian cerita dibelakang tabir, ianya kenalah dipaparkan.
2. Saya dah biasa menulis termasuk menjadi kolumnis mingguan di akhbar arus perdana sejak pertengahan tahun 1990-an lagi. Malah saguhati penulisan saya sebanyak beberapa ribu ringgit masih belum dibayar. Tak mengapa, saya halalkan. Itu saya anggap hanya perkongsian ilmu dari saya. Jadi, setiap kali saya menulis, ianya lahir dari sanubari saya sejak dulu lagi.
3. Sebelum mengupas tajuk di atas, saya jawablah beberapa pertanyaan tentang diri saya sebenarnya. Saya adalah keturunan Sharif Hidayatullah aka Sunan Gunung Jati yang jika diguna nama awalan saya, ia harus diawali dengan nama ‘Tengku Sharif’. Bagaimanapun, nama awalan ini dihapuskan dan taklah sepenting mana pun asalkan saya mengetahui asal-usul saya.
4. Nasab saya ini juga campuran dengan nasab Opu Tendriburang Daeng Rilaka serta Raja Kechil Siak. Salasilahnya lengkap tetapi bukanlah untuk tatapan ramai. Umumnya, saya berdarah rencam. Aliran saya adalah Nasyabandiah yang saya ikuti sejak kecil lagi. Juga ia sealiran dengan moyang-moyang saya. Sultan Abdul Samad Selangor itu adalah moyang saudara saya. Okey… Cukup setakat itu.
5. Berbalik kepada tajuk di atas. Sebenarnya Tun M ini kembali membawa misi khusus dan bukanlah sekadar gatal-gatal tangan balik semula ke kancah politik tanahair demi anak-anaknya atau kroninya. Ianya demi negara, bangsa dan agama.
6. Kita palingkan dulu tumpuan kita kepada bagaimana tumbangnya kerajaan dikepalai Pahlawan Bugis (saya sebut PB) yakni Perdana Menteri ke-6 lepas. Emm… Saya pun berdarah Bugis tapi bukanlah pahlawan…Saya telah dihidangkan gambaran kejatuhan beliau (PB) sejak 2013 lagi iaitu lebih lima tahun dulu.
7. Sebenarnya saya agak rapat dengan PB dari awal lagi hinggalah di bulan-bulan awal beliau jadi PM. Malah pada majlis doa selamat kesyukuran 100 hari beliau jadi PM, saya dijemput sama ke rumah beliau masih di kediaman TPM. Dan di dalam balai jamuan, duduklah saya bersila di mana lutut kanan saya berlaga dengan lutut Datuk Seri Safie Apdal (sekarang boss Warisan) dan disebelah lutut kiri, Datuk Seri Mustapha Mohamad (MP Jeli).
8. Dipendekkan cerita. Hampir setahun selepas PRU 13, saya pernah memberikan pesanan melalui seseorang yang rapat dan dikenali oleh PB agar beliau melepaskan jawatannya. Ini kerana waktu itu, saya dah jarang ke pejabat beliau di Perdana Putra. Jika beliau tidak turun secara sukarela, dikhuatiri beliau akan diturunkan ALLAH dengan penuh aib. Malah hal ini juga diperbincangkan oleh Tun Dr M dengan PB serta wakil peribadi saya.
9. Lagi dipendekkan cerita. Mulanya PB nak turun sukarela tetapi tiba-tiba menolak pulak atas desakan beberapa pihak. Awal tahun 2015, saya ke Masjid Putra kerana ada urusan berkaitan para Ghaib di sana. Di sanalah saya diberitahu oleh moyang saya (atas kekasyafan mereka) bahawa ALLAH SWT mungkin mengambil seorang demi seorang orang kanan PB. Saya bertanya lagi, siapa dan bila… Langsung diwajahkan orangnya dan senario kejadian. Tempoh masanya dalam tiga bulan yakni 90 hari.
10.Untuk topik berbual dengan rakan-rakan, kami pun mengira hari-harinya. Maka pada hari ke-53, tragedi helikopter terhempas di Semenyih pun berlaku. Gambaran kemalangan diberi adalah sama. Orangnya sama. Warna helikopter sama dan semuanya samalah. Juga beberapa hari sebelumnya, pegawai kanannya juga ,meninggal di hospital di Singapura. ALLAH SWT itu Maha Besar, dengan rahmat-Nya diizin sebahagian kita mengetahui perkara mendatang tetapi untuk kegunaan sendirilah..
11.Say pernah bertanya pada moyang saya, mengapa PB tak mahu mengundurkan diri. Mereka mengatakan yang PB terperangkap dengan komitmen kewangan tertentu. Saya tahu beliau kaki harta karun dan misinya berjaya dengan baik untuk sekali dua tetapi bagi kuantiti yang kecil. Harta karun ini berpuaka… Dari situlah sumpahan bermula yang takperlulah saya ulang-ulang lagi.
12.Lagi saya bertanya bilakah PB akan turun. Jawapan moyang saya sudah berubah. Katannya, PB tak akan turun kerana hatinya dah jadi keras dan membatu. Kerana itu, beliau (PB) hanya turun selepas tujuh jasa terbesar arwah bapanya ‘diranap’ (perkataan ranap digunakan oleh Ghaib). Moyang saya membilangnya satu persatu antaranya Tabung Haji, Petronas, Felda, MISC, LTAT, MAS dan satu tabungan awam (yang dinamakan secara umum sahaja).
13.Diberitahu lagi. Hal ini terjadi kerana balasan jasa bapa beliau menubuhkan satu kasino di puncak gunung sempadan Selangor-Pahang yang mana ada sebahagian hasil dari situ (mungkin cukai kot…) telah disatukan sebagai modal kerajaan menubuhkan agensi-agensi terbabit. Dengan penubuhan pusat judi ini juga, penggadaian tanah milik bangsa Melayu bermula. Lihat link dibawah untuk info lanjut.
14.Berpatah balik kepada Tun M. Beliau dikenal-pasti sebagai seorang yang paling layak untuk mengendalikan tabung kewangan yang dipanggil harta warisan Tanah Melayu. Ia termasuk harta-harta yang telah wujud tersimpan di bank-bank ternama di Eropah dan juga yang bakal dinaikkan. Saya telah huraikan hal ini banyak kali, sila lawat kembali artikel saya.
15.Dua tahun dulu, hal pemanfaatan harta ini telah dibincangkan oleh Tun M sewaktu beliau masih Penasihat Petronas dengan Tun Daim serta TS Zeti. Malah Gabenor BNM sekarang juga terlibat. Mereka-mereka ini adalah panel pengurusan di mana Tun M adalah kepalanya. Malah Tun M sendiri pernah mengatakan yang beliau hanyalah ‘pekerja yang mengikut arahan’ si empunya harta. Si ‘empunya’ yang dimaksudkan adalah Sultan Abdul Samad dan warisnya yang dikenali ‘pewaris Tanah Melayu’. Pewaris ini juga dikenali sebagai Ramli Pulau Nangka.
16.Tun M adalah satu-satunya yang direstui, tidak kepada yang lain. Itu MUKTAMAD. Bagaimana pembentukan panel pengurusan elitnya, itu hak beliau dengan restu jua dari Sultan Abdul Samad sebagaimana yang ada dilantik sekarang. Sayugia diingatkan, di sini tidak wujud sebarang komisen-komisen. Imbuhan bagi individu yang terlibat nanti diber amat lumayani kerana konsep para ghaib ini mudah. Setiap kerja dibayar. Setiap barang dimahar. Dan nilainya tergantung kepada budi-bicara pemiliknya.
17.Senario ke arah perlantikan Tun M ini sebenarnya berliku. Pelbagai halangan dibuat tetapi Qadha dan Qadar ALLAH SWT melebihi segalanya. Halangan pertamanya. Lihatlah bagaimana perlantikan YDP Agong pada Sisember 2016 lalu. Sepatutnya Sultan lain telah diputuskan untuk ditabalkan menggantikan Almarhum Sultan Kedah tetapi tiga hari sebelumnya, para ghaib telah memintas keputusan pertabalan tersebut lalu ditaballah Sultan yang ada sekarang melalui pre-arranged undian minit-minit akhir.
18.Manakala perlantikan Tun M beberapa hari lalu juga tidak kurangnya terhalang. Saya tahu lebih awal kerana Ghaib-Ghaib ini hadir sebentar memaklumkan ‘ada perkara’ besar sedang berlaku. Hanya yang benar-benar rapat yang tahu. Secara umumnya, para Ghaib telah menitahkan untuk kerajaan (istana) menerima perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri. Ini kerana Tun M adalah pilihan mereka yang tidak boleh ditolak.
19.Tun M adalah pelaksana misi penting para Ghaib. Ianya bukan sembarangan misi. Ianyanya misi yang dinaungi shafaat serta mukjizat dan doa Rasullullah SAW serta para Rasul yang lain. Hanya jauhari mengenal maknikam. Misinya tidak hanya kepada berbentuk kewangan tetapi merangkumi pentadbiran negara kita di masa akan datang.
20.Berbalik kepada kemelut yang berlaku di dalam PKR yang nampak seperti menjejaskan permulaan pentadbiran Tun M. Para Ghaib memandang berat hal ini. Jika keadaan ini berlanjutan, mungkin suatu peristiwa tertentu akan terjadi sebagai mitigasi. Saya jelas diberi tahu, walau sebesar gunung halangannya yang menghalang misi para Ghaib ini, pasti ia berkecai kerana ‘Kun Fayakun’ - yakni jika itu dikehendaki ALLAH SWT maka itulah yang terjadi. Dan para Ghaib tidaklah membuat kerja yang sia-sia.
21.Berbalik kepada pembebasan DSAI. Ianya bagus dan para Ghaib tidak mempunyai apa-apa reaksi khusus. Ianya urusan manusiawi. TETAPI harus diingat, DSAI bukanlah orang yang diizinkan untuk menjadi Perdana Menteri negara kita khususnya setelah misi mengembalikan kekayaan negara sedang berlangsung atau sudah selesai.
22.Diberitahu dengan jelas kepada saya, siapa DSAI dan nasab keturunan beliau. Cukuplah saya serta beberapa kerat yang tahu. Apa akibatnya jika DSAI cuba mengambil-alih dari Tun M semasa Tun M masih belum bersedia berundur…? Yang tu saya dah digambarkan. Biarlah buktinya setelah terjadi nanti berbicara. Bagaimanapun, diizinkan juga jika DSAI ingin menjawat jawatan PM sekadar beberapa bulan yakni tidak lebih 3 bulan. Orang kata, melepaskan kempunan…
23.Para Ghaib dah ada pilihannya. Saya dah dimaklumkan siapa orangnya dan biarlah sampai ketikanya nanti, kita sama-sama ketahui. Dari itu, saya merasakan pihak-pihak tertentu di dalam PKR yang mempertikaikan kredibilti dan keputusan Tun M dalam hal pentadbiran ini, rasanya bagus dihentikanlah. Janganlah sudah terhantuk baru tengadah…
24.Gambaran lanjut dah dibayangkan kat saya. Cukuplah saya katakan, Tun M akan berjaya melaksanakan tugasannya dalam memertabatkan kembali Bangsa Melayu ini. Dan tak keterlaluan saya beranggap, ada yang memperlekeh atau meng’ketum’kan nukilan saya. Tak mengapa, saya faham pemikirannya tak terjangkau untuk menghadamkan tulisan ini.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment