.............." TOK JANGGUT DAN ILMU KAF 40 "..............
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semua.Segala Puji Syukur Kehadirat Allah .s.w.t.Selawat senantiasa dihatur kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.Dgn mengharap ridho Allah s.w.t.Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam,izinkan aku yg miskin ilmu ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk di kongsi bersama sahabat2 semua.Insha Allah...
Kelmarin di alam sebelah,banyaklah aku dapat pengalaman baru,ilmu baru dan bertambahnya pengetahuan tentang Tok Janggut dan ilmu2nya.Diantara banyak2 amalan Tok Janggut (Perak) ialah wirid " KAF 40 ".Di dalam wirid ini terdapat sebanyak 40 huruf Kaf.Dikatakan amalan ini mempunyai berbagai2 manfaat kepada pengamalnya dgn izin Allah s.w.t.Anjang Aki juga mengatakan ia di amal untuk keluar bertemu musuh,sebagai pendinding,ilmu kebal,rezeki dan macam2 lagi.Ajal dan maut di dalam kekuasaan Allah s.w.t.,kita ini sekadar berusaha dan berikhtiar,selebihnya kita bertawakal berserah diri kepada Allah s.w.t.penentu segala2nya.
Sesiapa yg ingin beramal dgn ilmu Kaf 40,aku nasihatkan,dapatkan nasihat dari guru atau sesiapa yg lebih arif tentangnya,jgn nanti mendatangkan mudarat pula.Tetapi Ilmu ini sudah di ijazahkan kepada Pendekar Dakwah oleh Tok Shiekh Serban Kuning,kelmarin dan aku menjadi saksinya.Beliau juga memberi aku Kitab Pagar Hikmat-Himpunan Amalan Tok Janggut.
NOTA : Tok Janggut yg aku maksudkan ini,berasal dari negeri Perak dan bukannya Tok Janggut pahlawan Melayu yg mati syahid di negeri Kelantan semasa penjajahan British.Nanti ada masa akan aku tulis mengenai kisah Tok Janggut dari Kelantan pula.Insha Allah.
RAHSIA KAF 40.
Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang2 tua kita dahulu.Ianya ibarat berlian segunung,sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang.Kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yg memiliki Hizib ini.Jikalau dapat bertemu pun,belum tentu dia mahu mengajar atau mengijazahkan kepada kita.Hal ini kerana sudah menjadi resam orang2 tua Melayu, "meletakkan sesuatu yg berharga,biarlah kena pada tempatnya".Kerana takut ilmu itu di salahgunakan oleh orang yg tidak bertanggungjawab.Lebih2 lagi pada zaman yg serba modern dan canggih ini,ramai manusia yg dhn tetlalu mudah membuat penilaian dan melebelkan ilmu hikmah dgn ilmu sesat,ilmu hitam,sihir,syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tomahan yg tidak bertanggungjawab.Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yg dilebelkan dgn sesat itu.Maka jadilah orang yg tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat,membuat penilaian yg bukan2 berbanding dgn orang yg belajar dan mengetahuinya.
Kaf 40 ini ada mempunyai 40 khasiat dan kegunaan.Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu.Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yg sedikit berbeza,tetapi jumlah huruf Kaf-nya tetap cukup empat puluh.Bahkan ada yg sampai 50 Kaf-nya.Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.
Kata para ahli hikmah,Hizib ini berbahasa Suryani (bahasa para nabi2 terdahulu) ini adalah ilmu Rijalul Ghaib.Hizib ini hampir 80% sama dgn Hizib Nabi Nuh.Kalimat2nya mirip seperti sebuah syair kuno yg amat sukar untuk diterjemahkan dan difahami.Namun begitu,supaya mujarab dan cepat mustajabnya,hendaklah diamalkan setiap hari berturut2 sehingga sampai 40 hari,atau yg sebaiknya di istiqomahkan sepanjang hayat.Insha Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).
SEJARAH KAF 40.
Amalan Kaf 40 adalah dalam bahasa Ibrani atau Suryani.Ia bersempena dgn 40 orang Auliya' di Bukit Golan ketika berusaha mendapatkan semula TABUT SAKINAH yg dirampas oleh puak gergasi dari Bani Israel.Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Musa as.Pemilik asal ilmu Kaf 40 ini dari Nabi Khidir as.
Kepada yg mengetahui sejarah ini,pada zaman penentangan umat Islam di negeri Pahang yg dipimpin oleh Dato' Bahaman dan Mat Kilau.Mereka ini pernah di ijazahkan amalan Kaf 40 ini oleh Tokku Saiyid Paloh beserta sebilah pedang untuk berjihad menentang penjajahan British.Pendekar Legenda Si Pitung juga mengamalkan ilmu Kaf 40,Pitung juga memakai Wafak Kaf 40 pada talipinggangnya,yg membuat dia kebal dari peluru musuh.Nanti jika ada masa,akan aku ceritakan peristiwa2 tentang mereka ini di lain artikal aku.
KAIFIAT AMALAN KAF 40.
AMALAN SEBAGAI WIRID.
Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian.Sebelum membacanya,
hendaklah terlebih dahulu membaca:
1) Tawassul al Fatihah kepada Rasulullah s.a.w. 1x.
2) Kepada Haji Abdul Razak bin Kasman @ Tok Janggut. 1x.
3) Kepada guru yg mengijazahkan ilmu ini. 1x.
hendaklah terlebih dahulu membaca:
1) Tawassul al Fatihah kepada Rasulullah s.a.w. 1x.
2) Kepada Haji Abdul Razak bin Kasman @ Tok Janggut. 1x.
3) Kepada guru yg mengijazahkan ilmu ini. 1x.
4) Membaca selawat nabi. 3x.
5) Membaca ayatul Qursi.1x.
6) Barulah membaca Kaf 40.3x.
5) Membaca ayatul Qursi.1x.
6) Barulah membaca Kaf 40.3x.
Bolehlah diwiridkan secara beristiqomah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau setiap kali selepas selesai sholat lima waktu.
.....TERIMA KASIH.....
.....TERIMA KASIH.....
Seperti biasa,ambil sisi positif dari cerita ini,yg negetif jgn diambil.Kekuatan yg tak bisa ditandingi,adalah kekuatan daripada Allah s.w.t.Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat2 semua,aku.TOK PENJEJAK BADAI,merendahkan diri memohon maaf kepada semua sahabat2.
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK SHIEKH SERBAN KUNING.
TOK SHIEKH SERBAN KUNING.
DAN DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
Saya terima ijazah ini Dan mohon diamalkan
ReplyDelete