Trending

Friday 31 August 2018

Projek tanaman durian seluas 502 ekar yang diusahakan oleh satu syarikat swasta



Tarikh Lawatan : 27 Ogos 2018
Lokasi : Kg Tasek, Pengkalan Hulu
Satu tinjauan telah dilakukan di tapak projek tanaman durian seluas 502 ekar yang diusahakan oleh satu syarikat swasta. Keadaan keseluruhan kawasan adalah berbukit dengan sejarah kelapa sawit sebagai tanaman terdahulu.
Kesemua anak pokok ditanam dari sumber biji benih dan dibuat cantuman diladang setelah pokok penanti mencapai usia yang sesuai. Jabatan mengesyorkan agar umur pokok penanti mencapai usia 10 - 12 bulan sebelum dibuat cantuman diladang. 70% dari keseluruhan pokok di sini sedang dan akan dicantum dengan mata tunas D197.
Pihak syarikat menjangkakan hasil pertama pada tahun kelima penanaman. Kemudahan infrastruktur seperti Pusat Pengumpulan Hasil, Bilik Sejuk dan Ruang Pasca Tuai turut dirancang untuk dibina oleh pihak syarikat. Beberapan penambahbaikan telah disyorkan kepada syarikat untuk memastikan lagi kejayaan projek seterusnya.
Credit tu DOA Hortikultur





















Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts