Trending

Saturday, 4 August 2018

HANTU KUTILANAK TERSESAT


........." HANTU KUTILANAK TERSESAT "..........
Assalam.......Sahabat2 yg aku hormati semua,tidak kira di mana pun berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt dan selawat senantiasa di hatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap Ridho Allah dan dgn kerendahan hati yg paling dalam,izinkan aku yg miskin ilmu dan doif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat2 semua. Insya Allah....
Seperti biasa,hari ini aku akan berkongsi pengalaman aku dgn sahabat2 semua.Niat di hati mahu sambung tulisan semalam,tapi apa kan daya,dah berbelas buku dairy aku selak tak jumpa2. Maka,aku tulis yg ini saja untuk santapan sahabat2 semua.
Aku kesian mendengar cerita Majid Keling mengenai kematian ibunya semasa melahirkan anak kira2 20 thn dulu.Aku kesian bukanlah disebabkan ibunya meninggal dunia,kerana perkara meninggal dunia adalah sudah di tentukan Allah.Tapi aku kesian kerana jenazah ibunya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya.Mengapa sampai bergitu sekali mereka menyeksa mayat?
Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi Langsuir atau hantu Kuntilanak ?
Majid Keling berasal dari Bukit Mertajam di sebelah utara. Dia hanya sekadar menceritakan peristiwa 20 thn dulu kepada aku. Ketika itu dia masih berumur sekitar 10 thn. Tentulah anak kecil seperti ini tidak berdaya membantah apabila orang menyuruh menyeksa jenazah ibunya. Mana mungkin ibunya yg mati beranak menjadi Langsuir. Di dalam Islam perempuan yg mati kerana beranak itu dikira sebagai syahid, bagaimanakah kita boleh mempercayainya bertukar menjadi Langsuir ??
Aku di fahamkan Langsuir ini juga dikenali oleh orang2 di selatan Semenanjung sebagai Kuntilanak atau Pontianak. Apa benarkah kepercayaan orang2 Melayu bahwa ianya berasal dari perempuan mati beranak ?? Tetapi kita tidak boleh menafikan ujudnya syaitan dan iblis serta makhluk halus yg sentiasa mengganggu ketenteraman manusia. Sebaliknya kita harus yakin bahwa syaitan dan iblis itu takut kepada manusia. Syaitan dan iblis akan berani mengganggu manusia apabila dia di gunakan oleh manusia yg mengamalkan ilmu2 syaitan. Sedangkan syaitan dan iblis secara bersendirian dia tidak mampu mengganggu manusia. Selalunya mereka berlindung pada manusia. Sebaik2nya hendaklah manusia sendiri jgn mengamalkan ilmu2 syaitan. Hanya orang2 yg mengamalkan ilmu syaitan saja yg memuja mayat perempuan mati beranak supaya dijadikan suruhannya. Apabila mayat ini diresapi oleh semangat syaitan, jadilah ia Langsuir atau Kuntilanak yg dikatakan mengganggu manusia.
Sebab itulah aku merasa kasihan dgn cerita Majid Keling mengenai kematian ibunya 20 thn yg lalu.
Sebenarnya timbulnya cerita Langsuir atau Kuntilanak ini,kerana tiba2 saja di Kampong Mak Legam heboh mengenai Kuntilanak mengganggu. Anehnya Kuntilanak ini tidaklah menjadikan manusia sebagai mangsanya,
sebaliknya ternakan. Mereka mendapati kambing, lembu atau kerbau mati terdapat kesan bertebuk di tengkuknya. Seolah2 darah di tengkuk itu kena hisap habis.
Seorang kawan Majid Keling dari Kampong Mak Legam telah memberitahunya. Jadi, Majid Keling pun dgn tidak bersoal jawab mengajak kawannya berjumpa dgn aku. Tentulah aku serba salah bila diajak ke Kampong Mak Legam untuk menangkap Kuntilanak itu.
"Aku tak tau mengenai Hantu Kuntilanak...." aku beri alasan pada Majid Keling dan kawannya Hasim.
Memang aku tidak mahu pergi kalau semata2 mahu menangkap Kuntilanak. Tetapi ada juga keinginan aku nak melihat sendiri seperti apakah rupanya.
"Lebih baik kita ajak Tok Karim kat Pasir Panjang." kata aku.
"Mahukah dia pergi ?" tanya Majid Keling.
"Kita cubalah beritahu dulu." ujar aku,mahu mengajak Tok Karim pergi sama.
Lagipun aku datang ke Kampong Pasir Panjang, ingin menemui Tok Karim. Biasanya kalau aku ajak Tok Karim kemana2, memang dia sanggup.
Lagipun Tok Karim bukanlah ada kerja sangat. Apalagi dah duda sejak kematian istrinya. Anak pun tak ada. Jadi kalau ada anak2 muda yg mahu berkawan dgnnya dia pun samalah menjadi orang muda.(jiwa muda)Tok Karim bukanlah tinggal di Kampong Pasir Panjang, tetapi menumpang di rumah seorang kawannya. Dia berasal dari Ampang KL. Aku berkawan dgn Tok Karim pun baru saja, tetapi sudah begitu mesra.
Tok Karim pernah bertemu dgn hantu Kuntilanak di belukar bakau. Dia mendengar Kuntilanak itu ketawa mengilai sewaktu bulan mengambang penuh. Tok Karim terus menerpa ke arah bunyi Kuntilanak mengilai itu. Dia dapat melihat dgn jelas Kuntilanak itu bertenggek di ujung pokok bakau.
Apabila Tok Karim menggoncang pokok tersebut dia telah dikencing oleh Kuntilanak berkenaan. Akibat di kencing itu Tok Karim terpaksa membakar pakaiaannya yg disimbahi kencing Kuntilanak itu. Katanya,bau hancing kencing Kuntilanak itu tidak akan hilang sekalipun berkotak2 sabun digunakan. Walau pun dgn dia-dia sekali masuk ke dalam ' washing machine ',badannya tetap berbau hancing. Berminggu2 juga baru hilang baunya.
"Mengapa tak tangkap, Tok?" aku bergurau dgnnya.
"Memang aku nak tangkap, tapi dia lari...." sahut Tok Karim tersengih2.
"Tok tak bawa paku ? " usik aku lagi.
"Buat apa...." katanya menggaru2 jangut di dagu.
Kau mau aku berkawin dgn Kuntilanak ke ? Buat apa....kan manusia ramai,lagi cantik...." ujarnya ketawa berderai.
Aku kira inilah sebagian dari cerita tahyol yg menyempang dari akidah Islam. Kalaulah Kuntilanak ini wujud dia tetap jenis syaitan juga yg menjadi musuh manusia. Tidak ada sebab dia boleh menjelma menjadi manusia dan tidak dapat lagi kembali dari kehidupan asalnya setelah lubang di tengkuknya disendal dgn paku.
Bila aku mengenang kisah Tok Karim di kencing Kuntilanak, aku juga pernah mengalami keadaan demikian. Masa tu aku berumur 14 thn. Aku menemankan seorang kawan menemui kekasihnya di satu malam berdekatan dgn belukar kubur di kampong aku iaitu di Kampong Berih.
Semasa kawan aku pergi menemui kekasihnya itu. Aku duduk mencangkung kira-kira 8 atau 10 meter dari tempat pertemuan mereka.
Selepas itu kami sama2 berjalan pulang. Bagaimanapun dia kemudiannya berkawin juga dgn kekasihnya.
Jadi ketika inilah aku terdengar bunyi orang ketawa mengilai di atas pokok rambai yg rimbun di tepi belukar kubur itu. Disebabkan aku tidak mempunyai perasaan takut,aku pun menghampiri pokok rambai tersebut lalu menyuluh dgn lampu picit. Tiba2 aku rasa air jatuh memercik dari atas dan aku dengar satu lompatan ke arah pokok sentul yg berhampiran. Jelas pada silau lampu picit itu seekor musang berlari melarikan diri. Baunya hancing dan tidak hilang setelah di rendam dan disabun.
Oleh kerana itulah aku mengajak Tok Karim sama ke Kampong Mak Legam iaitu kampong kawan Majid Keling. Aku beritahu bahwa Tok Karim memang berpengalaman mengenai Kuntilanak, padahal aku tidak pasti sama ada Tok Karim betul2 berpengalaman atau tidak. Tujuan aku adalah untuk mengelak diri dari Hasim, supaya tidak dianggapnya aku tahu mengenai Kuntilanak itu. Ketika itu aku belum pernah bertemu dgn Hantu Kuntilanak ini di alam nyata. Kecuali melalui 'Meraga Sukma'.
Ketika perjalanan aku ke Terengganu dgn Majid Keling dan kawannya Hasim, dia memberitahu mengenai peristiwa dia bertemu dgn lembaga manusia di Bukit Kijal. Oleh itu dia mengingatkan kami agar tidak terkejut sekiranya bertemu lembaga berkenaan. Lembaga yg sangat ditakuti oleh pemandu2 kereta di Bukit Kijal.
Majid Keling pernah menuntut ilmu perdukunan dari seorang Tok Batin orang asli di Jerantut. Bagaimanapun dia telah meninggalkan ilmu pendukunannya setelah menyertai satu kumpulan harakah Islam. Dia merasakan ayat2 Quran lebih tinggi martabatnya dari sebarang jampi serapah. Inilah hakikat sebenarnya tentang kekuatan ayat2 Quran tu,
terutama dalam mengahadapi musuh yg paling besar iaitu godaan syaitan.
Aku, Majid Keling dan Hasim pernah dihambat oleh lembaga yg menjelma seperti seorang wanita memakai pakaian nipis di tepi cermin keretanya semasa melalui Bukit Kijal dalam perjalanan ke Terengganu dari Kuala Lumpur.
Biasanya lembaga berkenaan akan menghambat mangsa dari tepi jalan saja. Lembaga wanita akan mengejar kalau kereta menuju ke Kuala Terengganu, manakala lembaga lelaki akan menghambat kalau kereta meninggalkan Kuala Terengganu. Seolah2 macam (suami isteri) satu simbolik pula iaitu apabila datang dari Terengganu akan dinanti oleh wanita, dan apabila balik meninggalkan Terengganu maka akan di hambat oleh lembaga lelaki pula.
Kebetulan malam itu kira2 pukul 10:00 malam, kami melalui Bukit Kijal untuk ke Terengganu. Sebaik saja menuruni dari Bukit Kijal tiba2 Hasim nampak satu lembaga putih menerpa ke arah kereta. Mujurlah cermin kereta sudah dinaikkan. Jadi, lembaga itu berdetum langar ke pintu kereta. Terkejut juga Majid Keling melihat kejadian itu. Bagaimanapun dia masih dapat mengawal perasaan supaya tidak di pengaruhi oleh ketakutan.
"Jgn peduli Hasim..." bisik Majid Keling kepada Hasim.
"Awak pun jgn lari laju sangat, kalau kita laju dia akan berlari laju juga." ujar Hasim menjauhkan diri dari cermin kereta. Terasa olehnya tangan wanita itu seolah2 dapat mengapai mukanya.
"Kuntilanak ke...?" tanya Majid Keling.
"Bukan..." sahut Hasim.
"Kalau Kuntilanak dia mengilai..." jelasnya masih di rundung bimbang.
"Orang Bunian agaknya..." Majid Keling cuba menghilangkan ketakutan yg menyelubungi perasaannya.
"Tak mungkin." Hasim mengeluh pendek.
Aku dari tadi buat2 tidur saja, malas aku nak ambil tahu. Lembaga itu terus mengejar kereta dari arah tepi jalan. Sekali sekala pintu kereta sampai terdengar bunyi dentamnya. Dia akan berlari mengikut kelajuan kereta. Muka lembaga itu tidaklah berapa jelas kepada Hasim, tetapi jelas seorang wanita kerana rambutnya yg panjang mengurai, di samping pakaiannya seperti perempuan memakai baju tidur halus dan jarang.
"Badai, macam ni punya kes pun dia tak sadar2 lagi ke..." kata Majid Keling.
"Masih boleh tidur lenyak. Pintu dah beberapa kali berdetum pun dia tak bangun2..." kata Majid Keling lagi.
"Kita berhenti saja..." kata Majid Keling,mula marah dgn kelakuan lembaga itu merempuh ke arah keretanya.
"Jgn, lebih baik kita teruskan saja. Jgn pedulikan dia." kata Hasim.
Sebenarnya Hasim takut, kalau2 lembaga ini mengangkat kereta dan dihumban ke gaung.
Sehingga masuk ke kawasan kampong barulah lembaga tersebut tidak mengejar kereta lagi. Barulah lega hati Hasim tidak di ganggu oleh kembaga berkenaan. Kalaulah dia masih mengamalkan ilmu perdukunan memang diujinya lembaga tersebut.
"Mengapa kau tak gunakan ayat2 Quran ?" tanya aku apabila dia menceritakan peristiwa itu kepada aku setelah sampai di Kampong Pasir Panjang.
"Aku tak tahu ayat yg mana hendak digunakan...." keluhnya perlahan.
"Surah al Ikhlas itu sudah cukup untuk menghancurkan syaitan." kata aku menjelaskan.
Aku tidaklah mengharap untuk bertemu makhluk berkenaan di Bukit Kijal.
Aku hanya memohon kepada Allah agar melindungi aku dan berilah pertolangan kepada diri aku, kerana aku adalah hamba yg lemah di sisi NYA. Itu sajalah cerita mengenai lembaga perempuan di Bukit Kijal yg terjadi pada kami, tetapi itu bukan Kuntilanak.
"Sahabat nak jumpa Kutilanak ?" tanya Majid Keling di satu masa lain.
"Buat apa...!" jawab aku perlahan.
"Aku tak ada urusan dgnnya buat apa nak jumpa, kecualilah kalau terserempak." beritahu aku seterusnya.
Memang tak ada gunanya kita sengaja mempunyai tujuan untuk bertemu jenis2 benda2 bergini. Sebagai makhluk Allah,cukuplah kita menyedari bahwa syaitan itu wujud. Tanggungjawab syaitan ialah untuk memusnahkan anak2 Adam, setelah dia tidak mahu sujud kepada Adam. Jadi,apa perlunya kita mahu menemui syaitan ??
"Barulah kita dapat buktikan tentang hantu Kuntilanak....?" ujar Majid Keling tersengeh2.
"Apa untungnya..?" aku tersinggung juga dgn kata2 Majid Keling, seolah2 aku sengaja mahu mencari syaitan.
"Kita boleh tunjuk pada orang mengenai hantu Kuntilanak." katanya lagi.
"Aaah...,kerja sia2 Majid." jelas aku mengingatkannya.
"Kalau orang percaya kepada ayat:
" A'UZUBILLAHHIMINAS SYAITANNIR ROJIM." orang akan sedar syaitan itu wujud dan mengganggu manusia. Itu buktinya...." ujar aku kesal dgn sikap Majid Keling.
Tapi aku tahu Majid Keling hanya bergurau. Dia seolah2 mahu mempersenda2kan hantu Kuntilanak. Disebabkan sudah lama terlibat dalam ilmu perdukunan tentulah dia sering ditanya oleh orang ramai mengenai hantu jembalang yg mengganggu pesakitnya itu. Selama itu juga dia tidak dapat membuktikan kepada orang ramai, apakah sebenarnya hantu jembalang tersebut.
Sedangkan berkali2 aku memberitahu dia bahwa aku bukanlah seorang bomoh atau dukun. Beginilah mulanya perkenalan aku dgn Majid Keling yg berasal dari Bukit Mertajam itu.
PERKENALAN DGN MAJID KELING.
Bergina ceritanya....Pada mulanya dia dan isterinya datang ke rumah emak angkat aku dgn tujuan membuat parti parek, sebab itulah dia meminta isteri Amir (keluarga angkat aku) membantunya mengadakan parti parek yg diusahakan. Majid Keling ikut sama menghantar isterinya itu. Apabila Mimi isteri Majid Keling mahu masuk ke pintu rumah Amir, dia merasakan dirinya tiba2 seram sejuk. Kepalanya juga terasa pening menyebabkan dia hampir pitam. Akhirnya parti parek itu juga tergendala.Jiran2 yg sudah datang berkumpul di situ pun terkejud melihat peristiwa yg tiba2 saja berlaku.
Melihat keadaan isterinya cepat2 Majid Keling menerpa datang. Dia juga terkejut dgn keadaan isterinya itu. Sementara isteri Amir pula segera memanggil aku di bilik. Ketika itu aku membaca buku, kerana aku tidaklah mencampuri sangat parti parek yg dikelolakan oleh Mimi dgn bantuan isteri Amir. Lagipun aku hanya tamu kat situ. Ketika aku keluar mahu melihat Mimi, itulah pertama kali aku berkenalan dgn Majid Keling. Selepas itu kami pun menjadi kawan baik pula.
"Badan saya ni macam nak demam adik Badai...." kata Mimi gelisah.
"Bila akak demam ? tanya aku.
"Tak tahu dari rumah tadi sihat." beritahu Majid Keling serba salah kerana orang2 yg dipanggil untuk parti parek sudah datang, tiba2 tergendala pula.
"Selalu ke akak kena macam ni...?" aku ingin tahu juga.
"Kepala dan badan akak lenguh2 macam membawa beban berat." ujarnya lagi.
Aku menyuruh isteri Amir mengambil air sejuk segelas. Kemudian aku membacakan Surah Al Ikhlas 3 kali dan menyuruh dia minum air tersebut.
Sebaik saja Mimi meminumnya dia terpekik.
"Panas....!!" lantas dilemparkannya gelas tersebut. Majid Keling melekapkan tapak tangannya kepada air yg jatuh di lantai. Dia keheranan dgn kelakuan isterinya menggelupur seperti terkena air panas sebentar tadi.
"Hiiss...air ini sejuk aje. Mengada2 aje kau ni......" suaranya keras sedikit.
"Awak jgn terkejut bang Majid....." saya merenungi dia.
"Awak tak boleh marahkan dia, sebab dia ni ada gangguan...." jelas aku agar dia memahami bahwa Mimi sebenarnya memang sakit.
Gangguan terhadap Mimi sudah lama, tapi mereka berdua tidak menyedarinya. Mimi hanya merasa kepalanya sering sakit dan badannya lenguh2. Apabila Majid Keling membawa Mimi ke hospital atau klinik pihak doktor menyatakan darah tinggi. Anehnya, bila diuji ternyata Mimi tidak mengidap penyakit darah tinggi. Disebabkan gangguan itu memang sudah sebati dgn tubuh Mimi, dia menjadi tertekan ketika masuk rumah Amir.
Sedapat2nya dia tidak mahu masuk ke rumah Amir, tetapi Mimi menguatkan azamnya untuk masuk juga. Perlawanan antara Mimi dgn gangguan semangatnya inilah yg menyebabkan dia menggelupur sebentar tadi.
Setelah meminum air sejuk yg dikatakannya panas tadi, Mimi mula bertindak ganas. Dia menampar pipi aku sekuat hatinya.(dapatlah aku merasa panasnya,padan muka aku.)hehehe..
"Mengapa kau mengganggu aku !! Dah lama aku dgn Mimi, tak ada siapa pun ganggu..!"
Mimi mula meracau sambil mahu menerkam ke arah aku. Jiran2 pun segera memegang Mimi. Mereka juga tahu bahawa Mimi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Awak sabar lah,Majid...." aku mengingatkan Majid Keling.
Majid Keling hanya mengangguk. Dia mengerling pipi aku yg berbekas lima jari akibat di tampar Mimi. (pedih juga rasanya,kalau kaki macam mana agaknya,cap kakilah jawabnya)
Inilah risikonya apabila kita mahu menolong orang yg diganggu semangat syaitan. Kebanyakkan dukun2 juga menghadapi risiko bergini. Kadangkala ditampar, dimaki hamun,diludah dan sebagainya. Semua aku dah dapat rasa, memang padan pun muka aku. Nak jadi hero...Nah..rasa kau.
Tetapi kita terpaksa bersabar kerana yg melakukan perbuatan tersebut bukanlah dari pesakit berkenaan, tetapi jiwanya yg sudah dirasuki.
Kadang2 orang tak faham, risiko dukun2 dan bomoh2 yg di jemput. Dari malam sampai pukul 3-4 pagi baru habis, sekejap lagi nak pergi kerja. Tidur tak cukup, badan pula letih, mentang2 dukun atau bomoh kata ikhlas, tapi tak patut beri mereka 5 atau 10 ringit. Tenaga yg di keluarkan tidak sepadan dgn uang yg di beri.
Ok...ok..balik semula, aku dah tersasar jauh, kita balik semula cerita tadi.
Aku meminta izin Majid Keling untuk memegang kepala isterinya. Kemudian aku membacakan 6 ayat terakhir dari surah Yassin di sambung ayatul Qursi.
" AWALAM YA ROLINSAANU ANNA MAA YUK'LIMUUNA....."
Ketika ini Mimi memekik2 kesakitan.
"Cakap siapa kau !!" jerkah aku merenung mata Mimi. Di matanya aku lihat perempuan tua yg lemah menunggu kedatangan aku. Tetapi perempuan tua itu cuba melindungi kelemahannya, sebaiknya berpura2 gagah mahu menentang aku.
"Siapa kau..?" soal aku keras.
"Tok Badai jgn kacau aku." sahut perempuan tua itu marah.
"Aku sayang budak Mimi ni, buat apa Tok Badai nak pisahkan kami." katanya mengancam.
"Mimi tak sukakan kamu..!!" balas aku.
Perempuan itu menjengkilkan mata mengancam aku. Kemudian dia tertawa mengilai. Ketawa itu sunguh menggerunkan dan dapat aku rasakan itulah hilaian Kuntilanak. Aku mengagak inilah jenis Kuntilanak yg selalu mengganggu manusia.
Inilah kali pertama bulu roma aku berdiri hingga ke rambut2 aku pun berdiri.
Cuma bulu kening dan bulu hidung saja yg tak berdiri.hehehe.......maaf sahabat, aku bergurau sahaja.
"Kau simpan Kuntilanak yaa...?" bentak aku bila melihat tiba2 perempuan muda berwajah jelita berdiri di belakang perempuan tua itu.
"Hiiss...Aku tak kenal dia." sahut perempuan tua mengalih pandangan kepada perempuan muda yg mengilai tadi.
"Kau nak berolok2 dgn aku..!!" ujar aku lalu membacakan ayat yg lain.
Api tiba2 menyala di depannya menyebabkan perempuan tua itu terpekik2 mengatakan panas. Seluruh badannya menggelupur akibat bahang api yg menyala di sekelilingnya. Perempuan muda itu cuba melarikan diri dari api menyala, tetapi cepat2 disambar oleh perempuan tua tadi. Mereka berpeluk2kan menghadapi api yg menjulang.
"Tolong..." kata perempuan muda itu merayu.
"Tolong Tok Pejejak Badai...!!" saya tak tahu hal, saya tersesat jalan tadi."
"Orang tua ini yg tipu saya." ujarnya merintih2.
Tapi memang dasar syaitan tidak mahu mengaku kesalahannya. Dia akan menyalahkan orang lain bila dirinya terancam. Oleh itu aku tidaklah terpengaruh dgn rintihan dia. Aku terus membacakan beberapa potong ayat lagi untuk menyerangnya.
"Tok Badai tolong saya." rayunya meminta belas kasihan.
"Saya tersesat jalan, percayalah saya tersesat jalan. Saya bukan nak ke sini tadi, tapi orang tua ni perdayakan saya." jelasnya.
"Aku tak percaya..!!" sahut aku keras.
"Saya tak bohong Tok Badai....." ujarnya lagi merayu2.
"Kamu mahu tinggalkan Mimi..? soal aku tegas.
"Saya memang nak pergi." dia memberitahu.
Memang aku lihat dia mahu pergi, tetapi perempuan tua itu memaut pinggangnya kuat2.
"Macam mana kamu boleh sesat..? tanya aku.
"Saya nak balik, orang tua ni ajak singgah." katanya meronta2 mahu lepaskan diri dari pautan perempuan tua berkenaan.
Perempuan muda berkenaan mengaku dirinya Kuntilanak. Dia sebenarnya mahu melarikan diri dari manusia. Demikian yg dialami oleh Tok Bomoh Karim semasa dia terserempak dgn Kuntilanak. Tok Karim memberitahu aku Kuntilanak memang takut dgn manusia sampaikan terkencing2. Tetapi mengapa manusia takut kepada hantu Kuntilanak...???
Dia diperalatkan oleh perempuan tua itu bagi menjadi perisainya apabila diserang dgn api. Sebab itulah ketika dia melintasi kawasan berkenaan, dia terpedaya sehingga termasuk ke dalam jebak wanita tua itu. Dia tersesat kerana tidak diketahuinya bahawa perempuan itu sedang terancam.
"Baiklah, kalau awak nak balik, baliklah sekarang." kata aku sambil memberhentikan serangan. Perempuan muda itu mengilai panjang sebaik saje api menyala itu padam. Tetapi dia tidak bergerak. Pinggangnya dipaut kuat oleh perempuan tua berkenaan.
"Awak lawan dia dan pergi dari sini ..!!"
Perempuan muda yg mengaku dirinya Kuntilanak itu meronta2 mahu melepaskan diri, tetapi ternyata rontaannya tidak dapat membuka pautan tangan perempuan tua itu. Aku jadi marah dgn sikap perempuan tua itu. Dia tahu selagi perempuan muda berkenaan dapat dipautnya, aku tidak akan menyerang dia.
"INNAHU MIN SULAIMAN WA INNAHU BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHIM..."
Aku terus menghentakkan kaki. Aku mempunyai iktikad bahwa Kuntilanak itu adalah hamba yg boleh aku perintah. Kuntilanak itu akan mengikut apa saja perintah aku selagi dia di dalam kekuasaan aku.
"Sekarang awak cakar muka perempuan tua itu dgn kuku awak." perintah aku kepada Kuntilanak yg mendakwa dirinya tersesat tadi.
Sekaligus dia mencakar muka perempuan tua itu dgn kukunya yg panjang dan keras. Perempuan tua itu terjerit2 kesakitan. Di sini bererti aku berjaya menggunakan syaitan untuk menyerang syaitan yg lain. Aku gunakan Kuntilanak tersesat tadi untuk menyerang perempuan tua itu. Mahu tidak mahu perempuan tua itu melepaskan Kuntilanak tadi. Terlalu gembira Kuntilanak itu apabila dia terlepas dari pautan perempuan tua. Dia mengilai lagi sebagai tanda berjaya.
"Sekarang awak pergi, jgn mengganggu lagi....." perintah aku setelah dia bercakap benar.
"Baiklah Tok Badai, saya akan pergi sekarang." tetapi sebelum dia pergi, dia berikan aku sebiji batu hitam, aku tak tahu batu apa. Nanti aku tunjukkan batunya pada sahabat2,batu pemberian Kuntilanak....
"Saya pergi sekarang." sahutnya lalu melayang hilang dari pandangan aku.
(aku ingat Hantu Kuntilanak itu nak beri aku no.hp. untuk berkenal2an. Cantik juga rupanya, aku pulak solo) hehehe... jgn marah2 yaa sahabat.
Setelah Kuntilanak itu pergi, aku lihat orang tua tadi menekup mukanya yg calar balar dicakar Kuntilanak. Dia mengerang2 kesakitan. Tidak berani memandang aku.
"Kamu jgn ganggu Mimi lagi, faham..!! jerkah aku mengancam dia.
"7 thn aku bela Mimi...." perempuan tua itu terisak2 menangis.
"7 thn aku bela Mimi, sekarang Tok Badai senang2 nak rampas dia dari tangan aku." dia menahan kesakitan akibat dicakar kuku Kuntilanak.
"Pasal apa kamu bela Mimi, dia ada keluarga?" ejek aku.
"Aku sayangkan dia...." sahut perempuan tua itu lagi.
"Mimi tak sayang kau, lebih baik kau tinggalkan dia." ujar aku mengingatkan dia.
Perempuan tua itu menangis terisak2. Kesakitan dicakar oleh Kuntilanak sebenarnya tidak menjadi ancaman pada dirinya. Tetapi dia tidak dapat bertahan dari ayat2 Quran yg dibacakan di hadapannya. Rupanya perempuan itu adalah pemilik tanah tempat tinggal Majid Keling dan Mimi yg dibelinya di Bukit Mertajam. Perempuan tua itu telah lama meninggal dunia iaitu sejak 7 thn lalu. Keluarganya menjual harga tanah kepada Majid Keling. Disebabkan harga tanah itu murah, maka Majid Keling pun membelinya.
Sejak membeli tanah itulah Mimi selalu merasa kepalanya sakit. Badannya lenguh2 seperti membawa beban berat. Apabila dibawa berubat ke hospital doktor mengesyaki penyakit darah tinggi. Tetapi setelah diuji tidak ada pula kesan2 darah tinggi itu.
Setelah Mimi sedar, aku menasihatkan Majid Keling dan jiran2 supaya tidak menceritakan kepada Mimi apa yg berlaku sewaktu dia tidak sedarkan diri. Segala percakapan aku dgn perempuan tua dan Hantu Kuntilanak yg tersesat itu dapat mereka dengar melalui Mimi. Bermula dari kisah itu jugalah Majid Keling mengajak aku ke Kampong Mak Legam. Aku pula mengajak Tok Karim juga mempunyai pengalaman lebih dari aku.
Aku masih ingat kata2 Abah,iaitu:
"Kalau rajin mengaji,tak takut hantu.
Kalau jarang mengaji,takut hantu.
Kalau terus tak mengaji,jadi hantu."
Inilah kata-kata hikmah seorang guru..
Seperti biasa sahabat2 ambil sisi positif dari cerita ini yg negetif jgn di kambil.Kekuatan yg tak bisa di tandingi adalah,Kekuatan daripada ALLAH SWT.Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa atau tingkah laku yg tak berkenan di hati sahabat 2 semua aku,TOK PENJEJAK BADAI ,dgn merendahkan diri aku memohon maaf kepada sahabat2 yg aku hormati semua.TERIMA KASIH.......
" ILMU PEMBANGKITAN MAGNET PADA TUBUH. "
Ilmu ini berguna untuk sahabat2 yg ingin menarik barang2 dari alam ghaib. Terutama sekali yg baru berjinak2 dalam bidang ini. Bolehlah cuba menarik benda2 yg ringan2 dulu,dah mahir barulah tarik barang2 yg ber grade 1 atau 2.
Jgn tarik kapal selam sudah lah,mana nak cari parking. Takkan kat longkang,he..he..he....
MANTRANYA :
AUDZUBILLAHIMINASSYAITANIRROJIM..
1) BISMILLAH....21x.
2) ISTIGHRAR....7x.
3) SHAHADAT....7x.
4) SHALAWAT....7x.
5) HAUQALLAH...7x.
6) ALLAHU AKBAR...21x.
BACA KUNCI AYAT :
BISMILLAH...
KAF HA YA A'IN SHOD.HA MIM A'IN SIN QOF.
QUWMITU WA QUWMITU.....3x.tahan nafas.
CARA GUNA :
Mula2 carilah tempat yg di rasakan ada benda ghaib yg terpendam di bumi. Siapkan Minyak Ponibalsalwa atau Minyak Apel Jin. Bakar Buhur Ambar atau yg lain. Bunga 5 rupa.
Semua bahan ini di letakkan di atas kain putih seukuran 1/2 meter. Tabukkan bunga 5 macam, lalu percikkan Minyak Ponibalsalwa atau Minyak Apel Jin di atas kain putih yg sudah ditaburkan bunga 5 macam. Bakar buhur Ambar atau setanggi yg berbau bunga di setiap penjuru kain putih itu.
Jika semua sudah siap, barulah mula merapal ayat2 di atas.
Setelah habis baca ayat2 di atas, telapak kedua tangan arahkan lurus ke depan sambil tarik nafas dan tahan semampunya.
Sambil tahan nafas sambil tarik tangan ke arah tubuh, sambil mengucapkan "ALLAHU AKBAR " sebanyak mungkin sehingga " BENDA " yg di tarik ada di depan mata. Jika ada kawan,jemaah boleh membacakan surah al Ikhlas 1500x sebagai back up.
Bila nafas tidak kuat, segera lepaskan dan tarik nafas lagi dan tahan lagi.Begitu seterusnya.
Jika barang yg di tarik ada di tangan, terus niat kunci dgn Ayatul Qursi sebanyak 7x.
Jgn lupa buat pagar dulu sebelum memulakan ritual ini.
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts