..............." KUBUR MATI TERBUNUH "...............
Assalam sahabat-sahabat yg aku hormati semua,tak kira di mana pun berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur ke hadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap Ridho Allah dan dgn kerendahan hati yg paling dalam. Izinkan aku yg miskin ilmu lagi doif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insya Allah...
Kisah ini terjadi di Johor kepada keluarga Pak Buyong dan Johar,yg berpunca dari cemburu. Macam mana ceritanya, mari sahabat-sahabat ikut aku.
Segala pesanan Alang Sitam sudah disimpan baik-baik dalam hatinya. Maskom akan berusaha memenuhi impiannya. Selama ini dia merasa dirinya dipandang rendah oleh masyarakat kampung, kerana kemiskinan dan rupa parasnya hodoh serta berkulit hitam.
Setiap kali dia cuba tersenyum samasa bertemu Mahawa anak gadis Pak Buyong, gadis itu cepat-cepat memalingkan muka. Maskom merasa dirinya seolah-olah sampah di tepi jalan saja. Tidak cukup dgn sikap Mahawa itu, dia semakin terhina dgn ejekan Kahar seorang pemuda tampan.
"Hei, cerminlah muka kau dulu, kalau ada hati dgn Mahawa....." Kahar mentertawakan dia.
Lama Maskom memendam perasaan. Dirinya terlalu hina dipandang oleh masyarakat kampung. Dia mahu jadi kaya kalau boleh, tetapi bagaimana kah caranya ? Dia mahu menjadi pemuda tampan, tetapi bagaimana kah caranya ?
Kalau dia kaya sudah tentu orang-orang kampung tidak berani menghinanya. Kahar tidak akan mengejek kalau dia cuba mencumbui Mahawa. Gadis itu juga tidak akan menolak jika dicumbui, kalau dia seorang yg kaya dan mempunyai paras yg tampan. Dendam ini menyala-yala dalam dada Maskom. Kadangkala dia disindir juga oleh emaknya Mak Jeton, kerana selalu mengelamun.
"Jgn berangan-angan Maskom....." kata Mak Jeton.
"Asyik berangan-angan semua kerja tak jadi. Perut lapar tak boleh kenyang dgn angan-angan saja." ujar emaknya bagaikan terasa mengiris ke hati Maskom.
"Asyik berangan-angan semua kerja tak jadi. Perut lapar tak boleh kenyang dgn angan-angan saja." ujar emaknya bagaikan terasa mengiris ke hati Maskom.
Kadangkala dia menangis sendiri. Mengapa nasibnya tidak sebaik adiknya Johar. Adiknya dilahirkan sebagai anak muda tg tampan dan segak. Kahar tidak berani mengejek-ejek adiknya Johar. Malah Mahawa juga kelihatan begitu mesra kalau berbual dgn Johar.
Perasaan ini sering menghatui jiwa Maskom. Dia tahu kerana mukanya hodoh, kulitnya yg hitam dan badannya yg kurus melengkung itulah menyebabkan masyarakat kampung memandang hina terhadapnya. Dia tidak percaya dgn kata-kata Johar yg mengatakan semuanya itu adalah perasaan dirinya semata-mata.
"Orang tidak memandang paras muka atau pun harta benda kita bang......" jelas Johar.
"Sebaliknya orang memandang perangai kita. Kalau abang tidak boleh ditegur orang, mudah tersinggung kalau dinasihatkan orang, cepat marah kalau ada yg tak kena pada hati, tentulah orang tidak mahu berbaik-baik dgn kita." tegas Johar mengingatkan dia.
"Sebaliknya orang memandang perangai kita. Kalau abang tidak boleh ditegur orang, mudah tersinggung kalau dinasihatkan orang, cepat marah kalau ada yg tak kena pada hati, tentulah orang tidak mahu berbaik-baik dgn kita." tegas Johar mengingatkan dia.
Tetapi kata-kata Johar itu tidak memberi bekas kepada Maskom. Dia tetap percaya bahawa orang-orang kampung memandang hina terhadapnya kerana kemiskinan dan rupa parasnya yg hodoh. Bukan kerana sikapnya yg cepat tersinggung itu. Pada orang-orang kampung sikap Maskom itu dikira sebagai angkuh, sombong dan tidak sedar diri sendiri, tetapi sebenarnya seorang yg menghadapi tekanan 'inferiority complex'.
Bermula dari sinilah Maskom berdamping rapat dgn Alang Sitam seorang pendekar dan bomoh yg terkenal di kampung itu. Dia belajar berbagai ilmu pertahanan diri serta kebatinan. Setelah puas berguru dgn Alang Sitam tiba-tiba Mak Jeton mendapati Maskom menghilangkan diri dari rumah.
Tidak tahu ke mana dia membawa diri. Alang Sitam sendiri tidak tahu ke mana Maskom pergi, kerana dia tidak pernah memberitahu Alang Sitam akan tujuannya. Sehingga sewaktu Mahawa dikawinkan dgn Johar pun, Maskom tidak balik. Malah ada juga desas-desus mengatakan bahawa Maskom pergi meninggalkan kampung, setelah mendengar khabar bahawa Mahawa sudah dipinang. Apalagi orang yg meminangnya ialah adiknya sendiri iaitu Johar.
Sebenarnya, Johar dan Mak Jeton tidak tahu menahu mengenai niat Maskom yg ada menaruh hati kepada Mahawa itu. Oleh itu apabila Johar dan Mak Jeton menganggap sepi saja akan kehilangan Maskom, orang-orang kampung merasa bahawa Maskom meninggalkan kampung kerana Mahawa, adalah cerita benar.
Mereka mendakwa sikap Johar itu tidak patut. Johar lebih sanggup menyahkan abangnya dari kampung kerana mahu memperisterikan Mahawa. Mereka juga menuduh kasih sayang Mak Jrton pada anak-anak juga berbelah bagi. Mak Jeton lebih sayangkan Johar dari Maskom, kerana keadaan diri Maskom itu.
Tidak lama selepas perkawinan Mahawa dgn Johar, perempuan itu jatuh sakit tidak sedarkan diri. Dia tiba-tiba saja jatuh tidak dapat bergerak lagi. Kelam kabutlah keluarga Johar dan Mahawa dgn berita yg tidak diingini itu.
"Panggillah Alang Sitam....." Pak Buyong memerintahkan Johar.
Pak Buyong menjadi cemas dgn kejadian yg tidak diduga itu. Dia mula mengesyaki bahawa itu adalah perbuatan abang Johar sendiri,Maskom. Sebab Maskom pernah mengingatkan dia lebih baik putih tulang dari putih mata.
Tetapi Pak Buyong tidak menduga bahawa Maskom sanggup melakukan setelah Mahawa menjadi adik iparnya sendiri. Teka teki ini bermain dalam kepala Pak Buyong. Kalau benarlah itu perbuatan Maskom, dia lebih rela Mahawa dipisahkan dari Johar.
Selam ini Pak Buyong tahu mengenai diri Maskom yg banyak belajar dari Alang Sitam. Tetapi kalaulah benar Maskom mahu memikat Mahawa secara paksa, tentu dia boleh menggunakan ilmu guna-guna. Tentu Alang Sitam juga menurunkan ilmu guna-guna itu kepada Maskom.
"Sudah datang kah Alang Sitam ?" tanya Pak Buyong bila melihat Johar tergopoh-gapah menungkatkan basikal di tengah halaman.
"Sekejap lagi....." beritahu Johar berkejar semula naik ke atas rumah.
"Kenapa tak datang sama dgn dia sekali ?" Pak Buyong tidak sabar mahukan Alang Sitam segera datang ke situ.
"Kalau ia pun sabarlah besan....." sahut Mak Jeton mengingatkan Pak Buyong.
"Eloklah kita jgn camas, nanti yg sakit belum tentu khabar, kita pula yg gempar....." katanya sambil memerhatikan juga dari jauh di sebalik belukar, kalau-kalau Alang Sitam muncul.
"Eloklah kita jgn camas, nanti yg sakit belum tentu khabar, kita pula yg gempar....." katanya sambil memerhatikan juga dari jauh di sebalik belukar, kalau-kalau Alang Sitam muncul.
Selepas maghrib barulah Alang Sitam datang. Lantas memulakan untuk membakar kemenyan. Segala permintaan Alang Sitam yg diberitahu kepada Johar, semua sudah disediakan.
"Ini kena sihir anak orang mati terbunuh." jelas Alang Sitam semasa dia mula memotong limau tujuh jenis.
"Siapa yg buat ?" cepat-cepat Pak Buyong menyoal.
"Adat orang berdukun, memang tak boleh cakap nanti memfitnah pula." sahut Alang Sitam tersenyum.
"Siapa yg buat ?" cepat-cepat Pak Buyong menyoal.
"Adat orang berdukun, memang tak boleh cakap nanti memfitnah pula." sahut Alang Sitam tersenyum.
Tetapi Pak Buyong tidak puas hati. Dia tetap mengesyaki akan perbuatan Maskom.
"Ini kerja Maskom. Baik Alang Sitam cakap, iya atau tidak ?" tuduh Pak Buyong.
"Saya tak tahu....." jawab Alang Sitam tergamam dgn tuduhan Pak Buyong itu.
"Tentu...tentu...ni kerja Maskom." Pak Buyong mengertap bibir.
"Sabarlah dulu besan....." Mak Jeton mencelah. Tersinggung juga dia dgn tuduhan Pak Buyong terhadap anaknya Maskom. Kalau Maskom menganiaya Mahawa samalah seperti dia menganiaya Johar juga. Dia percaya takkan Maskom tergamak melakukannya.
"Saya tak tahu....." jawab Alang Sitam tergamam dgn tuduhan Pak Buyong itu.
"Tentu...tentu...ni kerja Maskom." Pak Buyong mengertap bibir.
"Sabarlah dulu besan....." Mak Jeton mencelah. Tersinggung juga dia dgn tuduhan Pak Buyong terhadap anaknya Maskom. Kalau Maskom menganiaya Mahawa samalah seperti dia menganiaya Johar juga. Dia percaya takkan Maskom tergamak melakukannya.
Tetapi sejak tiga tahun Maskom menghilangkan diri dari kampung halaman tentu dia tidak mengetahui bahawa Mahawa sudah menjadi adik iparnya.
"Tidak saya percaya, tentu ini kerja Maskom. Dia tak tahu Mahawa dah jadi adik iparnya. Dia ingat Mahawa masih belum nikah lagi.
"Kalau Maskom takkan dia nak tunggu sampai tiga tahun, tentu masa dia meninggalkan kampung dulu lagi dia dah buat." ujar Alang Sitam.
Dgn penerangan Alang Sitam itu legalah hati Mak Jeton. Pak Buyong tidak lagi berani menuduh, kerana Alang Sitam sudah menafikan perbuatan Maskom. Tetapi siapakah yg punya angkara ?" Mahawa masih juga terlentang di tengah rumah tidak sedarkan diri.
Tiga hari Mahawa dalam keadaan tidak sedarkan diri, tiba-tiba muncul Maskom di kampung itu. Apabila diberitahu kejadian yg menimpa keluarganya, dia hanya tersenyum saja. Sikap Maskom ini membuatkan Pak Buyong mula mengesyaki sesuatu. Dia mula tidak percaya lagi kata-kata Alang Sitam yg mempertahanklan Maskom.
"Ini semua angkara kau.....!" jerkah Pak Buyong tidak dapat menahan sabar.
Beberapa orang cuba menahan Pak Buyong supaya tidak melakukan tindakan terburu-buru. Maskom hanya tertunduk tidak bercakap apa. Pak Buyong dalam keadaan marah terlepas dari pegangan orang ramai. Dia terus menerpa ke arah Maskom mahu memukulnya. Sebaik saja dia menghampiri Maskom, tiba-tiba saja dia terpelanting ke dinding.
"Ingat Allah, Pak Buyong." suara Maskom tenang.
Orang ramai yg ada di situ terkejut dgn sikap Maskom, yg tidak lagi mudah panas baran apabila menerima kata-kata yg kesat demikian. Dia tetap bertenang sekali pun kata-kata Pak Buyong itu benar-benar menyakiti hatinya.
Pak Buyong yg terpelanting itu mengurut-ngurut dada kerana kesakitan.
Pak Buyong yg terpelanting itu mengurut-ngurut dada kerana kesakitan.
"Astaghaffar dan ingatkan Allah." ujar Maskom.
Tetapi Pak Buyong masih menderita kesakitan. Sebenarnya semua orang melihat, bahawa Maskom tidak bergerak langsung dari tempat duduknya. Hanya Pak Buyong saja terpelanting bagaikan ditolak dgn kuat.
"Baca Istighfar banyak-banyak dan ingatkan Allah." kata Maskom lagi.
Pak Buyong mengikut sahaja arahan Maskom. Tetapi dia masih lagi mengurut-ngurut dadanya. Maskom bangun dari duduknya. Dia menghampiri Pak Buyong lalu meniup tapak tangannya. Kemudian dia menyapu-nyapu ke dada Pak Buyong. Sebaik saja disapunya, Pak Buyong marasa kesakitan di dadanya hilang. Tetapi dia masih termengah-mengah juga.
Selepas kejadian itu, orang yg ada di situ menceritakan semua yg terjadi kepada Maskom. Mereka sedar bahawa Maskom yg di hadapan mereka sekarang, bukan lagi Maskom tiga tahun dulu.
"Perkara Mahawa ni, tunggulah sampai guru saya Alang Sitam datang." katanya perlahan.
Apabila Alang Sitam datang untuk mengubat Mahawa, cepat-cepat Maskom turun ke halaman menyambutnya. Maskom membongkok mencium tangan Alang Sitam. Kemudian mereka sama-sama naik ke rumah.
"Hah,Maskom dah ada, biarlah dia sendiri mengubat adik iparnya." jelas Alang Sitam.
"Dulu, dia murid saya tapi sekarang dia dah lebih dari saya. Dia dah dapat yg lebih tinggi dari saya." jelasnya menepuk-nepuk bahu Maskom.
"Tapi Pak Lang yg menunjukkan semuanya kepada saya. Semuanya adalah kuasa Allah." sahut Maskom tenang.
"Pak Lang yg menyuruh saya ke sana....." jelasnya lagi.
"Pak Lang yg menyuruh saya ke sana....." jelasnya lagi.
"Ke mana ?" tanya orang-orang yg berkumpul di situ.
"Ke Sumatera....." kata Alang Sitam mencelah.
"Dia belajar pondok di sana......" ujarnya.
"Ke Sumatera....." kata Alang Sitam mencelah.
"Dia belajar pondok di sana......" ujarnya.
"Jauh dia merantau." Pak Buyong menyatakan kesalnya.
"Patutlah banyak pengalaman dia." katanya menitiskan air mata terharu.
"Patutlah banyak pengalaman dia." katanya menitiskan air mata terharu.
Kemudian Pak Buyong sendiri meminta Maskom mengubatkan Mahawa. Johar juga merayu supaya abangnya menolong mengubati.
Setelah meminta izin dari Alang Sitam, Maskom pun duduk di kepala Mahawa. Dia membaca enam ayat terakhir dari surah Yassin dgn jelas didengar oleh semua orang-orang yg ada di situ. Selepas itu disambung dgn ayat Qursi. Dia meneruskan bacaannya dari satu ayat surah al Naam, al Sajadah dan surah Bani Israil yg terdapat dalam al Quran.
Maskom terus membaca beberapa lagi ayat yg terdapat dari surah di dalam al Quran. Apabila dia memulakan bacaannya pada surah AsSaffa tiba-tiba tubuh Mahawa bergerak. Dia mengeliat-geliat sambil merengek kesakitan.
"Celaka kau Pak Kiyai......" pekik Mahawa.
"Mengapa kau datang ke sini.Kau nak bakar hangus semua tempat aku ye! "
dia mula meronta-ronta. Beberapa orang terpaksa memegangnya.
"Mengapa kau datang ke sini.Kau nak bakar hangus semua tempat aku ye! "
dia mula meronta-ronta. Beberapa orang terpaksa memegangnya.
"Bukan aku yg bakar, tetapi ayat-ayat Allah." sahut Maskom.
"Kalau kau tahan dgn ayat-ayat Allah, tunggulah. Kalau tidak kau mesti pergi dan tinggalkan perempuan ini." katanya.
"Kalau kau tahan dgn ayat-ayat Allah, tunggulah. Kalau tidak kau mesti pergi dan tinggalkan perempuan ini." katanya.
"Tidak......" balas roh ghaib yg sudah meresap di dalam tubuh Mahawa.
"Aku diupah supaya membunuh perempuan ini, kau tahu Pak Kiyai." katanya keras.
"Aku diupah supaya membunuh perempuan ini, kau tahu Pak Kiyai." katanya keras.
Orang-orang yg mendengar kata-kata itu menjadi cemas. Tetapi mereka bersyukur kerana segala rahsia yg menimpa keluarga Mahawa hampir dapat dikesan. Mahawa yg selama tiga hari terlentang tidak bergerak sudah boleh meronta-ronta dan melawan.
"Kalau kau tak mahu pergi akan aku azankan....." Maskom macam memberi amaran.
"Jgn,jgn,jgn." Mahawa menangis teresak-esak.
"Jgn,jgn,jgn." Mahawa menangis teresak-esak.
Maskom tidak peduli. Dia terus azan ke telinga kanan Mahawa. Ketika ini Mahawa berhempas pulas mahu melarikan diri. Tetapi Maskom terus azan berulang kali. Cara Maskom mengubati Mahawa mengherankan orang. Dia tidak menggunakan dapur perasap dan kemenyan, tidak menggunakan alat-alat ubat dan tidak ada apa-apa perkakas. Dia hanya membaca ayat-ayat suci yg di petik dari al Quran.
Alang Sitam pula tak membantah cara perubatan yg dilakukan oleh Maskom.
"Itulah cara yg betul....." ujar Alang Sitam membisikkan pada Johar.
"Yg aku buat selama ini hanya sebagai ikutan saja. Kalau aku tak buat macam itu,nanti orang tidak yakin pula. Sebab selama ini mereka melihat cara orang berubat macam tu....." katanya lagi.
"Yg aku buat selama ini hanya sebagai ikutan saja. Kalau aku tak buat macam itu,nanti orang tidak yakin pula. Sebab selama ini mereka melihat cara orang berubat macam tu....." katanya lagi.
Mahawa yg tidak sedar selama tiga hari, sudah bertukar menjadi garang. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri. Tetapi beberapa orang memegangkannya. Selama tiga hari dia hanya terbujur macam mayat, tetapi selepas diubat oleh Maskom, dia semakin kuat bertindak.
"Kalau kau tak mahu tinggalkan perempuan ini aku serbu tempat kau....." kata Maskom memberi amaran.
Dia terus mengambil wudhuk. Kemudian melakukan sembayang sunat dua rakaat. Selepas itu dia berbaring jauh sedikit dari Mahawa, dan mengingatkan orang-orang yg memegang Mahawa supaya jgn benarkan Mahawa menyentuh dirinya sewaktu dia tidur.
Setelah Maskom kelihatan tidur, keadaan Mahawa semakin garang. Dia meronta-ronta dgn kuat sambil memekik meminta tolong supaya dilepaskan. Tetapi Alang Sitam yg berada di situ mengingatkan mereka supaya jgn tunduk kepada rayuan Mahawa mahu lepas itu.
"Yg merayu tu bukan Mahawa, tapi setan." jelas Alang Sitam.
Ketika ini orang melihat Maskom tertidur(meraga sukma). Tetapi sebenarnya Maskom sudah keluar mencari punca yg menyebabkan Mahawa sakit. Hanya tubuh Maskom saja yg ada di situ, tetapi semangatnya(sukma) sudah terbang mencari musuh adiknya.
Maskom sampai pada sebuah kubur orang mati akibat perlanggaran kereta. Dia melihat seorang pemuda menggali kubur itu waktu tengah malam. Setelah dapat digali, pemuda berkenaan mengambil sekepal tanah dari bawah kepala mayat berkenaan. Dia juga mengoyakkan kain kapan mayat kira-kira satu kaki persegi.
Setelah semuanya diperolehi, pemuda itu mengambus semula kubur tersebut. Dia membawa tanah yg dikepal tadi bersama cebisan kain lapan kepada seorang lelaki tua di sebuah pondok. Lelaki itu di penuhi dgn tangkal azimat di seluruh badannya.
Lelaki berkenaan membentuk tanah yg di ambil dari kepala mayat menjadi seperti patung orang. Dia membungkus tanah tersebut dgn kain kapan. Selepas itu dia mencucukkan jarum dari arah kepala patung itu lalu diasap kemenyankan. Patung yg sudah dikapankan itu dipuja dgn jampi serapah, lalu diletakkan di sebuah busut yg jauh dari tempat orang ramai.
"Hah...ini kerja kamu ye, setan..!" jerkah Maskom.
"Celaka kau Pak Kiyai, buat apa kau datang ke sini." lelaki itu kelihatan marah.
"Celaka kau Pak Kiyai, buat apa kau datang ke sini." lelaki itu kelihatan marah.
Tetapi orang ramai yg ada di rumah Pak Buyong tidak mendengar kata-kata Maskom. Mereka hanya mendengar suara lelaki tua itu saja melalui pekikan dan jeritan Mahawa.
"Tinggalkan perempuan itu....." Maskom menunding ke arah anak patung yg terletak di atas busut.
"Tidak, aku sayang padanya. Aku sayangkan perempuan ini." sahut lelaki berkenaan.
"Tidak, aku sayang padanya. Aku sayangkan perempuan ini." sahut lelaki berkenaan.
"Kau setan, ilmu kau tak akan mengatasi ilmu manusia." Maskom mengancam.
"Pak Kiyai jgn ganggu aku....!" lelaki tua itu semakin marah.
"Aku tak ganggu kau, kalau kau tinggalkan perempuan ini." jelas Maskom.
"Mana boleh, aku diupah supaya jaga perempuan ini." dia cuba berdalih.
"Pak Kiyai jgn ganggu aku....!" lelaki tua itu semakin marah.
"Aku tak ganggu kau, kalau kau tinggalkan perempuan ini." jelas Maskom.
"Mana boleh, aku diupah supaya jaga perempuan ini." dia cuba berdalih.
"Ah,setan memang selalu mungkir janji. Apa salahnya kau tinggalkan. Pedulikan dgn upah itu. Kalau tidak aku akan bakar kau dgn cemeti Jibril petir kalimat Allah." tegas Maskom lagi.
"Tolong Pak Kiyai jgn bakar aku. Tak tahan panasnya." lelaki itu merayu.
"Ingat setan....! Roh manusia boleh membesar dgn tidak ada batasan, sedangkan roh kamu membesar ada batasnya. Allah memberi manusia ilmu yg tinggi dari setan. Ingat:
"Ingat setan....! Roh manusia boleh membesar dgn tidak ada batasan, sedangkan roh kamu membesar ada batasnya. Allah memberi manusia ilmu yg tinggi dari setan. Ingat:
"Innahu Min Sulaiman Wa Innahu Bismillahi Rahmannir Rahiim..."
Suara Maskom bergema hingga bergegar sekeliling pondok orang tua itu.
"Cukup Pak Kiyai, cukup.....tak tahan aku." lolongan lelaki tua itu bergetar.
Lolongan itu terjelma dalam tubuh Mahawa yg meronta-ronta kesakitan di rumah Pak Buyong.
"Sekarang pergi meninggalkan perempuan ini, atau aku akan hancurkan kamu..!" Maskom semakin mengancam.
"Allah sayang pada perempuan ini Pak Kiyai. Aku disuruh jaga perempuan ini sampai mati." sahutnya merintih-rintih.
"Allah sayang pada perempuan ini Pak Kiyai. Aku disuruh jaga perempuan ini sampai mati." sahutnya merintih-rintih.
"Allah yg menentukan hidup mati perempuan ini, bukan kau.
"Innama Amruhu Izza Arradan Syaian Ann Yakulalahhu Kun Faya Kun....."
Bentak Maskom.
Bentak Maskom.
Suaranya terus bergema mengancam pondok lelaki berkenaan. Tubuh Maskom menjadi besar berlipat ganda, yg tidak boleh dikalahkan oleh setan dan Iblis lagi. Lelaki berkenaan menjerit kesakitan. Dia menerpa ke arah pemuda yg meminta pertolongan darinya. Dia cuba berlindung di sebalik pemuda itu. Tetapi dentuman petir terus menyilaukan kilat menghambatnya setiap kali Maskom membaca ayat-ayat Quran.
"Tolong Pak Kiyai,tolong Pak Kiyai....." jerit lelaki tua itu merayu dan merintih.
Jeritan itu menjelma dalam tubuh Mahawa, sampai dapat didengar oleh semua orang yg ada menunggu Mahawa di rumah Pak Buyong. Maskom terus membacakan ayat-ayat Quran. Dia tidak mahu lagi berunding dgn lelaki berkenaan. Dia nampak lelaki itu lari sambil menarik pemuda yg menggali kubur sebelumnya. Mereka berdua sama-sama lari semula ke arah kubur. Petir terus menyilaukan kilat menyinggahi mereka berdua. Lelaki tua tenggelam ke dalam kubur, manakala pemuda yg bersama dgnnya menggelupur tidak dapat bergerak lagi.
Laungan Mahawa juga menjadi lemah. Tidak lama kemudian dia membuka mata, lalu meminta air untuk minum. Ketika ini Maskom juga bangun dari tidurnya. Dia beristighfar beberapa kali. Kemudian bangun terus menunaikan sembayang sunat taubat. Dia tidak menghiraukan Mahawa yg sudah pulih semula itu. Setelah selesai menunaikan sembayang, barulah Maskom bertanya khabar kepada Mahawa.
Mahawa yg masih dalam kebingungan itu tidak dapat menerangkan apa-apa. Cuma dia memberitahu dia hanya tidur di atas satu busut dgn di kawal oleh seorang lelaki tua. Kemudian dia nampak seorang lelaki bertubuh besar dgn jubah putih mengambilnya.
"Kalau boleh, sekarang ni kita ke tanah perkuburan. Tenguk apa ada di sana." ujar Maskom.
Beberapa orang lelaki diketuai oleh Johar terus ke tanah perkuburan Pak Mahat, orang tua yg mati akibat dilanggar kereta. Ketika mereka semua sampai di sana,mereka menemui seorang lelaki terbaring di atas kubur. Tubuhnya lebam-lebam terbakar seperti disambar petir. Mereka mengenali meyat itu ialah Kahar.
Orang-orang kampung membawa mayat Kahar Balik. Mereka terpaksa menerima hakikat sebenarnya mengenai kejadian itu. Maskom kembali semula di kampungnya untuk menetap. Dia mendirikan pondok dijadikan surau untuk mengajar agama. Orang-orang kampung mula memanggilnya Pak Kiyai.
Dari cerita orang-orang kampung, sebenarnya Kiyai Maskom selalu balik ke kampung sebelum itu, melalui cara tidurnya(meraga sukma). Sebab itulah dia tahu apa yg telah berlaku dan bencana menimpa adaknya. Sebab itulah dia muncul apabila tenaganya diperlukan.
Inilah yg di ceritakan oleh anak Johar,Harun tentang pakciknya arwah Kiyai Maskom, ketika aku menziah ke surau Pak Kiyai Maskom.
TERIMA KASIH..........
OLEH:
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment