..............." BERKELAHI DENGAN MAYAT "...............
Assalam sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur ke hadirat Allah swt. Selawat senantiasa di hatur ke atas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap Ridho Allah dan dgn kerendahan hati yg paling dalam. Izinkan aku yg miskin ilmu lagi doif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk di kongsi bersama para sahabat2 semua. Insya Allah....
Dari surau Kiyai Maskom, aku bercadang mahu melawat Aki Jusuh di Terengganu. Dah lama benar aku rasa tak melawat orang tua ni. Aki Jusuh ini banyak ilmu di dada, banyak juga pengalaman dia. Sampai di Kampung Pasir Panjang, aku tak terus ke rumahnya, tetapi menuju ke rumah keluarga angkat aku dahulu. Esok pagi nya aku ke rumah Tok Karim, tetapi orang tua itu tiada di rumah. Aku langsung ke rumah Aki Jusuh.
Mari sahabat2 semua, kali ini aku bawa sahabat2 semua ke Kuala Terengganu, Kampung Pasir Panjang. Kita dengar Aki Jusuh bercerita tentang pengalaman nya bertarung dgn mayat di tengah hutan. Macam mana kah ceritanya, nah...mari ikut aku....
Aki Jusuh sudah berjanji dgn Mat Noh dan Tapa Cengkot pagi2 subuh akan masuk ke hutan cari manau. Kalau lambat pergi bimbang pula akan balik lewat. Tempat yg mereka hendak tuju jauh ke tengah hutan, bukannya di kawasan yg berhampiran dgn kampung.
Mat Noh dan Tapa Cengkot juga bersetuju pergi cepat sedikit. Pagi2 subuh mereka mesti bertolak. Aki Jusuh sudah mengingatkan isterinya Nenek Ipah supaya bangun awal siapkan bekalan makanan.
Ketika pagi masih samar2, selepas saja sembayang subuh mereka bertiga pun bertemu di kepala simpang. Mereka terus menuju ke kawasan hutan dgn penuh harapan akan dapat menemui banyak pokok manau. Kawasan hutan yg berdekatan sudah tidak ada lagi manau atau rotan. Sebab itu mereka terpaksa masuk jauh sedikit ke dalam hutan.
Diantara mereka bertiga itu, Aki Jusuh lah yg lebih memahami selok belok jalan di dalam hutan tersebut. Dia memang selalu masuk ke hutan berburu bersama pemburu2 Cina. Kadangkala Tuan DO orang putih juga suka mengajak dia berburu di hutan.
Ketika itu ialah zaman pemeruntahan orang putih sebelum merdeka lagi. Ketika itu hutan masih belum diganggu oleh suasana pembangunan lagi. Binatang2 hutan juga masih belum diganggu. Kadangkala baru saja masuk ke hutan sudah bertemu dgn pelanduk.
Tidak seperti selepas Negara mencapai kemerdekaan. Untuk memerangkap landak pun susah. Binatang2 ini boleh dikatakan pupus akibat kebun2 yg baru diteroka telah ditaburi racun. Malah apabila pekebun2 menyembur racun hijau, seminggu kemudian akan ditemuilah bangkai2 landak, pelanduk dan lain2 terbongkang. Boleh dikatakan masa itu, Aki Jusuh itulah yg dikira pemburu terkenal di kampung itu. Sebab itu kalau ke hutan orang lebih suka mengajaknya bersama.
Lebih kurang jam 10 pagi, mereka bertiga sampai di tengah hutan yg jauh dari pinggir kampung. Aki Jusuh berjalan di hadapan sekali. Mereka bercadang untuk berpecah apabila sampai ke satu anak air. Tetapi anak air yg dicari tidak ditemui lagi.
Aki Jusuh juga merasa heran kerana dia tidak dapat memberi pedoman di dalam hutan tersebut. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mencari manau secara berkongsi saja. Caranya ialah mereka tidak berpecah untuk mencari manau berkenaan. Sebaliknya mereka sama2 mencari, kemudian dibahagi tiga saja...
"Kalau kita berpecah, takut tak berjumpa lagi....." Aki Jusuh mengingatkan.
"Betul juga kata Abang Jusuh tu." sahut Mat Noh.
"Kalau Abang Jusuh sendiri dah tak dapat pedoman jalan, apa lagilah kami berdua. Sesat barat pula kita tengah hutan ni." dia menyatakan rasa bimbangnya.
"Kalau begitu elok kita jgn berpecah." Tapa Cengkot pula menyampuk.
"Betul juga kata Abang Jusuh tu." sahut Mat Noh.
"Kalau Abang Jusuh sendiri dah tak dapat pedoman jalan, apa lagilah kami berdua. Sesat barat pula kita tengah hutan ni." dia menyatakan rasa bimbangnya.
"Kalau begitu elok kita jgn berpecah." Tapa Cengkot pula menyampuk.
Sebenarnya Mat Noh dan Tapa Cengkot memang takut tersesat jalan. Kalau Aki Jusuh ada bersama mereka tidaklah bimbang sangat sekalipun tersesat. Dgn adanya Aki Jusuh, semangat mereka keras sedikit.
Aki Jusuh bukan saja terkenal sebagai seorang pemburu yg sering masuk ke hutan, tetapi juga seorang pendekar. Pernah juga diceritakan tentang Aki Jusuh terserempak seekor ular alai(ular tedung selar),semasa dia hendak pergi menebas.
Disebabkan terlalu marah kerana terkejut, Aki Jusuh lalu bertempik.
"Celaka kau alai, kalau nak cari geruh tunggu aku balik dari menebas !".
Nenek Ipah yg ada bersama mengingatkan fasal terlepas cakap tu.
"Tak patut awak cakap dgn alai macam tu. Alai kuat pegang janji." jelas Nenek Ipah.
Kata2 Nenek Ipah itu tidak disahut oleh Aki Jusuh. Hatinya masih marah akibat terkejut apabila terserempak ular alai melintas. Semasa dia balik dari menebas kira2 12:00 tengah hari, Nenek Ipah nampak ular sudah menunggu di tengah jalan tempat mereka terserempak pada sebelah paginya. Kepala ular menjulur tegak setinggi orang berdiri. Kulitnya bertambah merah disinari cahaya matahari. Kata orang ular alai biasanya akan mematuk pada bahagian ubun2 saja. Jarang orang terselamat kalau sudah dipatuk ular alai ini.
"Hah, alai tu nampaknya tak mungkir janji....." bisik Nenek Ipah ketakutan. Dia nampak kepala ular itu melenggok2 macam sulur keladi ditiup angin.
Aki Jusuh mengeluh pendek. Tetapi dia sudah nekad untuk menghadapi ular berkenaan. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga berhadapan dgn ular tersebut.
"Ohhh, kau nak cari geruh juga ye. Kalau begitu kau lepaskan dulu bini aku balik....." Aki Jusuh bercekak pinggang sambil meraba2 ulu parangnya.
Macam memahami cakap Aki Jusuh, ular alai itu menjalar jauh dari tengah jalan. Nenek Ipah pun cepat2 melintas untuk balik ke rumah. Dalam hatinya sudah terniat untuk memanggil orang kampung minta pertolongan. Ular itu tidaklah besar sangat. Hanya sebesar lengan saja besar lilitannya. Tetapi apabila dia mengembangkan leher kelihatan terlalu garang dan menggerunkan.
Setelah Nenek Ipah melintas tiba2 ular itu berada semula di tengah jalan. Kepalanya menjulur tegak setinggi Aki Jusuh. Nenek Ipah tidak mahu melihat ke arah belakang lagi. Dia terus berlari balik ke kampung meminta pertolongan.
"Kalau kau dah berniat buruk, aku pun berniat buruk juga !" jerkah Aki Jusuh menghunus parang. Dia menunggu saja ular itu menerkam ke arahnya.
Semacam mengerti segalanya, ular itu terus menerkam sebaik saja Nenek Ipah pergi jauh. Aki Jusuh pula mengelak sambil mencari peluang untuk menetak kepala ular berkenaan. Lazimnya parang orang pergi menebas memang tajam berkilat. Kalau memangkas buloh kering, sekali tetak pun boleh putus.
Sebab itu dia berligar2 mencari peluang untuk menetak kearah kepala ular itu. Sekali sekala dia menyerbu juga sambil menghayunkan mata parangnya. Tetapi setiap kali dia menyerbu, terasa mata parangnya singgah pada kepala ular. Setiap kali pula ular berkenaan bangun semula mengangkat kepala.
Hampir setengah jam dia berligar2 mahu memerangkap ular alai yg ganas itu, orang2 kampung sudah datang berkumpul di situ. Masing2 membawa buloh panjang, parang dan lembing untuk membantu. Sebaik saja diberitahu oleh Nenek Ipah, mereka cepat2 ke situ.
Semasa orang2 kampung sampai, Aki Jusuh masih berligar2 juga. Sekali sekala ular alai menyerbu. Setiap kali ular berkenaan menyerbu, setiap kali juga Aki Jusuh berjaya mengelak. Kemudian orang2 kampung nampak Aki Jusuh memangkas hingga putus kepala ular. Tetapi secepat kilat pula ular itu bangun semula menegakkan kepala.
"Huh..ini ular dah masuk kesampukan....." bisik salah seorang dari mereka.
"Kalau kita pukul dgn buloh pun tak memberi kesan." yg lain pula mengingatkan.
"Kalau kita pukul dgn buloh pun tak memberi kesan." yg lain pula mengingatkan.
Dalam pada itu mereka mendengar Aki Jusuh melaung kearah mereka.
"Jgn gangu nanti awak semua dapat geruh. Biar aku saja....." dia mengingatkan berulang kali.
Orang2 kampung tidak jadi mahu membantu Aki Jusuh. Mereka hanya memerhatikan sahaja Aki Jusuh tercungap2 mengelak dari serbuan ular alai berkenaan. Peluh kelihatan memercik di segenap tubuh Aki Jusuh. Namun dia terus juga berligar2 menentang lawannya.
Kira2 masuk waktu zohor, Aki Jusuh tetap dapat mengelakkan diri dari serbuan ular alai itu. Bajunya memercik darah akibat tetakan2 yg tepat ke kepala ular. Anehnya, ular itu tidak juga tersungkur sekali pun kelihatan pada orang ramai kepalanya terpelanting ke tanah akibat dipangkas Aki Jusuh.
Setelah puas memangkas dan menetak akhirnya Aki Jusuh kelihatan bertambah letih.
"Kalau macam ini menanglah awak pendekar. Mengaku kalah kami." teriak Aki Jusuh menjatuhkan parangnya ke tanah.
Ketika ini orang ramai melihat ular alai itu macam mengangguk2 kepala. Kemudian dia menyusupkan kepalanya ke celah belukar, lalu hilang dari pandangan. Kononnya, apa yg dialami oleh Aki Jusuh itu adalah satu pengajaran kepada dirinya terlalu takbur. Sepatutnya dia tidak boleh mencabar ular berkenaan. Apabila dia sudah mencabar ertinya dia sudah menunjukkan sikap takbur. Sejak itu Aki Jusuh tidak lagi bersikap takbur dgn kebolehannya.
Tengah hari mereka bertiga berhenti makan di satu alir air di lereng bukit. Banyak juga mereka mendapat manau pada hari itu. Kalau dibahagi tiga, masing2 mendapat kira2 20 kabung seorang. (satu kabung manau panjangnya kira2 15 kaki mengikut ukuran lama). Kalau satu kabung $1.50 bererti mereka sudah memperolehi $30.00. Jumlah wang $30.00 waktu itu memang jumlah yg lumayan.
Tetapi bagaimanakah mahu mengangkat 20 kabung manau itu mengikut jalan darat di tengah hutan. Untuk memudahkan mereka membawa balik, mestilah mencari sungai. Mereka boleh menghanyutkan kabung manu itu melalui sungai saja. Cara ini lebih mudah untuk membawanya balik.
"Lepas makan kita heretlah ikut anak air ini cari alur sungai." kata Aki Jusuh.
"Sempatkah kita balik agaknya....?" soal Tapa Cengkot.
"Lambat balik pun tak apa, kalau sampai di rumah pukul sepuluh malam pun apa salahnya. Kita dah banyak dapat manau." jelas Aki Jusuh.
"Sempatkah kita balik agaknya....?" soal Tapa Cengkot.
"Lambat balik pun tak apa, kalau sampai di rumah pukul sepuluh malam pun apa salahnya. Kita dah banyak dapat manau." jelas Aki Jusuh.
"Kita seruhkan perut dulu." sahut Mat Noh sambil sendawa.
"Dah seruh perut, bolehlah kita ikat kabung ni. Sepuluh sebelah, senanglah kita mengheretnya....." katanya macam memberi cadangan.
"Dah seruh perut, bolehlah kita ikat kabung ni. Sepuluh sebelah, senanglah kita mengheretnya....." katanya macam memberi cadangan.
Selepas makan mereka bertiga berrihat sementara menunggu perut seruh. Aki Jusuh bersandar pada banir yg besar. Sementara Mat Noh berbaring di atas daun2 kering dgn kepala beralaskan kabung2 manau. Dalam masa mereka berihat2 itu Tapa Cengkot merasa sakit perut. Cepat2 dia berlari ke balik batu anak air. Boleh jadi dia sakit perut hendak membuang air besar.
Lama dia menghilangkan diri di balik batu, tiba2 dia memekik meminta tolong. Aki Jusuh bersama Mat Noh cepat2 meluru kearah Tapa Cengkot untuk memberi pertolongan. Sampai saja di sisi Tapa Cengkot, mereka dapati Tapa Cengkot menekan perut.
"Perut aku sangat sakit, bukan nak buang air besar...." rengeknya menahan kesakitan.
"Kalau begitu kita papah naik ke atas sana." perintah Aki Jusuh memandang Mat Noh.
"Kita cuba2 jampi serapahkan, kalau2 dia kesampukan pula." tambahnya lalu memapah Tapa Cengkot.
"Kalau begitu kita papah naik ke atas sana." perintah Aki Jusuh memandang Mat Noh.
"Kita cuba2 jampi serapahkan, kalau2 dia kesampukan pula." tambahnya lalu memapah Tapa Cengkot.
Mat Noh mengangguk2. Dia membantu Aki Jusuh memapah Tapa Cengkot naik ke tebing anak air. Kesakitan Tapa Cengkot bertambah tenat. Dia mengelupur sambil menekan2 perut menahan kesakitan.
"Sakitnya perut aku Abang Jusuh." rintih Tapa Cengkot terketar2. Peluh banyak mengalir di dahinya.
"Bawa mengucap Tapa." bisik Aki Jusuh mententeramkan perasaan Tapa Cengkot.
"Bawa mengucap Tapa." bisik Aki Jusuh mententeramkan perasaan Tapa Cengkot.
Tetapi kesakitan itu terus mengancam Tapa Cengkot. Dia terketar2 menahan kesakitan tersebut. Mukanya juga sudah menjadi biru lebam akibat sakit yg datang secara mendadak.
"Mengapa Tapa....." ulangi Aki Jusuh mengusap2 dada Tapa Cengkot.
Tetapi suara Tapa Cengkot semakin lemah. Nafasnya juga bertukar menjadi lambat. Dia tidak lagi terketar2 menahan kesakitan, tetapi seolah2 tercungap2 di tengah air berarus deras.
"Mengucap Tapa, Ingatkan Allah. Ingatkan Allah, Tapa......" kata Aki Jusuh kuat sedikit.
Dia melihat mata Tapa Cengkot semakin layu. Nafasnya semakin perlahan. Tapa Cengkot tidak lagi merintih kesakitan menahan rasa tersiksa yg menganggu dalam usus peritnya.
"Agaknya dia kena cika....." Aki Jusuh berpaling kepada Mat Noh.
Mat Noh mengeluh pendek. Dia tidak tahu apa yg harus dilakukan. Di tengah hutan jauh dari orang ramai itu, terlalu sukar untuk mendapat pertolongan. Untuk menandu Tapa Cengkot balik bukannya mudah kerana tenaga dua orang manusia tidak mampu untuk mengusung Tapa Cengkut melalui jalan hutan yg penuh dgn belukar.
"Tapa......" Mat Noh mengusap2 bahu Tapa Cengkot.
Suara Tapa Cengkot sudah tidak kedengaran lagi. Nafasnya juga sudah berhenti. Mat Noh melihat Aki Jusuh menadah tangan dgn linangan air mata tergenang di pelupuk mata.
"Sudahlah Mat Noh. Sampai di sini saja nampaknya dia bersama kita." keluh Aki Jusuh menahan sebak di dada.
Mat Noh tertunduk menahan keharuan yg menusuk.
"Innalillahhi Wa Inna Lillahhi Rojiunn....." keluhnya terketar2.
Petang sudah mula beransur tua. Mereka tidak dapat mahu mengusung jenazah Tapa Cengkot untuk dibawa balik ke kampung. Jalan yg jauh melalui lereng bukit berbatu, menempuh paya, dirintangi belukar anak2 kayu, tentunya menjadi kesukaran untuk membawa mayat itu keluar.
"Beginilah Mat Noh, kau balik ke kampung meminta bantuan." ujar Aki Jusuh tenang.
"Biarkan aku menunggu jenazah Tapa di sini......" katanya.
"Biarkan aku menunggu jenazah Tapa di sini......" katanya.
Mat Noh bersetuju balik ke kampung memberitahu kejadian yg menimpa mereka di hutan. Sebelum dia balik Mat Noh membantu Aki Jusuh mengikat jenazah Tapa Cengkot terlebih dahulu. Jenazah itu di ikat dgn rotan sega pada bahagian kaki dan tangannya.
Mengikut kepercayaan Aki Jusuh, kalau jenazah tinggal di tengah hutan mudah di ganggu oleh puaka hutan. Sebab itu mesti diikat terlebih dulu dgn rotan sega. Mat Noh tidak hiraukan sangat bagaimanakah puaka hutan itu akan menganggu.
Dia sendiri ketakutan untuk balik seorang diri ke kampung. Bukan takutkan puaka hutan saja, malah dia lebih bimbangkan kalau terserempak binatang2 buas. Apalagi perjalanan yg jauh itu, tentu memakan masa untuk sampai ke tengah kampung. Sekurang2nya jam 12 tengah malam belum tentu lagi sama ada dia boleh sampai atau tidak di tengah kampung.
Sementara untuk menunggu jenazah Tapa Cengkot, lagi menakutkan dia. Selisih malaikat empat puluh empat, dia tidak berani menunggu jenazah berseorangan di tengah hutan sedemikian. Sudah tentu dia akan menunggu di situ semalaman.
"Kau bagi tahu semua orang, Mat Noh, Tok Ketua juga beritahu, biar dia lapor kepada OCPD....." Aki Jusuh mengingatkan dia sebelum Mat Noh melangkah pergi.
Mat Noh mengangguk kepala. Hatinya berdebar2 juga mahu meninggalkan tempat tersebut berseorangan. Dia berharap biarlah cepat sampai ke pinggir kampung. Kalau sudah malam tidak juga dapat jalan keluar, keadaan akan bertanbah gelap. Dia tidak ada membawa lampu suluh untuk menyuluh jalan. Setelah Mat Noh pergi, Aki Jusuh pun mengerat manau sepanjang satu hasta setengah sebanyak empat kerat. Dia menjampi serapah, lalu meniupkan pada batang manau sepanjang satu hasta setengah itu. Kemudian dia berbaring pada banir pokok besar itu sambil membaca ayat2 Quran yg diingatnya.
Batang manau tidak sama dgn kayu2 keras yg lain. Ianya liat dan tidak boleh patah. Sebab itulah Aki Jusuh menyediakan batang manau itu sebagai senjata mempertahankan diri, sekiranya berlaku apa2 ancaman terhadap dirinya. Sehingga tengah malam Aki Jusuh menunggu jenazah Tapa Cengkot, namun Mat Noh yg meminta bantuan dari orang2 kampung masih juga tiada kunjung tiba. Bimbang juga dia kalau Mat Noh tersesat.
Unggun api yg dipasang sejak senja masih menyala berhampiran jenazah. Setelah keadaan malam bertambah sepi, yg kedengaran hanya kuang sahut bersahut sekali sekala, tiba2 ribut mula bertiup kencang. Pokok2 kayu meliuk2 dipuput ribut yg menggila. Tidak ada tanda2 hujan akan turun. Aki Jusuh sudah merasakan sesuatu apabila ribut bertiup kencang itu. Dia tidak berhenti membaca ayat2 suci al Quran. Sekali sekala dia azan berulang kali di tengah ribut kencang yg menderu2.
Apabila ribut berhenti, Aki Jusuh melihat kearah jenazah Tapa Cengkot. Dia pun mula duduk menyilang kaki ke atas lutut sebagai seorang pendekar. Dgn tidak membuang masa Aki Jusuh pun mula membaca serapah ilmu kependekarannya. Dia merasa dirinya dipenuhi dgn zikir Allah di segenap badan. Dirinya berada di dalam kalimah Allah semata2. Tidak ada satu apa pun yg harus ditakutinya lagi.
Mayat Tapa Cengkot tiba2 melompat. Rotan sega sebesar kelingking yg melilit tubuhnya habis putus2 direntap. Mata mayat juga kelihatan berapi mengerunkan. Aki Jusuh bangun membuka buah langkah silat. Dua batang manau sepanjang satu hasta setengah di pegang di kiri kanan tangannya.
"Tinggalkan Tapa disini, dia dah mati. Jgn kau ganggu dia." seru Aki Jusuh berligar2. Langkah pendekarnya semakin kukuh menghadapi musuh.
"Tinggalkan Tapa, jgn kau ganggu mayat orang Islam.....!" kata Aki Jusuh semakin keras.
Jenazah Tapa Cengkot terus menerkam ke arahnya. Setiap kali dia menerkam, Aki Jusuh mengelak sambil melibaskan batang manau ke kepala mayat itu. Mayat itu tersungkur ke tanah, kemudian bangun semula menerkam ke arah Aki Jusuh.
"Aku kata pergi kau puaka, tinggalkan mayat Tapa di sini. Aku tak benarkan kau bawa mayat tu dari sini...!" seru Aki Jusuh berligar2.
Mayat Tapa Cengkot terus menerkam tidak berhenti. Setiap kali dia tersungkur dibelatan Aki Jusuh, dia bangun semula menyerbu.(macam Zombie). Belatan manau yg disediakan oleh Aki Jusuh juga sudah hancur macam tebu kena mamah. Bayangkan batang manau yg liat itu hancur dibelatankan ke kepala mayat berkenaan..!.
Aki Jusuh semakin letih mengelak dari serbuan mayat Tapa Cengkot. Dia merasa dirinya semakin lemah. Namun dia tetap kuatkan semangat untuk menentang musuh. Dia akan terus melawan tidak merelakan jenazah Tapa Cengkot dibawa pergi dari situ.
Aki Jusuh semakin letih mengelak dari serbuan mayat Tapa Cengkot. Dia merasa dirinya semakin lemah. Namun dia tetap kuatkan semangat untuk menentang musuh. Dia akan terus melawan tidak merelakan jenazah Tapa Cengkot dibawa pergi dari situ.
Hampir subuh Aki Jusuh terus bertarung menentang puaka hutan yg sudah merasuk ke dalam mayat Tapa Cengkot. Mat Noh yg balik meminta bantuan dari orang2 kampung masih belum datang juga. Akhirnya Aki Jusuh tersandar kepada pangkal pokok besar tempat dia bersandar dibanirnya siang tadi.
Mayat Tapa Cengkot menyerbu kuat ke arahnya. Mujur sempat juga Aki Jusuh mengelak sampai kakinya tersepak pada banir. Tulang ketingnya berdarah kerana melecet tersendal pada banir pokok. Apabila dia bangun semula didapatinya mayat Tapa Cengkot tidak bergerak lagi. Mayat itu melekap di perdu pokok berkenaan.
"Syukur ya Allah, kau telah melingdungkan aku dan mayat tak berdosa ini....." keluh Aki Jusuh mengurut2 dada.
Kawasan tempat dia bertarung dgn mayat itu kelihatan lapang macam dirempuh oleh sekawan gajah. Paginya barulah orang2 kampung dan dua orang polis sampai ke situ. Mayat Tapa Cengkot tidak dapat diambil kerana melekap kepada pangkal pokok kayu itu. Semua jarinya terperosok ke dalam kayu bagaikan paku diketuk dgn tukul.
Orang2 yg menyaksikan peristiwa itu semuanya mengelengkan kepala. Untuk melepaskan cengkaman tangan Tapa Cengkot yg terbenam dalam pokok kayu itu, Tok Imam telah menjiruskan air Yassin. Barulah mayat itu dapat dilepaskan dari pokok berkenaan. Disebabkan terdapat tanda2 Aki Jusuh memukul Tapa Cengkot dgn belatan manau dia telah dibawa ke balai polis atas tuduhan memukul Tapa Cengkot sampai mati. Walau pun Mat Noh telah menerangkan keadaan sebenarnya, namun pihak polis belum juga puas hati.
Bagaimana pun setelah menemui Tuan OCPD berbangsa Inggeris di balai polis pegawai berkenaan puas hati dgn keterangan yg diberikan oleh Mat Noh dan orang2 kampung. Adalah mustahil seorang manusia biasa boleh mencengkam pokok kayu sehingga sejengkal jarinya masuk terbenam ke dalam pokok tersebut.
Anehnya, pegawai polis berbangsa Inggeris mempercayai cerita tersebut dari anggota2 polis berbangsa Melayu. Berikutnya, Aki Jusuh pun dibebaskan dari tuduhan membunuh Tapa Cengkot.....
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini.Yg negetif jgn diambil. Kekuatan yg tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt,Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat2 semua,aku. TOK PENJEJAK BADAI,dgn merendahkan diri memohon maaf...
TERIMA KASIH......
OLEH:
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment