Trending

Saturday, 18 August 2018

TANDA KHATAM NUBUWWAH PADA TUBUH NABI SAW



TANDA KHATAM NUBUWWAH PADA TUBUH NABI SAW.
Assalamualaikum wr wb...Sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Dari dunia nyata mahupun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt yang telah memberikan nikmat serta hidayahnya kepada kita. Sholawat serta salam tidak lupa kita panjatkan pada junjungan Nabi agung Muhammad saw yang telah kita tunggu-tunggu syafaatnya di Yaumul Akhir nanti. Insyaallah...
Kita biasa dengar atau ada terbaca tentang tanda kenabian yang ada di tubuh Nabi Muhammad saw. Tanda kerasulan( khatam nubuwwah ) Nabi Muhammad saw dan menjadi penutup/terakhir segala nabi dan rasul. Tanda Khatam al-Nubuwwah adalah ketulan daging berwarna merah, letaknya di bahu baginda Rasulullah di sebelah kiri, ia membesar dan mengecil, ketika kecil ukurannya sebesar telur merpati, ketika besar ukurannya sebesar genggam tangan.
Khatam al-Nubuwwah memang ada disebut dalam hadis-hadis sahih yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ia merupakan seketul daging yang tumbuh di antara dua bahu Nabi s.a.w. Ukurannya sebesar telur merpati, atau seperti butang kain penutup kubah atau bumbung, di atasnya tumbuh beberapa helai rambut hitam, ia kelihatan seperti tahi lalat.
Riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan, pada badan baginda Rasulullah s.a.w terdapat seketul daging sebesar telur burung merpati, di atasnya tumbuh beberapa helai rambut hitam. Ketulan ini pernah dilihat pada masa kecilnya oleh seorang paderi Kristian, tatkala baginda keluar ke Sham untuk berniaga bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib. Melihat ketulan itu, paderi Buhaira menasihati Abu Talib agar segera membawa pulang anak saudaranya itu kerana keselamatannya dibimbangi akan diganggu oleh orang yang mengetahui rahsia ketulan/tanda/cop itu.
Paderi itu menasihati demikian kerana ia pernah membaca di dalam kitab-kitab suci agamanya bahawa suatu hari nanti akan lahir seorang Nabi daripada bangsa Arab, pada belakangnya ada tanda kenabian iaitu ketul daging seperti yang dilihatnya pada belakang Nabi s.a.w yang masih kecil waktu itu.
Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan :
Saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.
" Anak saudaraku ini sakit.."
Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu aku minum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya, aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)
Dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut :
" Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara."
(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)
Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut :
" Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.
Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah :
" Bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad)."
(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)
Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata :
" Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata :
" Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi."
(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)
Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut :
Abu Zaid berkata ; Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku : " Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku."
Maka belakang tubuhnya ku usap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid ; " Apakah khatam itu...?"
Abu Zaid menjawab : " Kumpulan bulu-bulu."
(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)
Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut :
Salman al-Farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Wahai Salman..! Apa ini..?"
Salman menjawab : " Ini sedekah buat anda dan sahabat anda."
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah."
Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Apakah ini wahai Salman..?"
Salman menjawab : " Ini adalah hadiah buat tuan."
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya : " Hidangkanlah..!"
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak(hamba) seorang Yahudi, maka oleh Rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurma itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a.
Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yang mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Kenapa pohon yang satu ini..?"
Umar r.a. menjawab : " Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya."
Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menanamnya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.
(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya :
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab :
" Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul."
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)
‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w. :
Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang ku inginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah oleh ku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ku katakan :
" Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan..!"
Beliau pun menjawab : " Bagimu juga."
Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya :
" Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu...?"
Ia menjawab : " Ya, dan juga untuk kalian...!"
Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud :
" Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan." ( Muhammad : 19)
(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)
Beberapa riwayat lain menyatakan sifat khatam ini, antaranya ada yang daif dan ada yang palsu. Misalnya riwayat al-Hakim al-Tirmizi yang menyebutkan ia berbentuk tulisan dalam badan Nabi s.a.w yang membawa makna :
Allah Maha Esa, tiada sekutu baginya. Hadapkan muka kamu ke mana pun, kamu pasti diberi pertolongan.
MAKNA YANG TERTULIS DI KHATAM NUBUWWAH.
BAGIAN TENGAH :
Allahu Wahdahu Laa Syarikalah.
Muhammad ‘Abduhu Wa Rasuluh.
ertinya :
Allah SWT Yang Maha ESA Tiada Sekutu Bagi-Nya.
Nabi Muhammad SAW Hamba dan Utusan-Nya.
BARIS KANAN :
Tawajjahu Khaitsu Syi’ta.
ertinya :
Kamu Hadap Ke Arah Manapun.
BARIS KIRI :
Fainnaka Manshurin.
ertinya :
Maka Sesungguhnya Kamu Akan Di Bantu.
Dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal
Khatamun-Nabi sebagai berikut :
Gambar di bagian foto-foto dibawah adalah contoh gambar Khatam Nubuwwah seperti yang terdapat pada belikat (diantara kedua bahu) Rasulullah SAW.
Hadits dari riwayat At-Tirmidzhi :
" Barang siapa yang berwudhu dan melihat kepadanya(gambar khatam nubuwwah) akan mendapat keberkatan." seperti berikut :
KHASIATNYA :
1.) Pada waktu Subuh, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Maghrib.
2.) Pada waktu Maghrib, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Subuh.
3.) Pada awal bulan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir bulan.
4.) Pada awal tahun, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir tahun.
5.) Pada awal perjalanan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir perjalanan.
6.) Jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan dituliskan sebagai mati dalam beriman.
7.) Siapa yang melihat kepadanya dengan penuh rasa kasih dan Iman, dalam usianya sekali sahaja, Allah s.w.t. akan memelihara ia dari semua perkara yang ia benci (mungkar) sehingga ia meninggal dunia.
Sholawat dan Salam kepada Nabi Muhammad serta keluarganya dan para sahabatnya.
Jazakumullah Khairan…
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan....
WIRID DAN JURUS KHTAMUN NUBUWWAH.
Diantara dua bahu Nabi SAW ada cop/tanda kenabian. (Khatamun Nubuwwah)
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bab Israk dan Mikraj, m/s 4) diceritakan.
" Ketika nabi sedang berada di Hijir Ismail (Baitullah), datang Malaikat Jibril dan Mikail, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali. Dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah."
Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51 dan 52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang kemerahan (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab Al Mawahidunyah syarah ‘Ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu :
" Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu Bagi-Nya. Muhammad, Hamba-Nya, Rasul-Nya."
Dan di luar segitiga itu pada arah kanan :
" Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mahu (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mahu).
Dan di sebelah kirinya pula :
" Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu."
Disokong dengan Hadith..
Berkata Hadrat Imam Tarmizi ra, barangsiapa berwudhu’ lalu melihat ia(gambar khatam) diwaktu Subuh, nescaya akan dipelihara akan dia Allah Ta'ala sampai petang. Sesiapa melihat ia di waktu Maghrib, nescaya memelihara dia akan Allah Ta'ala sehingga waktu Subuh,dan barangsiapa melihat ia ketika awal bulan(nampak anak bulan), nescaya memelihara akan dia oleh Allah Ta'ala sampai akhir bulan, dan barang siapa melihat ia akan awal tahun(nampak anak bulan), nescaya memelihara akan dia oleh Allah Ta'ala sampai akhir tahun dari bala dan bencana, dan barangsiapa melihat ia ketika bermusafir, nescaya jadilah safar itu diberkati Allah Ta'ala keatasnya, dan barangsiapa mati pada demikian tahun, mengkhatamkan (mengakhirkan) oleh Allah Ta'ala baginya dengan Iman bahkan aku (Tarmizi) berharap akan Allah Ta'ala, bahawasanya barangsiapa melihat ia(ini khatam) dengan benar cintanya akan Nabi SAW, dengan kepercayaan iman yang benar, dengan umurnya yang satu sahaja, memelihara Allah Ta'ala akan seluruh apa yang tidak disukai sampai ia bertemu akan Allah Ta'ala. (syarah Barzanji m/s 52)
* Yang dimaksudkan dengan melihat, ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya.
Berkata al-Qurtubi :
Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat pada bahu kiri Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar telur burung Merpati dan sebesar-besarnya sebuku tangan.
* AMALAN.
Dari pakcik ku. Bahawasanya ketika beliau mengambil Ijazah Selempang Merah dari Kiyai Salleh@ Panglima Salleh, Muar. Beliau telah diijazahkan juga sekali amalan zikir Khatamun Nubuwwah ini. Kemudian selepas berjumpa gurunya yang lain, yg Hafiz lagi Alim. Guru tersebut telah menambah;
" BISMILLAHIL AZIZIL QAHHAR."
Untuk dibacakan sebelum memulai zikir ini. Amalan zikir ini jika diamalkan ia, Insya Allah dapat digunakan untuk merawat diri sendiri dari segala penyakit dengan menukarkan zikir ini kepada.
* JURUS KHATAMUN NUBUWWAH.*
AMALAN WAFAQ KHOTAMUN NUBUWWAH DALIL YANG NYATA.
Berkata Alamah Zurqani dalam kitab Al Mawahidunyah Syarah 'Ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu :
" Allah Tunggal Ia. Tiada Sekutu Bagi-Nya."
Muhammad, Hamba-Nya, Rasul-Nya.
Dan di luar segitiga itu pada arah kanan :
" Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mahu." (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mahu).
Dan di sebelah kirinya pula :
" Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu."
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI.
Puji dan syukur Lillahi Akbar
Atas nikmatnya kecil dan besar
Sholawat akmal beserta salam
Di atas Datuk kami Nabi pelita alam
Dan atas keluarganya Nabi
Fathimah, Hasan, Husein dan Ali
Dan Keturunannya Hasan dan Husein
Hingga Kiamat beserta Qur’an.
Telah sampai berita kepada al fakir bahawa ada seorang hamba Allah yang menuduh mereka yang beramal dengan wafaq Khotamun Nubuwwah sebagai syirik dan bid'ah padahal dia sendiri tidak memahami apa itu makna Syirik. Maka dengan taufiq Inayah Allah dengan rendah diri al faqir berusaha membetulkan keadaan yang sebenar, moga manfaat untuk al faqir dan sahabat-sahabat sekalian.
DI ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN TANDA KHATAM NUBUWWAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
Nabi saw dicap dengan cap Khatamun Nubuwwah hikmatnya untuk menentukan bahawa Nabi saw itu yang menyudahi segala nabi-nabi dan rasul-rasul. Dan pula sesiapa yang menjadikan cap Khatamun Nubuwwah ini sebagai hiasan di rumah, adalah ahli rumah itu dipeliharakan Allah daripada kebakaran dan kecurian seperti sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Syadina Ali di dalam Kitab Mahamataniah sabdanya bermaksud :
" Siapa-siapa yang menjadikan ia akan lukisan Khatamun Nubuwwah aku(perhiasan bagi rumah) dipeliharakan oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tiada mati oleh ahlinya melainkan atas tiap Iman dan meluasakan oleh Allah dalam kuburnya dan menerangkan dia dan dimasukkan dia ke dalam Syurga dengan tiada Hisap."
Dan diriwayatkan daripada Anas ra sabda Nabi saw yang bermaksud :
" Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun Nubuwwah aku di dalamnya maka sesungguhnya dipeliharakan oleh Allah daripada kebakaran dan kecurian dan dari tiap-tiap seteru. Dan tiada dimatikan melainkan dialihnya tempat duduk di dalam Syurga dan meluaskan oleh Allah ta'ala di dalam kuburnya dan menerangkan dia."
Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad SAW menunjukkan Nabi SAW adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasulullah SAW.
Para Ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.
Wallahu A'alam...
Semoga Allah swt memberikan pertolongannya kepada kita semua. Aku hanya manusia biasa yang tak luput dari dosa dan kesalahan. Aku hanya ingin berbagi sedikit ilmu yang kiranya dapat bermanfaat untuk sahabat-sahabat, saudara-saudara yang ada di Kampus Tok Badai, bukan niat untuk mengurui sesiapa.
SAMPAIKAN WALAUPUN HANYA SATU AYAT. Akhirul kalam..
LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZHOLIMIN. LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH.
SEKIAN....
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tak berkenan di hati para sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai, dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH.....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts