Trending

Saturday, 18 August 2018

RAHASIA KAF 40 DAN GERHANA BULAN


RAHASIA KAF 40 DAN GERHANA BULAN.
UNTUK KEKEBALAN, KABUT GAIB DAN PUKULAN MAUT.
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitis niat pun dihati untuk menggurui siapa, hanya mengharap redho Allah swt semata. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat2 semua.... Insha Allah....
Kata Anjang Aki, HIZIB KAF 40 yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan Hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat manjing/menyatunya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya di istiqomah kan sepanjang hayat. Insyaallah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura). Insyaallah..Pasti..
AMALAN UNTUK RIADHOH ATAU KHALWAT DARI ORANG BUNIAN (ANJANG AKI.)
TATA CARANYA :
1.) Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan KAF 40 sebanyak 7000x ( kali).
2.) Berwirid bermula dari Subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
3.) Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh ada penghadang tembuk atau atap masa ritual/beramal.
4.) Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
5.) Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai atau bising(sunyi).
6.) Memakai dan membakar bau-bauan yang wangi.
7.) Riadhoh hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
8.) Pada malam terakhir, akan hadir Khodam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan KAF 40 ini akan kita perolehi.. Insyaallah...
Ilmu KAf 40 dan KAF 50, aku pernah ijazahkan kepada ahli Kampus Tok Badai 2 sebelum ini. Tak silap aku dalam artikal :
" Tok Janggut Dan Kaf 40." Tetapi kali ini yang akan aku ijazahkan Ilmu KAF 40 dibawah ini lain sikit, cara penyatuan/ penyelarasannya juga berbeza dari yang diatas tadi.
Sebenarnya cara penyatuan/penyelarasan Ilmu KAF 40 ini kami(aku dan beberapa ahli APC) dapatkan dari Pahlawan Termasyhur, Pendekar sakti yang tak asing lagi iaitu Si Pitung.
Iya...Si Pitung juga pemakai Hizib KAF 40 sebagai azimat dan tulisan wafaq KAF 40 dimasukkan kedalam sabuk/ talipinggangnya. Menjadikan dirinya kebal dari segala jenis senjata.
Sebenarnya susah nak jumpa/panggil Si Pitung ni. Kerana setelah Si Pitung mati ditembak oleh askar Kompeni(Belanda) dengan menggunakan peluru emas yang di bocorkan rahsia kelemahan Si Pitung oleh kawan segurunya. Belanda membawa jasadnya lalu dipisahkan dan dimakamkan berasingan. Maksud aku, badan ditempat lain, kepala ditempat yang lain bukan dalam satu makam/liang tetapi berasingan.
Tetapi, alhamdulillah datang bisikan ghaib mengatakan jumpa guru beliau. Siapa guru Si Pitung...? Katanya, ilmu KAF 40 itu dituntut daripada guru mengaji dan juga guru silat Si Pitung iaitu Al Habib Husien Al Idrus.
Nah....Aku bukakan rahsia ilmu ini kepada sahabat-sahabat ahli Kampus Tok Badai semua. Semoga ilmu ini bermanfaat dunia akhirat dan juga masyarakat yang memerlukan.
RAHSIA KAF 40 DAN GERHANA BULAN.
MANTRA KAF 40 + 50 :
KAF 40.
KAFA KA RABBUKA KAM YAKFIKA WAKIFATAN
KIFKA FUHA KAKAMININ KANA MIN KALAKIN
TAKIRRU KARRAN KAKARRIL KARRI FI KIBIDIN
TAHKI MUSYAKSYAKATAN KALLAK LAKIL KALAK
KAFA KA MABI KAFAL KAFA KURBATUHUM
YA KAUKABAN KANA YAHKI KAUKABALFALAK. ( KAF 40.)
KAF 50.
KAKUR YARATIN KAFFUKUM KALKAHFI FUKUM LAKUM
KAKA' KA I'N KIBIDIN YAKFI KUMUL KAF. ( KAF 50 )
PENYATUAN ILMU KAF 40 DENGAN GERHANA BULAN.
Cara ini termasuk mudah tapi susah....? Apa kena mengena dengan Gerhana Bulan..?
Penyatuannya dilakukan sekali seumur hidup untuk satu rahasia/ keperluan/ kesaktian. Caranya pada malam GERHANA BULAN penuh/ total tapi sebelumnya berwudhu dulu lalu cari sungai, laut, atau boleh kolam asalkan tidak ada penghalang tembuk atau atap di atasnya. Jadi mesti boleh melihat langit, berwudhu dahulu lalu menyelam.
TATA CARANYA :
Sebelum Menyelam Baca Dulu Kuncinya :
1.) Syahadat 1x.
2.) Selawat Nabi 1x.
3.) Niat (misalnya untuk kekebalan zahir batin, kabut ghaib, pukulan mematikan, panglimunan/menghilang, perobatan, dan yang lain2).
Tetapi niatnya hanya satu saja untuk satu kali ritual/Gerhana Bulan.
* Jadi pilih salah satunya yang paling kita perlukan, untuk kegunaan rahasia lainnya kena lah tunggu Gerhana Bulan berikutnya.
4.) Al Fatihah 1x.
Lalu menyelam sambil membaca KAF 40 semampunya/sebanyak2nya(boleh dalam hitungan ganjil atau genap).
5.) Lakukan 3x penyelaman sambil membaca KAF 40 tadi, selesai.

APLIKASI :
CARA GUNANYA.
1.) Untuk kabut ghaib, baca 1x tahan nafas lalu tiupkan ke kedua telapak tangan dan sapukan keseluruh tubuh.
2.) Untuk kekebalan, baca 1x tahan nafas lalu telan air liur.
3.) Untuk pukulan mematikan, baca 1x tahan nafas lalu arahkan pukulan bersamaan keluarnya/hembus nafas dengan kuat." HU ".
KUNCINYA :
Semua aplikasi di atas harus di dahului dengan kuncinya iaitu :
1.) Syahadat 1x.
2.) Salawat 1x. tanpa tahan nafas.
Untuk merawatnya / memantap kan nya, wiridkan KAF 40 tadi 3 kali pada pagi hari dan petang. Atau selepas sholat Subuh 3 kali dan Maghrib 3 kali. Hari- hari berikutnya cukup dibaca 3 kali pada pagi dan 3 kali petang atau istiqomah 40 kali sehari, selamanya sebagai amalan harian.
Apalagi jika KAF 40 ini digandingkan dgn ASMA SIRR atau ASMA SUNGE RAJEH, energi kekuatannya amat daysat sekali. Insyaallah..Keajaiban, Kesaktian, Pelarisan diri, dan banyak lagi akan muncul pada kita dengan sendirinya kita akan dapat merasai perubahannya.
PERANG ARMAGEDDON.
Sementara menunggu Gerhana Bulan yang hanya terjadi sekali dalam tiga tahun pada tempat yang sama maka jadikanlah juga amalan KAF 40 ini sebagai salah satu amalan pilihan dengan cara mewiridkannya sebanyak 40 kali selama 40 hari. Maka keajaiban-keajaiban dan kesaktian lainnya akan muncul pada diri pengamal dengan sendirinya. Buktikan lah wahai sahabat- sahabatku, waktunya sudah hampir tiba.
Bangkitlah sahabat-sahabatku. Bersiap sedialah menghadapi hari-hari sukar yang penuh huru hara, tangisan, kacau bilau pada hari yang telah di janjikan iaitu di hari tercetusnya peperangan Armageddon....
Peperangan Armageddon adalah peristiwa pertama sebagai permulaan dari serentetan huru-hara di akhir zaman, pertempuran ini adalah perang penghancuran dan nuklir yang akan memusnahkan sebagian besar senjata-senjata strategik…
SEKIAN DULU.....
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri dan dengan keikhlasan hati aku memohon maaf.
TERIMA KASIH..
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts