Trending

Sunday, 8 July 2018

CARA MENGEMBALIKAN KHODAM BENDA PUSAKA YANG HILANG ATAU LARI



CARA MENGEMBALIKAN KHODAM BENDA PUSAKA YANG HILANG ATAU LARI.
Assalam......Sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur dihatur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap redho Allah dan dengan kerendahan hati yang paling dalam. Izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insya Allah...
Cara ini boleh dilakukan untuk semua jenis barang ghaib atau pusaka yang berkhodam. Seperti Keris, Batu Mustika, Buntat, Geliga, dan yang lain-lainnya. Jika terjadi hal seperti ini iaitu khodam pusaka milik kita hilang, dicuri orang atau lari maka ini adalah salah satu solusinya. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada sahabat-sahabat yang memiliki pusaka yang telah kosong atau hilang khodamnya.
TATA CARANYA :
1.) Sediakan Bunga Kenanga secukupnya.
2.) Kain Mori 1/4 meter.
3.) Bumbung dari Bambu seukuran pusaka atau mustika itu(yg hilang khodamnya).
4.) Satukan Bunga Kenanga dan Pusaka/Keris lalu bungkus dengan kain Mori tadi.
5.) Dan terakhir masukkan bungkusan kain Mori ke dalam Bumbung Bambu tadi.
6.) Bakar 3 atau 7 Dupa di samping Bumbung Bambu.
7.) Biarkan selama 24 jam atau 72 jam maksimal baru dibuka.
Dengan cara ini dijamin Khodam akan balik semula ke Pusaka tadi. Setelah khodam kembali, rajin-rajinlah rawat pusaka itu agar khodam tidak hilang atau lari lagi...
SEKIAN.....
Semoga bermanfaat ilmu ini bagi sahabat-sahabat yang mahu mengamalkannya. Khodam juga makhluk seperti amah/ pembantu rumah, perlu makan di bayar gaji untuk bekerja dengan tuannya. Tetapi kita harus hati-hati dan tahu batas-batasnya jangan sampai jatuh syirik. Insyaallah, selagi kita berpegang teguh tauhid pasti keimanan kita terjaga.
La Ilaha Illa Anta. Subhanaka, Inni Kuntu Minaz Dzholimin. Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billaah.
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tak berkenan dihati para sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts