Trending

Saturday 14 July 2018

Terdapat empat huruf pada lafaz ALLAH iaitu ALIF LAM LAM HA


Terdapat empat huruf pada lafaz ALLAH, iaitu ALIF, LAM , LAM , HA. Keempat-empat huruf inilah makam Tauhid yang empat (istana yang empat)
Pertama: Makam Tauhid Zat, iaitu istana kepada ALIF
Kedua: Makam Tauhid Sifat, iaitu istana kepada LAM
Ketiga: Makam Tauhid Asma' iaitu istana kepada LAM
Keempat: Makam Tauhid Afa'al, iaitu istana kepada HA.
Apa yang dimaksudkan (pengertian) istana ITU ialah Maqam yang empat (tempat tajalli Zat) iaitu:
ALIF - Tempat kenyataan Zat Allah
LAM- Tempat kenyataan Sifat Allah
LAM-Tempat kenyataan Asma' Allah
HA- Tempat kenyataan Afa'al ALLAH
Berkata Ahli al Isyarah;
ALIF itu menjadi dalil yang menunjukkan Sifat Allah
LAM itu menjadi dalil yang menunjukkan Sifat Allah
Lam itu menjadi dalil menunjukkan Asma' Allah
HA itu menjadi dalil menunjukkan Afa'al Allah.
Lafaz Allah itu dinamakan Alam Jami'ah, iaitu segala/sekalian/kesemua/keseluruhan.
Sementara Mikraj itu ialah naiknya martabat Si Hamba kepada jawatan yang lebih besar, iaitu dengan pandangan yang nampak nyata sempurnanya kepada Hadhrat Ma'budnya. Tampak nyata iti adalah didalam penglihatan yang benar-benar sejati (suci Dan jernih), iaitu naik pandangan mata Bashirahnya) yang tidak boleh diumpamakan itu kepada Maqam yang tampak nyata dengan sempurna.
Berkata Ulama Muhaqqiq:
"ALIF yang ada pada lafaz Allah ITU dinamakan Alam al-Jamie - Syuhud al Wahdah Fi al katsrah (pandang yang satu didalam yang banyak)

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts