Hari Pertama Dewan, Kerajaan PH Sudah Menipu
FAKTA : Kerajaan Pakatan Harapan mencipta sejarah Malaysia Baru dengan menipu dalam proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat.
Di awal mesyuarat, Ketua Whip PAS, YB Dato' Takiyuddin Hassan telah bangun meminta penjelasan SU Dewan berkenaan pematuhan Peraturan Mesyuarat.
Namun, suara bantahan tersebut tidak diendahkan oleh SU Dewan Rakyat.
Namun, suara bantahan tersebut tidak diendahkan oleh SU Dewan Rakyat.
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 4 menyebut:
"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"

Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang.
Umum mengetahui, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman.
Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018..?
Bukankah itu menipu namanya.?
Bukankah itu menipu namanya.?
No comments:
Post a Comment