ADA DI TENGAH
Kita di gahkan dengan nama
sekian waktu telah bercerita
makna peradaban dan maruah
warna bangsa dan budaya
jiwa ini sesetia tanah negara
sekian waktu telah bercerita
makna peradaban dan maruah
warna bangsa dan budaya
jiwa ini sesetia tanah negara
takala kalian berdiri bersumpah
ada nista dan domba menerjah
menghiris rasa luka bernanah
melerai ikatan demi ikatan ukhwah
maka waris wangsa hilang wajah
ada nista dan domba menerjah
menghiris rasa luka bernanah
melerai ikatan demi ikatan ukhwah
maka waris wangsa hilang wajah
kita masih ada di tengah
biar terhimpit mengikis tabah
di kiri dan di kanan memercik gundah
namun pada ikrar melingkung sejarah
semusim waktu telah tumpas berdarah
wira-wiraku masih ada berjuang gagah
biar terhimpit mengikis tabah
di kiri dan di kanan memercik gundah
namun pada ikrar melingkung sejarah
semusim waktu telah tumpas berdarah
wira-wiraku masih ada berjuang gagah
mereka masih ada di tengah
jangan mencabar memberi padah
kerana kiri dan kananmu kian punah...
jangan mencabar memberi padah
kerana kiri dan kananmu kian punah...
ewan deen
kondonminium le nouvel, jalan ampang kuala lumpur
kondonminium le nouvel, jalan ampang kuala lumpur
No comments:
Post a Comment