PENGENALAN TENAGA QUDRATULLAH
Bismillahirahmanirrahim
Tenaga qudratullah adalah tenaga hidup yang wujud didalam batang tubuh manusia dan sebenarnya tenaga inilah yang memberi kekuatan dan kehidupan kepada badan diri.
Tenaga ini sebenarnya datang secara original dari tuhan yang maha esa dan ia juga disebut orang ROH atau diri bagi badan dan padanya lah terkandung segala rahsia ilahi.
Tanpa dia badan tidak munkin akan hidup dan berbuat apa-apa, yang pasti mestilah ada yang menjalani kehidupan baginya.
Dia yang datang dari tuhan memiliki rahsia tuhan dan kini menjadi dirimu iaitu tuan bagi badan.
Pokok pangkalnya untuk seseorang yang ingin atau berkemahuan dalam mencari dan menemuinya perlulah memahami akan keadaannya dan keberadaannya pada badannya sendiri.
Dialah yang akan menyelamatkanmu dari kesusahan dan kemelaratan hidup didunia ini dan dia juga yang akan membawamu kepada kebaikkan untuk akhiratmu.
Tenaga qudratullah ini adalah kekuatan yang abadi yang dikurniakan tuhan untukmu. Temuilah dia dan carilah dia dan dia ada besertamu, pepatah ada mengatakan “jauhnya tiada antara dekatnya tiada berbatas” akan tetapi yang membataskan dia denganmu itu adalah kesedaranmu terhadapnya.
Tuhan ada menyebut “bila telah terbentuknya janin dialam kandungan maka AKU tiupkan akan ROHKU” iaitu rahsia hidup namanya.
Dia (tenaga qudratullah) yang ada pada badan dirimu sebelum ini melakukan kehidupan dan kegiatan hariannya tanpa kau sedar dan tanpa kau arahkan namun kerja-kerja itu adalah fitrah baginya kerana dia adalah seorang hamba Allah yang menuruti perintah dari tuhannya.
Dia yang ujud secara ghaib dan terahsia pula akan tempatnya, dia adalah si ghaib dari yang maha ghaib dan memiliki tenaga ghaib.
Dialah yang mewakili sifat tuhan kerana ia datang dari tuhan, namun tuhan tetap tuhan dia tetap dia walau apapun antara dia dan tuhan antara dia dan lainnya “jauh tiada antara dekat tiada batasnya” jika kau tahu akan sifat dan kebolehannya dan dapat kau temui dia dialam ghaib dan terahsia itu, alam ghaib dan terahsia itu sebenarnya pada badan dirimu sendiri yang pasti kau perlu membuka kunci pintu untuk memasuki tempat atau rumahnya itu.
Bertafakurlah dengan sungguh-sungguh serta buangkanlah fikiranmu itu kerana kau tidak akan menemukan dia dengan jalan fikiran, kau hanya dapat menemukan dia dengan alam perasaan.
Rasa dan perasaan mula kau dapat jika dia itu telah kau temui, ini dapat ditangkap oleh rasa-rasa diseluruh badan dirimu terutama pada hujung-hujung jarimu (rasa sesemut). Dia yang telah kau temui itu mula berkembang dan aktif serta menembusi dan meliputi badanmu dengan itu hayatilah dan larutkanlah ujudmu itu didalam ujudnya kerana dia itulah sebenar-benarnya dirimu yang sejati.
Apabila kau merasai akan gelombang rasa itu hayatilah dan tenanglah teruskan dengan zikirmu kepada Allah s.w.t dengan keyakinan yang teguh serta semangat yang kuat dan usaha yang gigih tenaga qudratullah itu tadi akan berkembang dan meliputi badanmu luar dan dalam.
No comments:
Post a Comment