Trending

Tuesday, 31 July 2018

JASAD TUBUH RAGA



JASAD: TUBUH RAGA
Ada rakan taulan yang bukan ahli pengamal Budi Suci Sejati bertanya apa sebenarnya manfaat LATIHAN (berjurus) ini? Dilihat jika sekadar riadah lebih elok bersukan sahaja lebih banyak kelebihannya.
Ditanya pula jiran tetangga yang merupakan geng surau dan pengamal zikir. Katanya jika BSS ini Amalan Rohani maka mengapa perlu bersusah payah berpeluh bagai dengan berjurus. Tak ada dalam sunnah rasul. Cukup berzikir dengan membilang biji tasbih dan menurut segala syariatNya.
Tersenyum seorang diri setiap kali diajukan pertanyaan seperti ini.
YA... bersukan itu banyak kelebihannya. Begitu juga halnya dengan BERJURUS. Sepertimana bersukan itu menyihatkan tubuh dan mencergaskan minda. Begitu jua la dengan LATIHAN kami. Malahan manfaatnya jauh lebih besar dari itu.
Tentang Amalan Rohani, zikir dan keperluannya dengan berjurus pula. Yang bernama MANUSIA itu apabila dimasukkan ROH kedalam JASAD lalu hidup bernyawa serta bernafas la manusia tersebut.
• ROH tanpa JASAD hanya ROH SEMATA
• JASAD tanpa ROH hanya PATUNG BELAKA
• ROH beserta JASAD adalah MANUSIA
Maka apa pelajaran yang ditekankan dalam BUDI SUCI SEJATI adalah untuk memberikan kesadaran kepada anda sebagai MANUSIA yang sebenar-benarnya. Bukan untuk menjadikan kita sebagai Roh gentayangan, roh suci mahupun bangkai bernyawa.
Lalu yang dinamakan sebagai MANUSIA itu harus punya kehendak dan keperluan baginya untuk kelangsungan hidup di muka bumi ini. Hal kehendak dan keperluan ini pastinya berkait dengan soal TUBUH JASAD kita. Maka kepelbagaian kehendak keinginan yang tidak pernah puas inilah yang membentuk sebab dan akibat kehidupan kita.
Jika difikirkan, mengapa tarikat bersanad rantaian Rasulullah saw perlu ada amalan zikir kalimah/asma yang memberi tumpuan pada makam tertentu di tubuh jasad dan majoriti makam tersebut terletaknya di bahagian dada dan perut?
INILAH JUGA ANTARA SEBAB UTAMA LATIHAN BERJURUS DILAKSANAKAN. IANYA BERKENAAN PENGENALAN & PENYUCIAN TUBUH RAGA MANUSIA.
kerana TUBUH YANG SENTIASA DISUCIKAN akan dapat membawa kepada pencerahan ROHANI TERPUJI.
Satu lagi JALAN ZIKIR itu bukan hanya dengan berlafaz kalimah semata tapi juga boleh menerusi Hakikat Nyawa (ZIKIR NAFAS) dan MATLAMAT ZIKIR itu bukanlah berapa banyak biji tasbih yang dapat dibilang tetapi KESADARAN yang tercapai menerusi ZIKIR.
KESADARAN pada DIRI
KESADARAN pada ALAM
KESADARAN pada PENCIPTA.
Dan akhirnya segala kesadaran tadi juga akan lenyap dan hanya membentuk suatu KESADARAN SEJATI (bagi yang mengerti).
Semoga kita mampu mengerti segala kalamNya di sekalian Alam.
Allah Muhammad Selamat!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts