Trending

Thursday, 19 July 2018

Semalaman aku mentafsir angin yg berdesir


Semalaman aku mentafsir angin yg berdesir,
Semalaman aku mentafsir embun yg menitik didedaunan,
Semalaman jua berbicara dgn hama dan nyamuk tua,
Namun hampa...
Pohon mengkudu tua dipinggir rumahkupun berguman benda yg sama,
Katanya,
Bani jawi harus dikejutkan,
Namun bukan dgn panggilan lembut seorang ibu,
Atau panggilan kasar garau sang ayah,
Namun,
Bani jawi harus dikejut dgn laungan Takbir!!!
Harus dikejut dengan gegak gempitanya halilintar!!!
Kerana apa???
Kerana sudah terlalu lamanya Bangsa ini tidur pulas,
Sudah terlalu lamanya digulir waktu tanpa rasa cemas,
Dan...yg merisaukanku cuma satu,
Kerana sang Naga Keramat tua sedang cuba membangkitkan rawan bangsa tua ini lewat desakan demi desakan cara sistem yg sedia ada,
Lewat perubahan drastik sistem lama yg diberi kekuasaannya pada orang orang baru yg tiada layak memegang sistem yg ada kerana kefahaman ugamanya yg berbeza...
Desakan demi desakan ini walau tak bisa mengejutkan secara terus Bangsa jawi yg sedang tidur ini,namun sedikit sebanyak dia akan membangkitkan defend sistem yg dimiliki oleh bangsa ini,iaitu AMOK...
Suatu sistem yg sangat digeruni oleh penjajah dulukala,
Dimana jika sistem ini aktif,
Bermaksud akan bermandi darahlah tanah ujong benua yg Berdaulat ni...
Makanya aku terus mentafsir,
Lewat kerikil yg bertasbih,bertahmid dijalanan,
Lewat sang air yg berzikir syahdu,
Lewat sang unggas yg berzikir maut dihadapan cahaya neonnya,
Moga segala tafsiranku tak jadi nyata,
Kerana andai terkejut Bani Jawi,
Itulah petanda kebangkitan besar,
Tanda tak mungkin dapat dijinakkan lagi selagi kekhalifahan belum munculkan diri,
Selagi itulah amok bani jawi tak akan terhenti...
La haula wala kuwata illa billa hil aliyil aaziim...

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts