Trending

Monday 16 July 2018

TUN M MAT SABU dan MAHFUZ PASTI MASIH INGAT PEMILIHAN SPEAKER 20 DIS 1999



TUN M, MAT SABU & MAHFUZ PASTI MASIH INGAT PEMILIHAN SPEAKER 20 DIS 1999
Ada pemimpin kerajaan PH kata PELIK sebab ahli parlimen BN dan PAS bantah pemilihan Speaker dan keluar Dewan tetapi masuk semula bagi majlis angkat sumpah.
Jelas mereka tidak tahu sejarah bahawa ahli parlimen pembangkang PAS dan DAP pernah melakukan perkara sama pada pemilihan Tun Mohamad Zahir Ismail sebagai Speaker pada 20 Dis 1999.
Perdana Menteri ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara ahli parlimen pembangkang ketika itu adalah Mohamad Sabu, Mahfuz Omar daripada PAS serta Tang Seng Giew (DAP).
Ketua Pembangkang mereka adalah Ustaz Fadzil Noor.
Pembangkang membantah pemilihan Tun Zahir berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1) berhubung tempoh 14 hari menghantar nama calon Speaker dan mereka yang dicadangkan mesti bersetuju.
Bagusnya Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) waktu itu mematuhi Point of Order dan membenarkan beberapa ahli parlimen pembangkang bangun menyatakan rasa tidak puashati terhadap proses pemilihan Speaker.
Malangnya pada hari ini, SUDR tidak menghormati Point of Oder sebaliknya bersikap tidak endah dengan meneruskan proses pemilihan dan pemasyuran Speaker Datuk Mohamad Ariif Md Yusof.
Ini menyebabkan ahli parlimen BN dan PAS keluar tetapi masuk semula bagi majlis angkat sumpah.
Perkara sama dilakukan Mat Sabu dan Mahfuz pada 20 Dis 1999.
Harap Tun Mahathir, Mat Sabu serta Mahfuz yang kini menjadi kerajaan tidak lupa bahawa mereka melihat perkara sama hari ini.
Jadi apa yang peliknya tindakan ahli parlimen BN dan PAS hari ini melakukan perkara sama di bawah Peraturan Mesyuarat 4(1) juga.
FB : Roslan Bian

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts