Trending

Monday 16 July 2018

RINGKASAN TWEET BAHAYA ISLAM LIBERAL


[RINGKASAN TWEET : BAHAYA ISLAM LIBERAL]
Pengenalan
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai keutamaan tertinggi. Liberalisme juga menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang.
Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin “liber” yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris 'liberty' dan konsep kebebasan. Selepas kejatuhan empayar rom pemikiran liberisme mengalami kemerosotan di zaman gelap di eropah.
Islam Liberal
Barat melihat Liberal Muslimin merupakan alternatif terbaik untuk menjadi proksi baru mereka.Ciri mereka dilihat seperti modernis dan mereka memperjuangkan nilai teras Islam kepada keharmonian dengan Istilah barat. Persamaan mereka dengan sekular ialah mereka merupakan musuh kepada syariah dalam undang-undang.
Sifat mereka dilihat jelas:
1. Mereka mengatakan nilai teras Islam selari dengan demokrasi barat (kebenaran diukur daripada majoriti bukan daripada nas)
2. Mereka menyokong pluralisme, human right dan hak kebebasan individu (masyarakat tidak boleh terikat dengan agama kerana pengamalan agama ialah hak individu)
3. Mereka bermusuhan dengan konsep Negara Islam kerana bagi mereka negara mestilah demokratik dan syariah mengongkong kebebasan bermanusia.
4. Mengatakan, tiada ayat di dalam al-Quran yang menceritakan tentang negara Islam.
5. Perundangan syariah adalah tidak relevan kerana syariah ketinggalan zaman – “Sharia is a product of the historical circumstance of the time of its creation”.
Mereka semua bersetuju, Islam perlu berubah.
Bahaya Islam Liberal
1. Liberalisasi Akidah
Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan faham Pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini bahawa semua agama adalah sama-sama benar, dan merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang sama.
2. Liberalisasi Syariah
Greg Barton menyatakan bahawa antara tujuan Islam Liberal adalah merubah hukum-hakam agama Islam sehingga dapat disesuaikan dengan perkembangan zaman.
Contoh yang berlaku di Indonesia:
Usaha menimbulkan salah faham dalam hukum-hakam Islam:
• Asas perkahwinan adalah monogami dan perkahwinan poligami adalah tidak sah dan
harus dinyatakan batal secara hukum.
• Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri –suami atau sebaliknya suami–isteri.
• Perkahwinan berbeza agama antara muslim atau muslimah dengan non-muslim disahkan.
• Talak tidak dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh suami atau isteri di depan sidang pengadilan agama.
• Masa iddah bukan hanya dimiliki oleh wanita tetapi juga untuk lelaki. Masa iddah bagi lelaki adalah seratus tiga puluh hari.
• Bahagian warisan anak laki-laki dan wanita adalah sama.
3. Liberalisasi al-Quran
Islam Liberal juga menggugat kesucian kitab suci al-Quran dengan melakukan kajian kritis terhadap al-Quran. Cuba mempertikaikan keabsahan mushaf uthmani dan lain-lain berkaitan al-Quran.
Kesimpulan
Penjelasan tentang pemikiran Islam dapat kita simpulkan bahawa pemikiran Islam Liberal adalah pemikiran yang berbahaya bagi akidah umat Islam, dan menyalahi prinsip-prinsip Islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang syariah dan akhlak. Pemikiran Islam Liberal adalah merupakan bentuk bidaah yang besar dalam agama yang boleh menjejaskan akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang. Bidaah bukan hanya berlaku dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan pemikiran.
Firman Allah SWT:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dari agama itu Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui” (Surah Al-Jasiyah : 18)

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts