Trending

Wednesday 25 July 2018

WILAYAH ORANG MELAYU



WILAYAH ORANG MELAYU
Semasa buat kajian saya terjumpa gambar ini dalam sebuah buku. Gambar ini merakam saat bersejarah pada 16 Julai 1909 iaitu penyerahan kawasan yg diberi nama Klian Intan kpd British oleh pihak kerajaan Thailand melalui Perjanjian Bangkok British-Thailand.
Kawasan Klian Intan ini merupakan sebahagian daripada negeri Melayu bernama Rahman atau disebut Reman. Hari ini kawasan Klian Intan ini termasuk ke dlm negeri Perak. Malangnya kawasan Melayu yg bernama Rahman terus berada dlm negara Thailand malah hilang dari peta.
Perjanjian Bangkok menyaksikan empat negeri Melayu di Segenting Kra diserahkan oleh British kpd Thailand iaitu Setoi, Jala, Menara dan Patani. Sedikit demi sedikit wilayah Melayu hilang daripada milikan.
Di Semenanjung pun tanah rezab Melayu sudah terlepas dari tangan orang Melayu hingga berbaki tidak sampai separuh daripada yg ditinggalkan semasa zaman British dulu. Anehnya tiada satu parti Melayu pun yg memasukkan usaha mengembalikan tanah rezab Melayu ini dalam manifesto perjuangan mereka.
Teruslah berbalah wahai orang Melayu. Sepuluh tahun lagi kamu akan jadi spt bangsa Red Indian di benua Amerika, merempat tanpa tanah di wilayah tumpah darah mu sendiri...


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts