Trending

Thursday, 25 July 2019

Ilmu berkaitan sifir pengiraan jumlah bahan binaan


Dimukabuku ini ambo ingin kongsikan sedikit sebanyak ilmu berkaitan sifir pengiraan jumlah bahan binaan yang diperlukan bagi pembinaan sesebuah rumah dan selalu ambo gunakan. Keluasan rumah yang ambo gunakan adalah berkeluasan 1800kp untuk sebagai contoh.
Antara bahan binaan adalahnya seperti besi, jokong, simen, pasir, kayu dan atap.
1. Besi y10 & besi link r6
- untuk rumah berkeluasan 1800kp / 1000 = 1.8tan besi y10. 1tan besi itu bersamaan 138batang dan jika 1.8tan x 138batang = 248batang diperlukan.
- manakala penggunaan besi link pula adalah separuh dari 248/2 = 124batang diperlukan.
2. Jokong / bata
- untuk rumah berkeluasan 1800kp x 10 = 18,000 keping diperlukan
3. Simen
- untuk rumah berkeluasan 1800kp / 3 = 600beg ( simen konkrit, simen plaster dan untuk pemasangan mozek )
4. Pasir
- untuk rumah berkeluasan 1800kp dan untuk tambung beam rumah setinggi 2kaki maka 1800/43560 x 234 x 2 = 20lori diperlukan untuk lori muatan 5tan.
5. Kayu saiz 2x4
- untuk rumah berkeluasan 1800kp jika penggunaan struktur bumbung kayu bagi kayu saiz 2x4 adalah 1800/600 maka jumlahnya 3tan asas diperlukan.
6. Atap genting
- untuk rumah berkeluasan 1800kp bagi atap genting adalah 1800kp x 1.58 = 2844keping asas diperlukan.
Sifir pengiraan ini bukanlah tepat 100% tapi bolehlah jika untuk sekadar dijadikan rujukan bagi mengelakkan lebihan pembelian bahan binaan ditapak.
" Carilah ILMU dan ajarlah kepada orang lain, kerana apabila kita mati nanti tiada satu pun yang berguna kepada orang lain kecuali ilmu yang dikongsikan itu "
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts