Biasakah anda melihat kucing yang berwarna hitam kuning? Tahukah anda kucing berbulu hitam kuning atau digelar tortoiseshell (torties) adalah 99.9% berjantina betina?
KUCING TORTOISESHELL
Kucing mempunyai 19 pasang kromosom atau 38 kromosom (manusia mempunyai 23 pasang kromosom = 46 kromosom).
Seperti manusia, sepasang dari kromosom tersebut juga menentukan samaada kucing tersebut berjantina jantan (XY) atau betina (XX).
Gen yang menentukan warna bulu kucing terletak pada kromosom X yang menentukan jantina tersebut:
Gen XB menentukan warna gelap (hitam, coklat gelap) kerana penghasilan pigmen gelap eumelanin.
Gen XO pula menyebabkan kucing berwarna oren atau kuning.
Gen XB menentukan warna gelap (hitam, coklat gelap) kerana penghasilan pigmen gelap eumelanin.
Gen XO pula menyebabkan kucing berwarna oren atau kuning.
Gen yang menentukan warna bulu kucing adalah bersifat ko-dominan. Kedua-dua gen XB dan XO akan diekspreskan bersama.
Kucing yang mewarisi gen XB,XB akan mempunyai bulu berwarna hitan.
Kucing yang mewarisi gen XO, XO akan mempunyai bulu berwarna oren.
Kucing yang mewarisi gen XB,XO pula akan mempunyai bulu hitam & oren.
Kucing yang mewarisi gen XO, XO akan mempunyai bulu berwarna oren.
Kucing yang mewarisi gen XB,XO pula akan mempunyai bulu hitam & oren.
Kucing jantan hanya mempunyai satu kromosom X (XY). Jadi, kucing jantan hanya mampu mempunyai salah satu warna - oren atau hitam.
Sebab itu lah hanya kucing betina saja yang mempunyai kemungkinan untuk mempunyai bulu berwarna hitam-oren.
JASAD BARR DAN PENGEKSPRESAN MOSAIK
Jika setiap sel-sel kucing betina yang mewarisi genetik XB,XO pastilah mempunyai bulu-bulu yang berwarna campuran antara hitam dan oren (mixed colour). Bukannya bertompok-tompok hitam-kuning seperti torties.
Apakah agaknya yang menyebabkan sebahagian bulu berwarna hitam dan sebahagian pula berwarna oren?
Sebahagian besar mamalia betina yang mempunyai kromosom XX mengalami keadaan dimana salah satu kromosom X itu ‘disenyapkan’ (silenced) atau tidak ditranskripsi. Kromosom ini akan dipek pada bahagian nukleus dengan sangat ketat dan padat supaya tidak mudah protein- protein menembusinya untuk ditranskripsi. Kromosom yang dipadatkan dalam nukleus sel ini dipanggil JASAD BARR (Barr body).
Ada sesetengah sel mempunyai kromosom XB yang disenyapkan, jadi warna bulu yang dihasilkan oleh sel ini adalah hitam.
Ada pula sel yang mempunyai kromosom XO yang disenyapkan menjadi Jasad Barr, menyebabkan bulu yang dihasilkan dikawasan ini berwarna oren. Keadaan ini berlaku ketika pembahagian embrio dan kekal sehingga akhir hayat.
Keadaan ini digelar ‘pengekspresan mosaik’.
Ia berlaku secara rawak dan membentuk corak yang unik pada bulu kucing.
Kredit: Ini Sains Beb
RUJUKAN
Introduction to Genetic Analysis by Griffiths et al. 9th ed.
Introduction to Genetic Analysis by Griffiths et al. 9th ed.
No comments:
Post a Comment