Trending

Monday, 15 July 2019

Cara Semai Biji Durian Dengan Betul


Buah durian merupakan salah satu tanaman yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang beriklim tropika, kebanyakan jenis tanaman buah ini banyak terdapat negara Asia, akan tetapi melalui kemajuan teknologi kini tanaman durian ini mula tersebar di berbagai negara eropah. Buah durian ini mempunyai ciri bau yang khas tersendiri iaitu memiliki aroma bau yang kuat jika sudah masak (matang),serta mempunyai kulit keras dan berduri yang turut sama menjadikan namanya durian. Pokok durian biasanya berbuah satu kali saja pada setiap tahun,akan tetapi terdapat jenis buah durian tertentu yang boleh berbuah sebanyak 2 kali dalam setahun.

Durian merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Ada yang berpendapat durian berasal dari kepulauan Borneo kerana ianya banyak didapati tumbuh liar di dalam hutannya dan telah ditanam di Semananjung Malaysia dan tersebar luas di Asia Tenggara. Umumnya durian terdapat di Gugusan Pulau-pulau Melayu. Nama saintifik bagi durian ialah Durio zibethinus. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, Durio graveolens, Durio dulcis dan Durio kutenjensis.


1. Rendam biji durian dalam air dan jemur di bawah matahari hingga kulit ia retak.


2. Kupas kulit biji durian supaya akar tunjang cepat keluar. Kalau dibiar sendiri ia akan makan masa mungkin 2-3 hari .(Cuaca lembap lagi lama)



3. Asingkan biji durian yang sudah dikupas. Rendam dalam air bersih dan jemur bawah matahari.



4. Biji berlubang keluar lendir. Suhu dan kitaran angin main peranan penting. Terlalu lama dan banyak air rendam kat biji akibat suhu air tak tukar. (Perlu air suam)



5. Pilih biji durian yang nampak sihat untuk disemai.


6. Sediakan kotak polystyrene foam. Saiz ikut pilihan sendiri. Cukup muat biji durian yang hendak disemai.


7. Sedia pasir sedang dan tabur di dalam kotak polystyrene foam sehingga ketinggian 4 inci minimum. Seterusnya siram air supaya pasir lembap.


8. Selesai sediakan pasir sedang bolehlah (baca doa) semai biji durian. Semai biji durian yang sudah rendam 4 hingga 6 hari (akar tunjang lebih kurang 1/2 inci panjang). (Nota: Kitaran angin dan suhu boleh menjadi biji keluar akar yang berbeza panjang).
Tamat sudah cara semai biji durian dengan betul. Selamat mencuba!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts