Trending

Tuesday, 10 July 2018

Folk juga digelar sebagai Captain Sparrow oleh penyelamat2 di kawasan lokasi gua


Folk Kamposak Sassadee.
Folk juga digelar sebagai Captain Sparrow oleh penyelamat2 di kawasan lokasi gua disebabkan mukanya saling tak tumpah seperti Captain Jack Sparrow dalam Pirate of the Caribbean tu. Folk juga dipanggil Abang Folk. Kenapa ada perkataan "Abang" pulak. Sebabnya, Abang Fok ni melayu dari daerah Satun yang bersempadan dengan Perlis dan Abang Folk adalah muslim.
Folk terpanggil untuk datang membantu ketika mendapat berita mengenai budak2 yg terperangkap di dalam gua. Sementelahan Folk mempunyai kepakaran mendaki gunung2 di Thailand. Folk dengan 9 rakan2 pendakinya dari daerah Trang (di segenting Kra) yang kesemuanya muslim bergegas ke utara menuju ke Chiang Rai ini.
Folk dan rakan2nya diberi satu tugasan mendaki gunung di sekitar gua Tham Luang ini untuk mencari spot2 atau laluan2 jika ada untuk menerobos masuk ke dalam gua berdekatan "Pattaya Beach". Tugas ini juga amat merbahaya dengan keadaan hujan lebat dalam kebanyakkan masa. Folk dan rakan2nya mempertaruhkan nyawa mereka sendiri demi untuk menyelamatkan nyawa budak2 dan coach tersebut walaupun berlainan kaum dan ugama.
Benda2 macam inilah yang membuatkan ada diantara penyelamat2 buddha yang menitskan airmata kerana solidariti Thailand ini. Pentadbir di kawasan operasi juga tahu, mereka menyediakan chef muslim untuk masakan bagi penyelamat2 sukarelawan muslim ini.
Folk pernah memberitahu wartawan, selama 10 hari beliau di situ, beliau tidak payah mengeluarkan belanja langsung untuk makanan (walhal Folk dan rakan2nya ada bajet tersendiri untuk mencari makanan halal) kerana mereka mendapat makanan percuma termasuk dari stall muslim di kawasan berdekatan gua.
Misi Folk juga termasuk mencari tapak untuk penggerudian di atas gunung. 2 hari lepas pada 8 Julai, Folk dan 3 rakannya terlibat dalam kemalangan, keretanya masuk gaung dalam perjalanan keluar dari kawasan gua. Dan sekarang mereka semua berada di hospital di Chiang Rai. Mereka beransur pulih dan Folk tetap bersemangat untuk membantu operasi gua ini lagi. Ini hanyalah sebahagian kecil kisah "The Unsung Heroes". Tentu ada banyak lagi kisah2 suka duka dalam usaha search and rescue terbesar Thailand ini.
Aku tertarik wajah dia memang mirip Jack Sparrow ðŸ˜…😅😅
Credit to
Nisakorn Panpa
Mohd Aznam Abdul Rahman (pemilik artikel asal)

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts