Trending

Friday, 8 June 2018

UMAT ISLAM MELAYU JATUH DALAM SIHIR dajjal


Dari Abdul Khalid Abdul Aziz
UMAT ISLAM MELAYU JATUH DALAM SIHIR dajjal.
Para pembaca yang dihormati, tentera-tentera dajjal di negara kita ini telah berjaya menyihirkan pemikiran orang kita agar jangan dipertikaikan apa saja tindakan mereka, jika dipertikaikan atas hujah agama maka mereka ajar kita itulah golongan ekstrimis agama kalau dipertikaikan dalam konteks hak bangsa itu dikatakan perkauman. Tapi apa saja mereka buat untuk menuntut secara berlebihan hak bangsa mereka dan agama mereka maka mereka ajar kita itu namanya toleransi dan keadilan.
Akhirnya orang kita sendiri yang menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk menyerang mana-mana umat Islam yang cuba mempertahankan hak bangsa dan hak agama Islam di negara ini. Ini bukanlah tuduhan atau fitnah tetapi ini adalah hakikat yang telah berlaku dan semakin liar berlaku. Buktinya dapat dilihat pada komen-komen yang diberikan pada artikel-artikel saya. Hampir tiada seorangpun orang bukan Islam menyerang saya, sebaliknya yang menyerang saya siang dan malam adalah daripada bangsa Melayu Islam sendiri yang telah jatuh dalam sihir dajjal ini.
Maka dengan itu mereka tidak perlu lagi menyerang umat Islam yang cuba menghalang mereka daripada mengambil lebih banyak lagi hak bangsa dan hak agama Islam di negara ini kerana orang-orang Melayu yang telah disihirkan itu sudah boleh memperjuangkan untuk mereka.
Mereka menanam dalam fikiran orang-orang Melayu Islam bahawa bangsa Melayu Islam kalau memerintah akan makan rasuah, akan tipu akan bercakap macam orang-orang bodoh. Bangsa Melayu ini tidak tahu mengurus ekonomi, merosakkan negara. Di masa yang sama mereka menutup segala keburukan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan bangsa mereka. Namun begitu masih ada bangsa lain yang jujur yang mendedahkan kepada bangsa mereka sendiri bahawa pemimpin dari kalangan mereka juga tidak kurang hebatnya skandal rasuah yang berlaku. Ini jelas melalui sepanduk perjuangan orang Cina menentang pimpinan Dap di Pulau Pinang. Tetapi disebabkan mentera sihir mereka itu lebih kuat, orang Melayu Islam terus tidak sedar hakikat sebenar. Mereka masih lagi melihat umat Islam tak kira daripada parti Pas sekalipun tidak boleh diberi kepercayaan kerana Melayu itu bodoh walaupun beriman dan beramal soleh. Itulah mentera yang disuburkan dalam pemikiran bangsa Melayu.
Ayat-ayat yang mereka bacakan itulah yang saban hari diucapkan oleh orang-orang kita sendiri hingga akhirnya runtuhlah kerajaan yang majoritinya umat Islam di negara ini dan penolakkan kepada kerajaan Pas. Itulah hebatnya mentera dajjal yang berjaya dihidupkan di hati umat Islam berbangsa Melayu.
Mengapa semua ini boleh berlaku ? Ia berlaku kerana orang-orang Melayu Islam tidak menjaga amalan harian mereka atau tidak mengerjakan amalan mengikut cara yang telah ditetapkan oleh ALLAH dan Rasul. Mereka memasukkan diri mereka dalam jemaah yang dimurkai ALLAH. Lalu rahmat ALLAH tidak turun dalam jemaah sebegitu hingga akhirnya mereka ditimpa fitnah demi fitnah dan mengheret pula umat Islam yang lain ke dalam fitnah yang sama.
Begitulah pentingnya untuk memilih khemah yang betul di akhir zaman ini. Perkara ini pernah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w melalui riwayat hadis baginda seperti berikut :
".....manusia terbahagi menjadi 2 khemah, (iaitu) khemah keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan khemah kemunafikan yang tidak mempunyai keimanan. Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan dajjal pada hari itu atau besoknya" (Hadis riwayat Abu Dawud, Kitabul Fitan no 4242, Ahmad 2/133, Al Hakim 4/467).
Barangsiapa yang berada di dalam khemah yang salah maka dia tidak akan selamat meskipun dia daripada kalangan orang-orang yang dipandang alim sekalipun. Akhirnya dia akan jatuh dalam fitnah dajjal.
Insya ALLAH saya akan kupas lagi hadis di atas dan akan kemukakan lebih banyak lagi hadis dan pertaliannya dengan peristiwa yang sedang berlaku hari ini terutama di negara kita yang membenarkan tanda berkaitan 2019 setakat ini.
Begitulah caranya untuk kita memahami apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, hendaklah kita melihatnya dengan neraca AL QURAN dan Sunnah dan bukannya melihat dengan neraca Barisan Nasional atau parti-parti tertentu yang lain. Apabila kita memahaminya menerusi cara itu barulah kita dapat memahami kerosakkan yang berlaku dalam sistem kepartian yang ada di negara kita ini seperti yang dijelaskan di atas. Saya sendiri bukan ahli Pas kerana saya tidak menyukai sistem kepartian sebegini, sistem ini telah membawa kepada pembaziran yang besar dan kerosakkan yang besar.
Penjelasan yang saya tulis dari semasa ke semasa adalah untuk menjelaskan situasi yang berlaku, puncanya dan cara untuk kita keluar daripada fitnah tentera dajjal ini sebelum datangnya dajjal kecil 2019 nanti dan sebelum datangnya dajjal akhir nanti. Insya ALLAH, WALLAHU a'lam, Wassalam.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts