PERINGATAN UNTUK ORANG MELAYU(sila buka minda anda, jangan berfikiran negatif)
Kita orang Islam dan orang Melayu tidak seharusnya melihat perjuangan itu melaluiwadah politik semata-mata, tetapi kita harus melihat perjuangan di atas dasar agama,bangsa dan tanah air. Perjuangan yang diikatkan atas dasar agama, bangsa dan tanah air ini akan membuatkan ia terlebih kukuh atau teguh.
Semenjak akhir-akhir ini, institusi raja-raja Melayu yang melindungi kepentingan agama Islam dan orang Melayu di tanah air mula dikecam, dihina dan difitnah, sekaligus kedudukan agama itu sendiri turut dikacau dan diganggu oleh kaum puak liberalisma dan pluralisma termasuk pula orang Melayu yang menjadi tali barut menentang dan menghina raja-raja Melayu serta agama Islam yang dilindungi oleh mereka.
Saya suka mengajak saudara dan saudari membuka pandangan mata hati,mata akal, mata fikiran bahawa kaum liberalisma dan pluralisma ini sangat tidak menyenangi agama Islam dan orang Melayu yang berpegang kepada prinsip perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Mesti berhati-hati dan berwaspada terhadap tipu muslihat mereka.
Sila lihat firman Allah terhadap ancaman dan rancangan jahat kaum kafir terhadap umat Islam tak kira berada di ceruk rantau dunia atau dimana-mana sahaja,cuma yang menjadi persoalannya,umat Islam itu sedar atau tidak mengenai perkara ini.Sebaik-baik petunjuk dan pedoman itu adalah Al-Quran,kerana Al-Quran itu adalah petunjuk dan pedoman daripada Allah yaitu sebaik-baik petunjuk untuk hamba-hambaNya yang beriman.
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠)
Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha/bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Surah Al-Baqarah,ayat 120).
Diertikan oleh kebanyakan ulama' tafsir ,مِلَّتَہُمۡۗ itu adalah engkau mengikuti agama mereka ataupun cara hidup mereka yakni cara hidup kaum kafir.Maka jelaslah hari ini, boleh dikatakan ramai pula umat Islam telah murtad(jumlah sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahui) serta ramai pula yang mengikut cara hidup orang-orang kafir termasuk didalam berpolitik,dalam berfahaman liberal dan plural serta berbagai-bagai.
Marilah membuka minda anda untuk memahami perkara ini, jangan anggap kecil gerak-geri atau gerak kerja serta perancangan musuh-musuh Islam, mereka yakni musuh-musuh Islam akan menggunakan orang-orang Islam atau orang Melayu dari kalangan kita untuk menentang raja-raja Melayu yang menaungi Islam serta umat Melayu itu sendiri. Mereka kaum liberal dan plural ini ingin bebas tanpa sebarang sekatan agama kerana mereka adalah golongan penyembah hawa nafsu seperti firman Allah:
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)
Maksudnya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (Surah Al-Jasiyah,ayat 23)
Semenjak akhir-akhir ini lebih jelas suara-suara sumbang dan penentangan daripada golongan liberalisma dan pluralisma yang mengganggu-gugat kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam termasuklah orang Melayu sendiri dengan lantang menghina, mengutuk,mencaci raja-raja Melayu seolah-olah raja-raja Melayu itu tidak mempunyai peranan dianggap seakan-akan menyusahkan negara.
Golongan ini adalah golongan yang buta sejarah, mereka tidak membaca sejarah Melayu dan tidak tahu menilai sejarah Melayu dan kehebatan sejarah raja-raja Melayu dan rakyat jelata yang berkaitan rapat dengan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu lagi pula mereka mendapat informasi atau rujukan daripada pendongeng-pendongeng sejarah yang terdiri daripada golongan orientalis dan kolonial yang pernah menakluki Tanah Melayu.
Kaum kolonial ini serta orientalis sentiasa akan menutup sejarah yang sebenar kerana mereka tidak mahu kaum Melayu atau pribumi mengetahui perihal keagungan sejarah mereka kerana ada pepatah mengatakan, "kalau ingin merosakkan sesuatu bangsa,racunilah akar(sejarah) bangsa itu, nescaya mereka akan hidup tanpa jati diri."
Orang Islam di Tanah Melayu(Malaysia) ini harus sedar tidak pernah ada didalam sejarah agama Islam dan umat Islam bahawa orang-orang kafir tolong menjaga dan memelihara agama Islam, jangan tertipu dengan slogan mereka, lakonan mereka, tipu muslihat mereka yang kononnya mereka menjaga hak-hak orang Melayu dan juga Islam.
Dari zaman Rasulullah lagi orang-orang kafir dan munafiqin telah melakukan watak yang sedemikian rupa. Siapa yang belajar sejarah Islam tentu tidak asing nama seperti Abdullah bin Ubai bin Salul, bapak penghulu sekalian para munafiq.Sejarah Islam mencatatkan Abdullah bin Ubai dan orang-orang munafiq yang lain solat di saf yang pertama bersama-sama dengan Rasulullah dan para sahabat. Abdullah bin Ubai melakonkan watak mencintai Islam seolah-olah dia yang paling mencintai Islam dan Rasulullah dan Abdullah bin Ubai turut membina masjid, pada waktu itu para Sahabat belum mampu membina masjid. Silalah anda membaca sejarah Abdullah bin Ubai, nescaya anda akan mengetahui perihal sifat orang munafiq.
Hubungan Lee Kuan Yew sangat dekat dengan tokoh Agama dan adat Melayu seolah-olah mereka sebahagian dari dia dan dia sebahagian dari mereka. Bukalah minda anda untuk memahami hal tersebut dan lihat apa yang sedang berlaku di negara kita harini.
PADA PEJUANG-PEJUANG MELAYU HIDUPKANLAH ROH PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, KERANA JANGAN ORANG BERIMAN ITU DIPERBODOHKAN BERULANG KALI ATAU KALI YANG SETERUSNYA !!!
No comments:
Post a Comment