LANJUTAN - MASA DEPAN MALAYSIA MENURUT KACAMATA SAYA (PART 2)….
Oleh Sahabat Shahpaskal
Oleh Sahabat Shahpaskal
Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua..
1. Dikesempatan ini saya bawakan lagi beberapa pandangan saya berkaitan apa yang saya harap dan jangkakan berkaitan masa depan negara kita. Ia mungkin imbasan semula apa yang pernah saya tulis dan ada juga mungkin yang baru.
2. Berkaitan hutang negara. Ada seorang bekas editor besar menempelak Menteri Kewangan kita kerana terlalu cepat melompat dengan menguar-uarkan jumlah hutang dan tanggungan negara sehingga boleh memudharatkat masyarakat perniagaan. Bab ni, saya sanggah pendapat dia sebab bila seseorang dah kena penyakit, haruslah dihebahkan kepada kalangan stake holder agar semua memahami dan menjadikan akal kita panjang.
3. Ada pula yang cadang, dengan kita mengapung-awamkan (IPO) saham Petronas sebanyak sesuku dari keseluruhan nilai saham, kita dapat mengurangkan hutang kita. Untuk itu, saya pernah tulis benda ni tiga tahun dulu. Tapi perlukah kita ‘gadai’kan harta bumi anugerah ILLAHI ni..? Teruk sangatkah negara kita sekarang ni..? Dah habis akal ke…? Bab jual saham Petronas ni, saya tolak 100% sebab kita kena yakin bahawa ada lagi pilihan lain yang lebih afdal. Bila kita kurang bermunajat ke hadrat ILLAHI, masih tertutuplah jalannya.
4. Bagi rakan-rakan yang belum baca khususnya yang baru join, saya ulang-siarkan lagi dipenghujung artikel ini untuk kita lebih memahami konsep nak nyah-hutang cara ini. Artikel asal ini saya kekalkan tanpa sebarang pindaan.
5. Berkaitan beberapa projek mega pula. Kita sentuh bab keretapi. Saya pernah nyatakan laluan rel Pantai Timur yang sekarang dikenali ECRL adalah salah satu rangkaian yang wajar diteruskan TETAPI mestilah tanpa hutang…! Banyak spesifikasi mesti disemak terutama piawaian landasan. Landasan mestilah kangkang relnya menurut ‘standard gauge’ dan mempunyai dua laluan.
6. ECRL ni saya tak semak pun tetapi dari bacaan akhbar, saya fahami ia hanya landasan tunggal. Bab kos pula, saya diberitahu oleh ‘pendana atau funder’ dari alam sebelah, kosnya ‘all-in’ adalah dalam RM120 juta per-km untuk dua laluan double-track dengan 80% adalah 6.0 meter atas dari paras tanah untuk persiapan banjir. Teknologi yang digunakan adalah dari Negara Jepun dengan dual-purpose yakni penumpang dan kargo.
7. Namun, dari kajian sepintas lalu. Saya bolehlah buat anggapan kos sekarang seperti peruntukan diberi untuk katanya beli kereta BEM tapi dibeli kereta standard buatan Asia. (BEM ini adalah BMW-Audi-Merc). Dan lebihan bakinya ke mana…? Selain itu, supporting infra juga seharusnya dimasuk-kira seperti feeder line dari port-to-port. Bab ni nampak kartun sikit, katanya nak bawa kargo dan kontena tapi integrasi feeder-linenya agak tak jelas.
8. Selain itu, jajaran rel Lembah Klang ke Melaka dan terus ke Johor Bahru sememangnya dalam perkiraan dah lama dah, rasanya sebelum PM ke-6 angkat sumpah lagi.. Ini termasuklah satu terowong bawah laut yang menghubungkan tanah Semenanjung ke Sumatera sejauh kira-kira 40 km. Secara tepatnya dari Port Dickson ke Pulau Rupat di Sumatera. Dari Pulau Rupat ke Tanah Besar Sumatera melalui jambatan. Emm.. Kalau jadi, siap-sedialah broker-broker tanah, ni peluang besar wei..
9. Bab terowong ini, ia seiras terowong Selat Inggeris yang menghubungkan U.K ke Perancis. Laluan ini dah banyak kali saya lalu dan teruja jugak lah tengok bagaimana kereta motor dibawa masuk naik gerabak dan kemudian keluar di seberang. Cuba-cubalah tengok videonya. Kosnya dibagi tau dalam RM35 hingga RM50b.
10.Jajaran keretapi ini kemudiannya disambung ke jajaran keretapi Trans-Sumatera yang bakal dibina nanti sebelah menyebelah jajaran lebuhraya bebas-tol 6 lorong di sana. Jajaran pengangkutan rel dan lebuhraya ini bakal berakhir di penghujung selatan Sumatera (Lampung). Kosnya disediakan oleh seseorang..!
11.Inilah pesanan yang merupakan hajat penguasa ghaib Tanah Nusantara. Semua ini memakan masa satu dekad dan harapnya TN30 (TN Tiga Puluh yaa…!), semua ini berhasil dizahirkan. Setelah itu barulah boleh dikatakan Kebangkitan Dari Timur. Kalau setakat bangkit usung bendera hitam ke hulu ke hilir dan gebang sana sini cerita Bani Tamim, buek ngabih ko boreh jo jang
12.Untuk negara saudara kita di Pulau Jawa. Satu jajaran sama bakal dibina merangkumi jajaran utara dan jajaran selatan Pulau Jawa. Bagaimanapun, biarlah dibincangkan kemudian perihal ini. Tetapi yang jelas, dua tanah ini (Tanah Malaysia dan Tanah Indonesia) adalah adik-beradik.
13.Bagi Projek Bandar Malaysia di tapak TUDM Sungai Besi. Seharusnya tanah ini digunakan untuk pembinaan kampus bersepadu Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) dengan dilengkapi satu hospital pakar tentera yang dibuka untuk pesakit awam. Selain itu, apalah salahnya dibina satu masjid ikonik setaraf Masjid Putra atau lebih baik lagi. Sesungguhnya kita memerlukan fasiliti ini semua di masa depan…
14.Banyak lagi untuk negara kita dalam tahun-tahun mendatang. Insha Allah kalau setakat hutang negara, ianya bisa diberesi. Diharap dengan redho-NYA, penghujung tahun 2018 ini setel lah.. Setelah itu, kita kayuhlah ke depan lagi..
15.Dalam pada tu, silalah baca lagi sekali (kepada yang dah baca) artikel berusia 3 tahun saya kat bawah ni..
(ARTIKEL BERTARIKH JULAI 20-15) JALAN MUDAH NAK KURANGKAN HUTANG NEGARA TAPI PAYAH NAK DITERIMA…
16. Keputusan politik semasa dah kita ketahui walau ianya taklah mengejutkan, hampir 90% menepati skrip asal setahun dulu tapi biarlah kepanasannya reda dulu baru kita cerita.
17.Sambil-sambil tu, mari kita tengok sejauh mana pemikiran kita rakyat biasa ‘yang biasa-biasa’ saja, bukan ‘rakyat yang mempunyai rakyat’ berfikir dalam memikir camana nak atasi masalah hutang negara.
18.Malas nak bukak laporan bank negara atau kementerian kewangan, kita halakan tetikus kita ke laman web nationaldebtclocks.org/debtclock/malaysia, kita dapati hutang kita melepasi RM 620 bilion dan terus meningkat sebagaimana meningkatnya usia kita dan baki usianya saja semakin mengurang.
19.Kita tau perjanjian trans-pasifik atau lebih popularnya TPPA tak lama lagi akan mengikat kita, maka banyaklah kita terpaksa korbankan terutama keistimewaan anak bangsa, syarikat milik negara dana pa saja yang condong ke arah melindungi warga dan asset tanahair kita.
20.Asset paling berharga kita adalah Petronas. Terbaru ia tersenarai di tempat ke-68 dunia dalam analisa majalah perniagaan Fortune (http://fortune.com/global500/petronas-68/).
21.Dengan mengambil-kira keuntungan terbaru yang direkodkan sebanyak USD 11.3 bilion (lebih kurang RM43 bilion), ia antara syarikat paling Berjaya mengikut parameter nisbah pelaburan yang sering diambil-kira oleh para pelabur.
22.Kalau mengikut nisbah harga kepada pendapatan sector minyak dan gas dunia, ia berada dalam lingkungan 20-25 kali (http://www.investopedia.com/…/what-average-pricetoearnings-…).
23.Jadi, dengan mengambil nisbah tertinggi 20 kali, harga patut nilai syer Petronas adalah RM43 bilion X 20 = RM 860 bilion (maksimumnya pada 25 kali ialah RM 43 bilion X 25 = RM1,075 bilion.
24.Dengan kehadiran jembalang TPPA, maka bakal terlucutlah hak eksklusif negara ke atas Petronas sebab Petronas ni ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 (bersama akta persendiriannya) dan TPPA ni boleh ‘memansuhkan’ hak eksklusif berkenaan.
25.Maka, untuk mudah faham, Petronas sedia untuk off-loadkan syer nya kepada pelabur asing mungkin secara private placement (G-to-G) atau seumpamanya.
26.Katalah syer yg nak dilepaskan berjumlah 30% dari nilai pasaran, terang-terang negara akan dapat duit tunai over-night RM260 bilion – RM 320 bilion).
27.Dengan pegangan asing 30%, maka kita terpaksa lepaskan keuntungan tahunan dalam RM12 bilion lebih. Kalau lebih untung, maka lebihlah bahagian asing berkenaan.
28.Berbalik kepada hutang negara, katalah keseluruhan RM260b – RM320b dibuat bayaran awal pinjaman negara, maka kita Berjaya mengurangkan jumlah pinjaman kepada 50% sekarang. Dan jumlah bayaran balik bunga @ interest juga boleh dikurangkan kepada 50%.
29.Kalau ikutkan jam-along kat link di atas, kita akan kurangkan bayaran bunga berkenaan kepada RM12b setahun berbanding dekat RM24b jika kita tak kuragkan separuh hutang (melalui penjualan syer Petronas).
30.Cuma, kita tergadai sebahagian hak kita. Tergadai tetap tergadai tetapi ikut jalan mana.. Jual syer Petronas atau terikat bayar bunga Along.
31.At the end, jumlah tahunan duit negara terbang hangus ke luar negara tetap sama.. Satu jalan – keuntungan 30% Petronas milik orang luar dan satu lagi, bayar bunga..
32.Kalau saya jadi PM, saya akan off-loadkan syer Petronas sebab biar orang cakap kita tak ada hutang tapi duduk tido kat bawah jambatan.. Haaa.. .Haa


No comments:
Post a Comment