Trending

Wednesday, 27 June 2018

Cerita menakutkan dari ulama Tua Kedah berusia 81 tahunTuan guru Hj Yusuf Tobir Pendang


Cerita menakutkan dari ulama Tua Kedah berusia 81 tahunTuan guru Hj Yusuf Tobir Pendang.
...................
Hari ini terima wakil dari Ust Azahari Yusof ust Idrus Ahmad untuk mengadap sebahagian Tuan Guru Tua Pondok Kedah untuk ijtimak ulama turath di Darul Murtadha Sungai Layar Sungai Petani pada 30.6.18 ini.
Takdir ALLAH hari ini 25.6.18 beberapa orang ulama sempat dijemput diantara guru guru HESA . Selain itu hari ini sempat memadah tuan Guru Haji Yusuf Pendang jam 2 petang tadi.
....................
Cerita yang buat saya risau hari ini.perjumpaan dengan Tuan Guru Hj Yusuf kali ini lain dari ketemuan yang sebelum sebelum ini.
Hati saya timbul risau , moga ALLAH jaga kita semua.
Diantara kata tuan guru hj Yusuf Tobir Pendang
Saya kata kepada tuan guru.
Tok guru tolong doa supaya kami dapat istiqomah dan selamat dunia akhirat , sekarang ini macam macam kita tengok( lihat) pelik pelik. Negara kita pon celaru banyak dalam bab agama ni.
Tuan guru jawab:
Cek oiii ... Saya la ni( sekarang ini) 81 tahun , nak mati dah cek oi...
Saya kaji Islam tak akan menang dah akhir zaman ini , tetapi kita tetap kena ( perlu ) istiqomah tetap atas Iman dan Islam serta berjuang Islam sebab itu kewajipan atas kita semua. Kalah atau menang bukan soal. Hanya wajib kita istiqomah berjuang untuk pertahan Islam.Islam akan menang kita yakin satu hari nanti apabila Imam Mahdi dan Nabi Isa turun nanti, kita sekarang kena ( perlu) tunggu Imam Mahdi keluar dengan Nabi Isa sahaja.
" Saya dok (sedang) perati ( memerhati) la ni ( sekarang ini) masa dekat dah ( sudah hampir ) dengan qiamat dah. Saya dok perati ( teliti) dalam hadis ada beberapa tanda besar dah (sudah) yang berlaku dekat dah(hampir tiba) dajjal nak keluar . Saya perati ( teliti ) antara tanda besar
1. Air sungai furaq hampir kering ,tinggal sedikit lagi di Kepala sungai yang Nabi kita cerita.
2. Yahudi akan jadi tentera dajjal , Yahudi sekarang sedikit tetapi mereka sangat kuat mereka akan jadi pengikut dajjal.
3. Orang Islam munafiq ramai sekarang. Puak ( golongan munafiq akan jadi pengikut dan tentera dajjal)
5. Perempuan ramai ikut dajjal, orang perempuan sekarang banyak rosak agama dan pegangan agama mereka dan ramai yang melanggar syariat ALLAH.
5. Golongan Libral , LGBT , Atheis , makin ramai semua itu akan meramaikan tentera dajjal , ramainya tentera dajjal sehingga bila dajjal keluar ramai orang yang Islam pon lari keluar dari Madinah pakat ikut dajjal hanya tinggal sedikit sahaja yang selamat dengan dipelihara iman mereka.
...................
Tambahan dari saya.
Ya ALLAH selamatkan kami anak istri keluarga kami sahabat kami dan yang berkaitan kami.
Moga kita istiqomah dengan agama Islam dan pegangan ahli sunnah wal jamaah.
Peranan kita untuk selamat antara ikhtiar kita
1. Belajar aqidah ahli sunnah sehingga mantap keyakinan
2. Dalami ilmu tauhid , fekah , ehsan mengikut ahli sunnah wal jamaah.
3.Bersama ulama ahli sunnah wal jamaah lebih lagi guru murabbi mursyid dan ahli rohani.
Lazim majlis ilmu , cari dan masuk dalam majlis kerohanian .
4. Doa banyak dan baik sangka dengan rahmat pertolongan kasih saya ALLAH kepada kita semua.
Moga kita dipelihara ALLAH , direzeki Istiqomah dalam Iman Islam Ehsan, selamat Iman mati dalam Iman.
Helmi Assyafie 11 syawal 1439.
25.6.18.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts