Trending

Friday, 29 June 2018

APAKAH MELAYU SANGGUP DITIPU UMNO LAGI?


UMNO NAK JADI PEMINTA SEDEKAH KA?
JAJA TIN MILO lah selepas 60 tahun hina PAS jaja tin milo dalam setiap ceramah dan program parti. Mengapa tak minta saja duit dari Pemimpin Umno yang kaya raya setelah bedal nikmat jadi kerajaan sebelum ni? Takkan jadi HAJI BAKHIL di saat parti perlukan dana? Mengapa masih nak kerah DARAH DAN KERINGAT MELAYU MARHAEN yang umno sia-siakan membela nasib mereka?
● Jangan ulangi kisah lalu. Masa susah, si miskin Melayu di kampung ditagih atas ALASAN ROMBONGAN KEMERDEKAAN hingga dilerai dan dilurut rantai, gelang dan cincin Emas wanita dan ibu Melayu. Ketika sama, aristokrat perlekeh usaha kemerdekaan sebagai NAK MERDEKA APA BUAT JARUM PUN TAK RETI. Tapi bila Merdeka, puak Aristokrat dan Istana lah yang rasai nikmat merdeka melalui penjarahan hasil negara dan projek. Melayu miskin yang berkorban HARTA dan EMAS serta NYAWA, hingga kini kekal merempat.
● Canang lah lagi CERITA LAMA wahai UMNO atas slogan DEMI PERJUANGAN kerana Melayu bodoh yang kamu perbodohkan masih kekal wujud sebagai FIX DEPOSIT kamu golongan Aristokrat. Bila rasai nikmat kesenangan, Melayu kamu tinggal untuk pelok Imigran yang suap kamu dengan duit melalui ALI BABA projek dan kemudahan yang kamu rembat. Bangsa kamu yang berkorban, kamu kekalkan hina dina jadi bangsa kelas PARIAH di saat kamu bangga laung HIDUP MELAYU dan BERSANDIWARA menyanyi lagu ANAK KECIL MAIN API hingga melalak macam baboon dan melelih air mata dan air hidung ketika PERHIMPUNAN AGONG parti penipu kamu.
● Kini roda berputar lagi ke waktu UMNO 1946. Umno yang miskin serta merempat dan Umno yang diisi golongan marhaen kerana Aristokrat dah lari lintang pukang apabila TIADA JANJI UTOPIA lagi TABOO yang Umno mampu tawar dan berikan.
APAKAH MELAYU SANGGUP DITIPU UMNO LAGI?

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts