Trending

Saturday 23 June 2018

ADAKAH PAGAR GHAIB YANG DIBINA AKAN RUNTUH ATAU DIRUNTUHKAN


SOALAN = ADAKAH PAGAR GHAIB YANG DIBINA AKAN RUNTUH ATAU DIRUNTUHKAN / BOCOR/DITEMBUSI
SS= Ya, pagar boleh runtuh/bocor/ditembusi.
ianya terbahagi kepada beberapa situasi. antaranya :
1 Pagar sudah lama. Selang beberapa mingu,bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain.
2. Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang
3. Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tak berjaya tembus.
4. Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. BIASANYA jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah ‘family member’ (sudah jadi ahli keluarga tersebut). ‘Family member’ boleh keluar masuk sesuka hatinya.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts