Trending

Friday, 8 June 2018

PERLANTIKAN PEGUAM NEGARA DAN KEKECOHANNYA


PERLANTIKAN PEGUAM NEGARA DAN KEKECOHANNYA…
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Maaflah saya agak ketinggalan dalam mengulas isu dia atas. Bukanlah tak prihatin tetapi biarlah orang lain dulu yang memberikan komen dan ulasan.
2. Sebenarnya saya ‘banyak tahu’ tentang institusi kesultanan di tanahair kita. Saya diberikan kelebihan oleh ALLAH SWT
untuk tahu akan salasilah hampir setiap Raja-Raja yang ada sekarang dan juga rahsia tersirat bagaimana Raja-Raja ini bertakhta. Informasi ini datang dalam banyak cara. Saya tak ambil dari buku kuning tebal mengenai salasilah Raja-Raja Melayu tu..Pasal banyak silapnya.
3. Informasi tersebut datang dari pelbagai cara dan daripada sumber keluarga yang terkait dengan istana, mereka ini mencari saya, ada yang terbuka nasab secara tak sengaja, ada yang memang dah dua tahun cari saya dan banyak juga dari sumber-sumber ghaib yang bila disemak-silang dari dokumen rasmi, ia tepat sekali.
4. Malah tentang ada kisah seorang pemimpin melarikan duit negara, itu pun dah sampai kepada saya lebih lima tahun dulu
siap dengan jumlah dana, nama bank, lokasi pejabat dan siapa pegawainya. Diwajahkan satu persatu dan melalui sumber dalaman tertentu, ianya sahih. Alaaa… Bukan payah pun kalau ALLAH nak buka hijab. Kalau kita dituju gangguan jin pun, kita boleh cari siapa pemiliknya dan serah balik jin dan bisa tuju-tujunya terus kepadanya. Yang penting, semua itu milik-NYA jua
5. Berbalik kepada cerita perlantikan peguam negara dan situasi negara kita amnya. Saya bawakan secara segar apa yang diperkatakan oleh ghaib-ghaib tentang negara kita sebagaimana disembangkan selepas maghrib tadi. Ghaib yang saya maksudkan adalah Sultan Abdul Samad, Panglima Hitam Sheikh Hanafiah, ketua Wali 9 yakni Sheikh Sharif Hidayatullah serta seorang lagi wali besar.
6. Perlantikan peguam negara baru. Mereka tak ada komen apa-apa secara khusus kerana berpandangan itu adalah hak
seorang perdana menteri asal saja menepati kelayakan undang-undang serta perlembagaan.
7. Bab menjagai kepentingan Melayu dan Islam, jawapan mereka cukup mudah. Peguam Negara adalah ‘pegawai dilantik melalui perlembagaan dan perlembagaan menjamin hak dan kepentingan Melayu-Islam dan dikepalai oleh Majlis Raja-Raja (YDPA). Maka apa nak dirisaukan. Yang perlu dirisaukan, ramai yang sholat tapi kecundang kepada nafsu kebendaan. Ini lebih memudaratkan. Apatah lagi yang perjuangkan melayu…melayu…..melayu… tapi akidahnya sebagai Melayu Islam dan sholatnya tergelincir.
8. Bab Pendana Menteri. Mereka menganggap Tun M adalah seorang yang pintar dan pemikirannya melangkaui capaian minda majoriti rakyat. Tiada apa yang perlu dirisaukan tentang tindakan dia.
9. Bab pengganti Tun M. Kita sedia maklum bakal penggantinya adalah DSAI. Cuma dikatakan ia mungkin agak kurang sabar tetapi seperti saya pernah tulis dulu, DSAI bakal menggantikan Tun M untuk beberapa ketika. Kemudian berundur dan dikatakan mungkin atas faktor kesihatan.
10.Pengganti DSAI yang disebut mereka adalah seorang masih muda, kini dalam pertengahan 50an dan pernah dididik oleh Tun M di awal kerjayanya. Kalau tak ada hal luar jangka, beliau ini bakal menjadi PM lebih satu dekad. Si dia ni pernah
menjadi menteri besar di negeri Sultan Abdul Samad. Dah tentu tahu siapa dia kan…?
11.Tentang kebocoran perbelanjaan Raja-Raja seperti dihebohkan.Menurut mereka, ianya isu kecil saja. Sampai saatnya nanti, dirasakan dalam tahun ini juga perkara ini akan berlaku yang mana situasinya diputar ke belakang… Insha ALLAH..
12.Perkara yang dimaksudkan ialah semua perbelanjaan Raja-Raja Melayu sejak merdeka hingga kini yang katanya
menggunakan wang rakyat akan dibayar kembali. Pembayarannya akan dibuat oleh seorang putera raja yang bakal muncul dan menaiki tampuk pemerintahan yang mana dananya adalah dari harta-harta warisan Raja-Raja Melayu.
13.Diberitahu, Putera ini dah pun ada, cuma segelintir pegawai istana serta stake-holder berkaitan yang tahu
termasuk dinegara jiran kita, Indonesia. Tun M juga tahu dan Presiden Indonesia juga tahu cuma belum ketemu sosok tubuhnya. Jangan tanya saya siapa beliau, saya diberi amanah merahsiakannya. Biar empunya diri yang tampil.
14.Dana ini akan membayar kos keseluruhan atau kata lain, menebus kembali kemudahan rakyat seperti lebuhraya bertol,
rangkaian keretapi serta sistem perbekalan utiliti seperti air lalu di’hadiah’kan kepada rakyat. Rakyat hanya perlu membayar kos operasi harian (jika perlu) kerana kos modal ditanggung oleh dana atas nama Raja-Raja Melayu.
15.Cuba bayangkan menaiki keretapi Kuala Lumpur ke Perlis hanya perlu membayar tambang 5 sen setiap km atau lebih kurang RM20 untuk sehala iaitu sesuku harga sekarang. Begitu juga, air untuk kegunaan keluarga secara percuma dan lain-lain lagi kemudahan.
16.Semua ini hanyalah satu tujuan.. Supaya rakyat tahu bahawa Raja-Raja TIDAK memerlukan sumber wang kehidupan mereka dari cukai-cukai rakyat dan masyarakat umum wajib hargai ini. Apa yang berlaku sekarang tak lebih adalah peringatan kepada yang terbabit dan asbab untuk bermuhasabah.
17.Ada yang pernah tanya, dana-dana ni yang mana satu… Yang tersimpan dalam gudang bank atau yang masih di dalam bumi. Jawapan saya… Kedua-dua saling berkait antara satu dengan lain.
18.Akhir kata, selamat menempuhi 10 malam terakhir Ramadhan. Moga malam Lailatul Qadar menjadi hadiah ALLAH kepada kita akan kita alami.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts