~Bagaimanakah Merasakan Lamaujuda Ilallah?~
Yang dimaksudkan "Lamaujud" ialah tiada wujud dan tiada maujud. Wujud dari aspek hakikat (batin) dan maujud dari aspek zahir (nyata).
Ada yang dengan cara beramal dan ada dengan cara bermusyahadah.
Dengan cara beramal, seseorang itu harus tekun melakukan banyak ibadah sunnat sehingga Allah mencintainya. Dan apabila Allah telah mencintainya, maka Allah sendiri akan membukakan kepadanya pintu makrifat untuk Allah memperkenalkan DiriNYA kepada hambaNYA itu. Tetapi dengan cara ini bukanlah mudah. Banyak orang yang berpuluh-puluh tahun beramal, tetapi masih belum juga dibukakan Allah kepadanya pintu makrifat untuk merasakan Lamaujuda Ilallah. Sebab selagi ia masih memandang dan bergantung kepada amalnya bahwa amal itu datang dari usaha perbuatannya sendiri dan bukan dari Allah dan bergantung kepada Allah semata-mata, selagi itulah masih belum terbukanya baginya pintu makrifat. Dengan itu bukanlah bermakna ia tidak perlu lagi beramal atau melepaskan segala hukum perintah syari'at, kerana para ulamak telahpun bersepakat bahwa sesiapa yang tidak lagi menuruti syari'at dan mengambil hakikat sahaja adalah terjatuh di dalam golongan kafir zindik. Apa yang dimaksudkan di sini ialah tidak ada lagi perasaan wujud dirinya bahwa dirinya itu yang memiliki amal dan melakukan amal. Maka di situlah terbuka pintu kesedaran makrifatnya di peringkat awal bahwa dirinya hanyalah semata-mata alat bagi Allah dan menjadi tukang-NYA yang disandarkan kepadanya untuk melaksanakan amal itu, sedangkan amal itu adalah dari Allah dan milik Allah, hanya Allah yang melakukan amal itu dan ia hanya sebagai gambaran bagi af'al Allah. Dengan demikian barulah dikurniakan kepadanya untuk merasakan Lamaujuda Ilallah sebagaimana firman-NYA di dalam hadis qudsi "AKU menjadi matanya ia memandang, AKU menjadi telinganya ia mendengar, AKU menjadi lisannya ia berkata-kata, AKU menjadi tangannya ia mencapai dan AKU menjadi kakinya ia berjalan." Akan tetapi ini masih lagi di peringkat luaran makrifat, ia harus masuk ke dalam lagi sehingga ke martabat Alam Lahut - Lailaha illa ANA (Tiada yang wujud kecuali AKU).
Dengan cara bermusyahadah, seseorang itu tidak bergantung kepada amal dan hanya menjaga suasana hatinya dengan syuhud kepada Allah sahaja. Hatinya telah bersih dari segala berhala-berhala syirik seperti ujub, riak dan sum'ah dan tidak mempunyai perasaan ada wujud dirinya lagi kecuali Wujud Allah. Inilah cara para arifbillah, yang mengenal Allah dengan Allah dan bukan dengan berbanyak amal. Musyahadah ini adalah termasuk dalam bahagian ibadah tafakur. Sepertimana dijabarkan dalam hadis, "Tafakur sesaat adalah lebih utama dari beramal 70 tahun (atau 70 ribu tahun)." Dan ada pepatah para ariffin yang mengatakan bahwa tidurnya orang arif itu adalah amal sepanjang malam orang abid. Orang abid berjalan menuju Tuhan, sedangkan orang arif terbang menuju Tuhan. Satu tarikan nafas orang arif itu adalah seribu tahun ibadahnya orang abid.
Orang yang bermusyahadah ternyata martabatnya lebih tinggi dari orang abid, kerana di dalam hati mereka tidak lagi memandang kepada yang lain kecuali Allah, yang lain itu juga bagi mereka tidak lain dari Allah dan merupakan mazhar atau bayang-bayang Allah. Dengan syuhud mereka masuk ke dalam semua peringkat Lamaujuda Ilallah seperti biji yang menyedari hakikatnya berada dalam semua bahagian pohon seperti buahnya, daunnya, batangnya, akarnya dan lain-lain. Ibadah mereka hanya memandang kepada hakikat Yang Satu dalam yang banyak, yang banyak dalam Yang Satu, sehingga Yang Satu itu dalam Yang Satu. Inilah yang dikatakan Sholat Daim yaitu Sholat yang berkekalan tanpa berwaktu dan bertempat. Mereka senantiasa bersholat dalam semua martabat alam, dari Alam Hahut, Alam Lahut, Alam Bahut, Alam Jabarut, Alam Malakut, Alam Nasut dalam semuanya itu ada di Alam Insan yang sempurna iaitu di dalam diri mereka sendiri yang merasakan Lamaujuda Ilallah sehinggalah mereka mengenal yang sebenar-benar DIRI itu adalah ANA AL-HAQQ dan mereka tidak lagi terbendung dalam ikatan kalimah Lailaha illa kerana Lailaha illa itu masih menyebutkan yang tiada kecuali ANA sahaja.
~TAJALLI~
Tahukah kita apa itu tajalli?
Tajalli itu penzahiran diri
Diri Tuhan Yang Tersembunyi
Lahir dalam Zat, Sifat, Nama Ilahi.
Dalam dirinya manusia
Tajalli itu ibarat cahaya
Cahaya yang menzahirkan Tuhan dalam hati
Dalam hati yang disuci.
Hati yang suci dengan ingatkan Ilahi
Menimbulkan kesedaran dalam diri
Sedarkan Tuhan sedarkan diri
Tersingkap hijab yang melindungi hati.
Bila hijab telah tersingkap
Jelaslah Tuhan dapat ditanggap
Itulah latihan menjadi Sufi
Menyingkap hijab dalam diri.
Demikian kata Abdul Karim Jili
Seorang Sufi dari Parsi
Tajalli af'al tajalli pertama
Setiap lakuan, af'al Allah berlaka.
Lakuan kita dan lakuan alam
Semua itumlakuan Tuhan Sekelian Alam
Demikian terpandang dan terasa
Oleh Sufi dalam perjalanannya.
Tidak ada daya dan upaya
Semua daya upaya dari Tuhan Segala
Yang kedua tajalli nama
Setiap nama hakikatnya nama Allah belaka.
Demikian terasa dan terpandang
Dalam si Sufi punya khayalan
Orang yang terserap dalam sesuatu nama
Fanalah ia dalam nama yang menguasainya.
Apabila ia diseru dengan nama yang menguasainya
Nescaya ia menjawab seolah-olah itulah namanya
Naik ke seperingkat lagi
Tajalli sifat nama diberi.
Dalam peringkat ini dirasai oleh si Sufi
Setiap sifat hakikatnya sifat Ilahi
Sifatnya tidak ada
Sifat Allah sahaja yang ada.
Tenggelamlah sifatnya dalam sifat Ilahi
Tidak terasa sifatnya lagi
Hancurlah sifat ghairullah
Terwujudlah saja sifat Allah.
Yang ke empat tajalli Zat
Hanya ada esa Zat
Segala Zat hakikatnya Zat Tuhan
Zat Tuhan Semesta sekelian.
Hilanglah Zat ghairullah
Timbullah saja Zat Allah
Tajalli padanya Zat Allah Ta'ala
Wujud yang lain terasa tidak ada.
Allah saja yang wujud hakiki
Yang lain itu wujud majazi
Demikian pandangan dalam hati
Dalam hati seorang Sufi.
Jadilah diri Sufi penzahiran saja
Penzahiran Tuhan Yang Maha Esa
Apabila sampai ketahap ini
Jadilah ia Sufi sejati.
Lain pandangan mereka dengan kita
Kerana alam perasaan sudah berbeza
Timbullah kata-kata yang mengelirukan
Mengelirukan orang tidak berpengalaman.
Timbullah konsep wahdatul-wujud
Yang bererti keesaan wujud
Wujud Zat Hakiki saja yang ada
Yang lain itu bayangan atau penzahiran saja.
Timbullah kata-kata "La Maujud Illal-Lah"
Ganti "La Ilaha Illa Allah"
Macam-macam pendapat orang terhadap si Sufi Ada yang memuji ada yang mencaci.
Tahukah kita apa itu tajalli?
Tajalli itu penzahiran diri
Diri Tuhan Yang Tersembunyi
Lahir dalam Zat, Sifat, Nama Ilahi.
Dalam dirinya manusia
Tajalli itu ibarat cahaya
Cahaya yang menzahirkan Tuhan dalam hati
Dalam hati yang disuci.
Hati yang suci dengan ingatkan Ilahi
Menimbulkan kesedaran dalam diri
Sedarkan Tuhan sedarkan diri
Tersingkap hijab yang melindungi hati.
Bila hijab telah tersingkap
Jelaslah Tuhan dapat ditanggap
Itulah latihan menjadi Sufi
Menyingkap hijab dalam diri.
Demikian kata Abdul Karim Jili
Seorang Sufi dari Parsi
Tajalli af'al tajalli pertama
Setiap lakuan, af'al Allah berlaka.
Lakuan kita dan lakuan alam
Semua itumlakuan Tuhan Sekelian Alam
Demikian terpandang dan terasa
Oleh Sufi dalam perjalanannya.
Tidak ada daya dan upaya
Semua daya upaya dari Tuhan Segala
Yang kedua tajalli nama
Setiap nama hakikatnya nama Allah belaka.
Demikian terasa dan terpandang
Dalam si Sufi punya khayalan
Orang yang terserap dalam sesuatu nama
Fanalah ia dalam nama yang menguasainya.
Apabila ia diseru dengan nama yang menguasainya
Nescaya ia menjawab seolah-olah itulah namanya
Naik ke seperingkat lagi
Tajalli sifat nama diberi.
Dalam peringkat ini dirasai oleh si Sufi
Setiap sifat hakikatnya sifat Ilahi
Sifatnya tidak ada
Sifat Allah sahaja yang ada.
Tenggelamlah sifatnya dalam sifat Ilahi
Tidak terasa sifatnya lagi
Hancurlah sifat ghairullah
Terwujudlah saja sifat Allah.
Yang ke empat tajalli Zat
Hanya ada esa Zat
Segala Zat hakikatnya Zat Tuhan
Zat Tuhan Semesta sekelian.
Hilanglah Zat ghairullah
Timbullah saja Zat Allah
Tajalli padanya Zat Allah Ta'ala
Wujud yang lain terasa tidak ada.
Allah saja yang wujud hakiki
Yang lain itu wujud majazi
Demikian pandangan dalam hati
Dalam hati seorang Sufi.
Jadilah diri Sufi penzahiran saja
Penzahiran Tuhan Yang Maha Esa
Apabila sampai ketahap ini
Jadilah ia Sufi sejati.
Lain pandangan mereka dengan kita
Kerana alam perasaan sudah berbeza
Timbullah kata-kata yang mengelirukan
Mengelirukan orang tidak berpengalaman.
Timbullah konsep wahdatul-wujud
Yang bererti keesaan wujud
Wujud Zat Hakiki saja yang ada
Yang lain itu bayangan atau penzahiran saja.
Timbullah kata-kata "La Maujud Illal-Lah"
Ganti "La Ilaha Illa Allah"
Macam-macam pendapat orang terhadap si Sufi Ada yang memuji ada yang mencaci.
~Memasuki tabir tajalli~
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu". Doa ini di dalam pandangan ilmu syari'at merupakan perendahan diri seorang manusia di hadapan keAgungan Allah dan sangat dianjurkan membacanya. Tetapi di sebaliknya pula di dalam pengertian ilmu Haqiqat, ianya masih dikatakan berada di dalam perlingkungan syirik al kahfi (yang amat halus) kecuali seseorang itu telah memfanakan diri tajallinya di dalam Allah, dan setelah dapat menafikan syirik ini barulah ia dapat mendirikan Tauhid sejati. Seorang mulhid (ahli tauhid) ialah seorang yang dapat mencapai hal Wujud Hakiki senantiasa dalam pandangan batinnya. Jika ini tercapai pada peringkat maqam walaupun bersifat sementara, tetapi di dalam pengenalan (makrifat) itu ia telah pun menjadi arif dan bertukar dari menjadi abid. Dan jika berterusan mencapai Wujud Hakiki itu ia adalah Qutub.
No comments:
Post a Comment