Trending

Thursday, 28 June 2018

Info Menarik Beg Tangan Bijan


Bukan Bijan Biasa!
Info Menarik Beg Tangan Bijan:
• Setiap rekaan dikatakan akan hanya ada beberapa unit.
• Setiap unit pula boleh direka dengan lebih spesifik berdasarkan kehendak pelanggan.
• Diperbuat daripada kulit buaya yang berkualiti tinggi.
• Boleh ditambah dengan hiasan seperti batu permata dan perincian lain yang mahal dan eksklusif.
• Diperbuat dengan tangan (handmade) oleh mereka yang berkemahiran tinggi.
• Klien yang berminat mahu dapatkan beg tangan bijan mesti buat temujanji di butik Bijan.
• Harga setiap unit boleh mencecah ratusan ribu sehingga ke jutaan ringgit.
Info Tambahan Jenama Bijan:
• Jenama Bijan sudah wujud sejak tahun 70-an. Sudah lebih 40 tahun dalam pasaran!
• Sebelum mereka beg tangan, jenama Bijan lebih dikenali sebagai pembuat pakaian lelaki (menswear), minyak wangi dan aksesori.
• Hanya beberapa tahun kebelakangan ini Bijan mengeluarkan beg tangan wanita.
• Bijan terkenal dengan prinsip memfokuskan produk mereka kepada 1% populasi dunia (yang pastinya terdiri daripada golongan elit, kerabat diraja dan pemimpin tertinggi dunia).
• Cara yang betul untuk sebut jenama Bijan ialah “Bi-Jhen”. Boleh rujuk cara sebutan Bijan yang betul di sini ==> https://youtu.be/f0wPsz6QU9Q
NOTA: Jika baru hari ini tuan cikpuan dengar jenama Bijan ini, usah rasa hairan. Kerana kita bukan golongan sasaran Bijan. Sudah tentunya kita pun baru tahu.
Kita bersama terima hakikat yang kita ini #BukanGengBijan

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts