Trending

Friday, 8 June 2018

MASA DEPAN MALAYSIA MENURUT KACAMATA SAYA


MASA DEPAN MALAYSIA MENURUT KACAMATA SAYA….
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Sebenarnya topik ni saya anggap ‘brown feild’ sebab dulunya dah disentuh banyak kali termasuklah dalam grup tertutup Pewaris Keramat (‘PK’). Grup sejarah kontemporari ni ahlinya macam himpunan penulis dan pengolah serta peminat sejarah. Saya ada sumbangkan lebih 50 artikel dan kemudian saya keluar.
2. Kat PK tu, saya pernah tulis tentang Petronas yang ketika tu harga minyak mentah dalam jajaran USD140-145 setong. Melalui ilham yang saya terima lalu saya tulis untuk dikongsi, dijangkakan dalam dua tahun akan datang dari tarikh tersebut, harganya akan merudum.
3. Saya ada gambarkan betapa istimewanya jadi orang minyak bila harga komoditi ini atas USD120 setong. Time tu, berjalan pun mendongak ke langit, tak tengok dah lantai dipijak. Yaa… Ini terbukti bila saya terserempak beberapa teman lama yang masih bersama Petronas. Depa tegur pun nak tak nak je, maklumlah rata-ratanya dah pengurus besar atau paling koman pun berjawatan pengurus kanan.
4. Dalam tulisan tu juga saya nhyatakan, bila harga jatuh dalam 80-100, barulah jalan pandang ke depan nampak lantai. Bila dah jatuh bawah 50, berjalan pun tertunduk ke bawah macam orang patah tengkuk. Harap-harapnya Tan Seri Zul (TS Zul) Presiden Petronas jangan marah ya.. Kita pernah jadi geng.. Sering gi lunch sama-sama naik kereta mazda you dulu masa kita di GPP2/3 Kertih.
5. Begitupun, TS Zul haruslah berterima kasih kepada Tun M yang berusaha melawan arus meletakkan dia jadi Presiden dengan memancung penyambungan TS Shamsul Abas yang mana kemudian dirancang diganti dengan seorang bekas pelajar dari Sekolah Sains Johor bernama Encik ……. Ong, proksi MO1. Dan saya juga ada sikit bangga (syok sendiri sikit..!) kerana bersama -sama beberapa teman lain khususnya dari SPRM menyediakan kertas kerja cadangan perlantikan TS Zul seperti dipinta Tun M.
6. Kita move on.. Inilah pandangan saya berkaitan masa depan negara kita dalam jangka masa 10 tahun ini. Kalau ada yang kata saya bermimpi, silakan… Dan cubalah pulak tuan-tuan yang menyanggah bentangkan mimpi sedara-sedara… Nanti kita sama-sama ulaskan.
7. Perkara besar pertama yang akan berlaku dalam tahun 2018 ini hinggalah Januari 2020. Ini adalah fasa kritikal yang mana kita terpaksa mengurus akan bebanan hutang negara berjumlah kasarnya hampir satu Trilion Ringgit.Jumlah yang tak perenah kita fikirkan sebelum ni… Tapi jadi realiti ditangan pemimpin terdahulu. Sejarah adalah sejarah ya…
8. Sebenarnya tiga tahun dulu, saya pernah tulis (juga dalam grup PK) akan hal ini yakni pada 31 Disember 2018, kita bakal menyambut hari kelahiran bayi baru yang wajib ditatang sepenuh jiwa raga iaitu ‘Hutang Negara Satu Trilion Ringgit’. Kalau tak silap, masa saya tulis tu, hutang negara dalam RM580b. Emm.. Itu adalah senario yang akan berlaku kalau kita ‘lewat’ mengambil tindakan drastik terhadap kebengkakan bayi kita yang bakal memufliskan kita.
9. Insha ALLAH perkara ini saya amat yakin sepenuhnya tak akan terjadi. Sebabnya….? Sila rujuk beberapa tulisan Isaac Imanan berkaitan akan lahirnya seorang yang dikatakan The Last Malaysian Hero. Carilah tulisan beliau setahun lalu sebab sebagai kaki blog, dia tahulah apa yang dia maksudkan. Dan mungkin juga dia ada kepandaian mistik.. Sat lagi dia bukalah klinik tangkap hantu..
10.Di era masalah keberhutangan sifar ini nanti, saya fikir negara kita akan jadi sebuah ;syurga’ kepada para pelabur kerana mengaplikasikan rejim cukai pendapatan individu dan korporat yang paling berdaya saing di rantau ini. Sebenarnya ini menyakitkan terutama industri yang baru merangkak-rangkak.
11.Gambarannya, kalau ditanya saya paras peratusan yang sesuai berapa..? Saya akan jawap, ianya dalam lingkungan kadar cukai efektif 10%. Ini ertinya penurunan sebanyak kira-kira 60% dari kadar kita sekarang ni. GST juga sememangnya dihapuskan sekarang dan kemungkinan kita tak perlu pun ada SST.
12.Dengan cukai pendapatan pada kadar sekarang (25% dan 26%), kutipan adalah dalam RM120b, dijangkakan diwaktu itu kutipan hanyalah dalam RM50b. Dengan tokokan pendapatan lain, mungkin pendapatan negara keseluruhan dalam RM120b sahaja. Jadi, bagaimana kita nak survive…? ALLAH SWT pasti kurniakan sesuatu yang merupakan kombinasi antara ‘watak’ dan ‘sumber’nya.
13.Sementelah itu, saya berpandangan cukai-cukai ini hanyalah untuk menampung gaji / emolumen kakitangan kerajaan sahaja yang membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi. Dan realitinya, jika kita berjaya melupuskan hutang negara, maka penjimatan bayaran bunga sekitar RM30b setahun bolehlah diagihkan kepada peningkatan gaji dan program peningkatan produktiviti pekerja.
14.Saya teruja mengikuti perkembangan bagaimana Norway menguruskan tabung warisan hasil royalti minyak mereka yang kini jumlahnhya melebihi USD 1.0 trilion. Mungkin ada yang belum pernah baca, telusurilah link di bawah. Saya percaya kerana rasuah hampir sifar di sana, mereka dapat membangunkan negara mereka. Bayangkan, dengan hanya mengambil 3% dari pulangan dividen, ianya setara separuh perbelanjaan tahunan Malaysia.
15.Keuntungan pelaburan tabungan yang begitu besar menyumbang kemakmuran negara berkenaan dan mereka antara negara yang terbaikdalam aspek pembangunan modal insan. Sekadar bandingan, keseluruhan sumbangan Petronas kepada negara sejak penubuhannya selama empat setengah dekad adalah hampir RM900b.
Lihatlah kat link berikut untuk gambaran sebenar tabungan Norway :
https://www.reuters.com/…/factbox-norways-960-billion-sover…
16.Jadi, cita-cita saya dan juga saya percaya cita-cita sebahagian besar rakyat negara kita, kita ingin menggunakan kaedah dan konsep yang sama untuk kekayaan negara kita nanti. Biarlah kali ini kita merasai pula kebaikan hasil titik peluh semua. Masakan mustahil sedangkan kita canangkan seantero dunia, negara kita amat kaya sumber aslinya.. Atau selama ni kita hanya berbohong…?
17.Rasanya tak perlulah kita salah-menyalahi antara satu dengan lain. Sekarang masanya kita bergerak ke depan. Dengan beberapa perlantikan oleh PM sekarang, ianya memenuhi skrip dua tahun dahulu. Pembentukan badan penasihat ekonomi serta institusi dan juga rombakan jawatan dalam perkhidmatan awam menyamai pelan asal saya nyatakan dua tahun dulu. Ini termasuk kepada perlantikan KSN - yang calonnya orang Keramat, Kuala Lumpur.
18.Bagaimana pula derngan tabungan kita..? Dan nama yang saya rasakan sesuai sebagaimana diilhamkan kepada saya untuk tabungan ini adalah ‘Tabungan Rezab Di Raja Malaysia’ atau dalam bahasa Inggerisnya, The Royal Malaysian Reserve Fund. Singkatannya ‘TRDM’ atau ‘RMRF’ dalam bahasa Inggeris.
19.Ia akan ditadbir oleh barisan pemegang amanah yang terdiri dari tiga golongan iaitu bekas ketua perkhidmatan awam, ketua jabatan yang masih berkhidmatan dan juga golongan profesional. Antara individu berkenaan ialah yang sedang terlibat sekarang. Dan ketuanya dah tentulah si pemiliknya.
20.Apakah jumlah atau nilai yang digambarkan kepada saya…? Nilainya sekitar RM10 trilion dan dengan mengambil kira peratus keboleh-gunaan keuntungan dalam 3.0% sahaja, ianya sudah memadai untuk perbelanjaan negara kita. Jumlah ini adalah untuk pelaburan luar negara sahaja bagi stok dan ekuiti yang menepati kriteria tertentu.
21.Bagi dalam negara, jumlah yang sama diwujudkan untuk kegunaan bersifat kebajikan sosial. Inilah peruntukan rezab yang akan memiliki termasuk membeli-semula mana-mana asset strategik negara yang dah tergadai dan mengembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk pemanfaatan pada kos penggunaan yang nominal.Jumlah ini adalah lebih-kurang 3 kali ganda nilai pasaran ekuiti dan bon di bursa saham negara kita.
22.Dalam situasi ini, semua projek mega dan infra yang besar dan berkos tinggi universiti, lebuhraya, setesen janakuasa serta pelabuhan akan dibiayai sepenuhnya oleh TRDM. Ia adalah secara tender terbuka dan bebas rasuah. Manakala hutang negara juga ditebus oleh TRDM dengan semua sijil-sijil hutangnya akan di pegang olehnya. Dengan kata lain, hutang-hutang dipindah-milik kepada TRDM tanpa sebarang bayaran balik melainkan kuasa selaku pemilik mutlak.
22.Saat itu, pemimpin politik hanya berfungsi seperti ahli majlis tempatan di mana tiada lagi konsep kerajaan berniaga. Kerajaan sepatutnya hanya memberikan khidmat kepada rakyat dan bukan memerah rakyat dengan meniagakan khidmatnya.
23.Di sinilah letaknya konsep pemansuhan jalanraya bertol, sistem pendidikan diberi nafas baru dan kebajikan rakyat diutamakan. Jika berlaku pertukaran kerajaan, ia tidak memberikan apa-apa kesan langsung kepada rakyat.
23.Dan diharap juga pada ketika itu nanti, tiada lagi keperluan pihak tertentu termasuk pihak istana untuk menumbangkan balak, menebuk bumi dan sebagainya demi kelangsungan ekonomi mereka. Ini kerana akan lahir seseorang dari golongan mereka yang akan menyediakan keperluan kewangan mereka mengikut kadar tertentu yang saya diberitahu amat lumayan.
24.Serentak itu juga, saya diilhamkan satu penyusunan semula secara dalaman sistem monarki di negara kita akan berlaku. Ianya secara sukarela dan berhemah dengan kedaulatan Raja-Raja tetap tidak berubah. Dalam exercise ni, hanya golongan istana yang terlibat. Yang selebihnya tidaklah dapat saya kongsikan, biarlah mata telinga kita menjadi saksinya nanti.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts