Trending

Wednesday, 27 June 2018

Ambe tak mboh tak mahu bina rumoh tapi ambe nok bina masjid


MARANG: 'Ambe tak mboh (tak mahu) bina rumoh, tapi ambe nok bina masjid'. Itu antara komen yang diterima sekumpulan tujuh gadis apabila video lakonan mereka 'bekerja' sebagai pekerja kilang kayu, tular sejak tiga hari lalu.
Video publisiti kilang berkenaan yang memaparkan 'tukang kayu' wanita itu menarik perhatian netizen hinggakan ia tular di beberapa halaman Facebook.
Seorang daripada pelakon terbabit, Nur Farahiyyah Hazirah Mohamad atau lebih mesra dipanggil Fara, 21, penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam di sebuah universiti awam di sini, berkata pembabitannya dalam video itu hanyalah sekadar mengisi masa lapang apabila pemilik syarikat terbabit sendiri meluahkan ideanya.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka video itu mendapat perhatian ramai sehinggakan ada rakan-rakan yang mengenalinya turut menghantar mesej menerusi pelbagai medium media sosial termasuk WhatsApp dan Instagram.
"Mesej yang diterima daripada kawan dan kenalan di media sosial rata-ratanya adalah positif namun komen yang kami baca di beberapa page yang berkongsikan video itu hadir dalam pelbagai bentuk sama ada lawak, mengutuk dan sebagainya.


"Nasib baik nombor telefon yang terpapar di video itu adalah milik pengusaha kilang terbabit... jika tidak mungkin ada yang menghantar mesej bukan-bukan kepada kami," katanya ketika ditemui.
Video berdurasi selama 60 saat itu, memaparkan lakonan sekumpulan tujuh gadis berusia antara 17 hingga 25 tahun sebagai 'pekerja' kilang kayu berkenaan dengan berlatar belakangkan lagu popular daripada Indonesia nyanyian Siti Badriah, Lagi Syantik.
Ia mula dimuat naik di Facebook BAA Group pada Ahad lalu bukan saja mendapat tontonan hampir 100,000 pengguna FB malah turut diulang kongsi sebanyak 500 kali.
Bagaimanapun, masih ada juga netizen yang memberi komen negatif termasuk yang berbaur lucah terhadap beberapa babak yang terpapar dalam video terbabit, namun bagi Fara ia sudah menjadi lumrah kerana apa yang dilakukan mereka tidak boleh memuaskan hati semua orang.
"Secara peribadi, lontaran komen negatif terhadap sesuatu yang tular di media sosial ini adalah perkara biasa namun saya memilih untuk mengambil komen positif daripada masyarakat selain menjadikan kritikan membina sebagai teladan untuk masa depan.
Sementara itu, pengusaha kilang terbabit, Mahyuddin Nooral Azhar, 33, berkata video yang dibuat pada Ramadan lalu itu adalah hasil daripada ideanya sendiri bagi mengembangkan syarikat namun tidak menyangka ia mendapat sambutan sehinggakan ada pelanggan dari selatan tanah air negara turut menghubunginya.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts