Trending

Thursday, 14 June 2018

Sedikit perkongsian drpd drama Nur berkaitan SihirPemisah sihir tafriq


Sedikit perkongsian drpd drama #Nur berkaitan #SihirPemisah @ sihir tafriq dlm masyarakat kita n pengalaman sy dlm bidang perubatan islam.
Sy bukanlah penonton setia drama Nur. Kebetulan semalam sy tertengok drama ni buat pertama kali di tv3 n semalam juga episod akhir. Cuma drama ni selalu tular di socmed membuatkan sy tertengok semalam.
Sy x rasa nak ulas tentang keseluruhan cerita tetapi apa yg dipaparkan dlm drama ini ialah real story yg berlaku dlm masyarakat. Masyarakat melayu kita masih lagi menggunakan ilmu hitam seperti sihir tafriq ini utk tujuan jahat.
Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan suami isteri atas sebab tertentu yang biasanya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.
Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Tetapi sihir ini lebih memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar rumahtangga mereka menjadi bermasalah di mana akhirnya akan membawa kepada perceraian.
Pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan menjadikan mereka memandang wajah pasangan mereka kelihatan hodoh, buruk dan menakutkan, samada dari segi paras rupa atau tingkahlaku.
Perangai mereka juga akan berubah. Apa sahaja yang dilakukan dirasakan tidak kena. Semuanya salah. Sedangkan sebelum ini, perkara sama yang dilakukan oleh pasangan dianggap biasa dan tidak ada salahnya.
Beberapa babak yang sangat ketara menunjukkan tanda2 Nur dan Ust Adam terkena sihir pemisah:
1. Perubahan drastik sikap Ust Adam terhadap isterinya, Nur.
2. Kebencian melampau yang tergambar oleh Ustaz Adam kepada isterinya setelah gugur.
3. Ketidakselesaan Ust Adam duduk sebumbung dengan Nur.
4. Ust Adam sendiri kata dia rasa sangat benci dan jijik bila lihat wajah isterinya.
5. Penemuan “sup bunjut” sihir di bilik Ust Adam oleh Amirul.
Berdasarkan pengalaman sy merawat pesakit2 yg terkena sihir pemisah, inilah perubahan yg biasa mereka akan alami dlm rumahtangga. Ada kes hingga berlaku penceraian dan ada kes yg dapat kita ikhtiar rawatkan hingga pulih.
Ini ayat Al-Quran berkenaan wujudnya perlakuan sihir seperti ini.
“.......Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah......” (Surah al-Baqarah ayat 102).
Jadi, apa yg kita perlu buat ? Buat pendinding diri dari sihir. Sy ada kongsikan 6 gambar kaedah buat pendinding diri:
1) Pendinding dgn al-fatihah.
2) Pendinding dgn al-muawwizat.
3) Pendinding dgn ayat kursi.
4) Pendinding dgn surah yasin (ayat 1 - 9).
5) Pendinding doa berkubu.
6) Pendinding dgn ayat penggerak.
Rawatan sihir blh dibuat dgn menggunakan daun bidara. Antara ayat2 yg blh diamalkan untuk rawatan sihir pemisah:
1) Surah Al-Baqarah (ayat 102).
2) Surah Yunus (ayat 81 - 82)
Sekiranya ada orang buat jahat pada kita, maka kita blh amalkan @ baca ayat ini, surah yasin (ayat 65) sebanyak 33 kali selepas solat isyak dan baca doa "Mengembalikan semula kejahatan kepada org yang melakukannya" seperti dlm gambar yg sy kongsikan dibawah. In shaa allah kejahatan akan kembali kpd meraka sendiri dengan izin allah.
Sy juga ingin kongsikan 1 amalan yg kita blh buat utk mengetahui siapa yg menyihir kita. Tapi pastikan kita nak tahu atas tujuan yg baik bukan utk membalas dendam. Mulakan dgn solat hajat. Amalkan baca surah yasin (ayat 65) sebanyak 7 kali sebelum tidur. Titiskan 1 titis limau purut dlm mulut. In shaa allah, jika diizinkan oleh Allah, Allah akan perlihatkan dlm mimpi bayangan org yg membuat sihir kpd kita.
Waallahualam. Semoga Allah memberi kekuatan kpd kita dunia & akhirat, Amiin..









Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts