Trending

Thursday 22 August 2019

STOK TERSEDIA ANAK BENIH KELAPA JELLY


STOK TERSEDIA ANAK BENIH KELAPA JELLY... Untuk pertanyaan dan tempahan sila WhatsApp ke Hybrid Nursery 0139288288


KELAPA JELI : SATU KEAJAIBAN!
Kita sudah biasa mendengar atau pernah makan jeli yang diperbuat drp isi kelapa muda atau jeli kelapa, yang kini banyak dijual di pasaran.
Ini adalah "jeli kelapa" mengikut tata bahasanya.
Namun, pernahkah anda mendengar mengenai buah kelapa yg isinya lembik seperti jeli walaupun sudah matang (kelapa tua)? Malah air kelapa ini juga pekat seperti jeli.
Inilah yang dikatakan "Kelapa Jeli" sebenar yg isi dan airnya "menjadi jeli secara semulajadi".
Ia memang sesuatu yang pelik. Beberapa bulan lalu saya ditanya oleh seorang pelanggan yg berminat untuk mendapatkan benih kelapa ini dan kerana kejahilan saya tentang perkembangan terbaru dunia pertanian, maka saya menjawab "mustahil ada kelapa seperti ini dan kalau ada pun, ia mungkin sesuatu yang ajaib!"
Bagaimanapun, dalam lawatan saya ke Wilayah Chumphon, Thailand yg terkenal dgn pengeluaran kelapa minggu lalu - saya telah berpeluang melihat dan meneliti sendiri "Kelapa Jeli" ini secara dekat.
Ternyata, dengan inovasi pertanian terkini, ia bukanlah sesuatu yg pelik, mustahil atau ajaib! Saya benar-benar teruja dengan benih kelapa ini walaupun harganya sangat mahal.
Ada dua jenis "Kelapa Jeli" yang dihasilkan di sini iaitu kelapa jeli biasa (saiz buah sama kelapa biasa) dan "Kelapa Pandan Jeli" dari variati Kelapa Pandan / Kelapa Wangi yang buahnya bersaiz kecil.
Harga setiap biji buah kelapa jeli ini (kelapa muda atau kelapa matang) adalah antara 180 Bhat hingga 250 Bhat (RM20 hingga RM30) manakala harga anak benihnya pula antara 500 Bhat hingga 800 Bhat (RM60 hingga RM90) sepokok.
Nota: Bagi setiap tandan pokok kelapa ini, tidak semua buah yang isi dan airnya menjadi jeli secara semulajadi. Sebaliknya, sebahagian isi dan air buah kelapa ini akan menjadi seperti kelapa biasa.





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts